Bismillah..
Alhamdulillah… dah tujuh
tahun aku di bumi anbiak ini… dan aku masih di sini kerana DIA tidak izinkan
lagi aku pulang ke tanah air untuk bertemu orang tuaku… bukan aku menyesal,
bukan aku nak menyalahkan takdir.. tapi aku bersyukur kerana aku terpilih untuk
berada disini…. masih sikit ilmu yang aku dapat.. malah aku rasa seolah2 tiada
apa2 bekalan untuk aku bawa pulang jika ditakdirkan aku lulus pada tahun ini…
hikmah Allah itu amat luas… Cuma kita je yang tak Nampak… kita hanya akan sedar
satu hari nanti.. bila kita sudah tempuhi berbagai halangan dan dugaan dengan
hati yang tabah dan redho.. insyaAllah.
Aku teringat pada
seseorang sebenarnya… aku dah banyak melukakan hati dia, aku banyak menyusahkan
dia, aku banyak buat dia kecewa dengan tindakanku.. kini baru aku sedar.. aku
tak sepatutnya buat dia begitu.. ya! Semua salah aku… dia banyak sangat
menolongku dalam pelajaran, dia banyak bagi nasihat pada aku, dia selalu bagi
semangat kat kat tika aku futur… aku?? Tak pernah bagi apa2 pada dia.. tak
pernah nak menghargai apa yang telah lakukan padaku selama ini..
Kini… dia telah pergi..
jauh.. jauh dariku.. dan mungkin kami tak akan ketemu lagi… mungkin kami tak
akan bersua kembali dan mungkin dia telah melupakanku buat selamanya…
menyesalkah aku?? Adalah sikit2… bukan aku menyesal kerana dia pergi.. tapi aku
menyesal kerana tak pernah nak berfikir sebelum bertindak… aku selalu buat
sesuatu tanpa memikirkan dulu perasaan orang lain… selalu macam tu!! Ya Allah
ampuni dosaku… aku harap dia bahagia disamping keluarga dan teman2 tersayang…
Ketahuilah! Aku amat2
merinduimu.. SAHABAT…
Aku merindui kata nasihat darimu…
Aku merindui pengajaran
darimu..
Aku merindui kata2
semangat darimu…
Ya.. aku tahu, semua itu
takkan berulang kembali dan aku jugak tahu semua orang tak boleh jadi sepertimu
dan kamu tak boleh jadi semua orang…
Penyesalanku ini tiada
ertinya lagi… mungin boleh dipatri, tapi tak mungkin boleh diperbaharui…
seperti kata pepatah “ kaca yang pecah, tak mungkin boleh di cantum kebali.
jika dicantum sekalipun, tak mungkin secantik yang asal… pasti ada
kecacatannya..”
MAAFKAN AKU SAHABAT…
semoga aku mendapat semangat baru tahun ini.. aku akan cuba sedaya mungkin
untuk berdiri di atas kaki sendiri.. insyaAllah.. semoga doamu sentiasa
mengiringiku… TERIMAKASIH SAHABAT… semoga Allah merahmatimu… insyaAllah.
Wallahulam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan