Assalamualaikum...
Ibadah yang sah itu tidak semestinya diterima oleh Allah, dan ibadah yang diterima oleh Allah itu pastilah ibadah yang sah.
Contohnya, kita berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi kita tidak menjaga pandangan, percakapan, dan pelbagai perbuatan-perbuatan maksiat yg lain selagi tidak membatalkan puasa, puasa kita masih sah. Tetapi orang yg beriman itu akan mengira-ngira, adakah puas
anya itu diterima setelah dia berpuasa tetapi bermaksiat kepada Allah walaupun ibadahnya itu sah?
Begitu juga dengan solat.
Contohnya kita solat secara terpaksa kerana takut kepada makhluk yg mungkin akan memarahinya jika tidak mendirikan solat, bukan kerana Allah. Hatinya tidak ikhlas dan tidak khusyuk. Tetapi solatnya itu sah sekiranya tidak ada sebarang perkara yang boleh menyebabkan solatnya terbatal. Tetapi orang yg beriman itu akan mengira-ngira, adakah solatnya itu diterima setelah dia bersolat tetapi bukan kerana Allah?
Ada orang berpendapat, biarlah dia melakukan suatu amalan ibadah-ibadah yang ditokok tambah, asalkan dia ikhlas. Benar, kadangkala pada akal kita, amalan-amalan yang ditokok tambah atau dikurangkan itu adalah baik pada kita, tetapi sebenarnya amalan-amalan itu bukanlah daripada cara yang dikehendaki oleh Allah. Contohnya kita berpuasa di hari raya pertama di bulan Syawal, puasa itu baik, ia bukan perkara mungkar, tetapi dia berpuasa pada hari yang bukan daripada kehendak Allah biarpun pahalanya itu sah kerana tidak ada sebarang perbuatan yang membatalkan puasanya.
Orang yang beriman itu akan berusaha membaiki dirinya pada hari ini lebih baik daripada semalam. Alangkah ruginya sekiranya kita tidak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku semalam sebaliknya mengulangi semula kesalahan-kesalahan dan kesilapan-kesilapan yang kita lakukan semalam pada hari ini pula.
Peliharalah kualiti amalan ibadah kita.
Bukan kuantiti yang harus dikejarkan tetapi kualitinya yang harus dijaga.
Lakukan dengan niat yang ikhlas kepada Allah...
Semoga Allah menerima semua amalan-amalan kita.
Amin!
Wallahualam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan