Petang
itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus
berleter. Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak.
Waktu turun pun orabg pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena
pijak.
Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.
"hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih
kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa me
nahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.
Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara. Mana kamu tahu. Aku dok
tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku
terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi
dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.
Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab. Akulah pelindung
khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku
terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.
Jadi setiap kita buatlah kerja masing masing. Jangan dengki pada orang
lain. Sebab kita hanya tengol dari luaran sahaja. Sedangkan realitinya
tidak seindah yang kita lihat. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi
orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan