Rabu, 21 November 2012

AGENDA GENCATAN YANG DIPERSETUJUI ANTARA PEJUANG PALESTIN - REJIM ZIONIS


Mesir telah mengedarkan kepada para wartawan berhubung nas agenda gencatan yang telah dicapai antara Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) dengan rejim zionis pada malam ini dan pihak tengahnya adalah Mesir:

- Rejim zionis menghentikan kesemua bentuk serangan di Semenanjung Gaza sama ada darat atau udara.

- Pejuang-Pejuang Pale
stin menghentikan tentangan dari Semenanjung Gaza terhadap rejim zionis, termasuk serangan roket dan operasi serangan melalui garisan sempadan.
- Membuka perlintasan(terminal/sempadan) serta memudahkan laluan keluar masuk individu dan barang-barang dagangan serta tidak mengikat pergerakan penduduk. Demikian itu, perkara ini terlaksana selepas 24 jam.

*Perkara-perkara lain akan dilihat semula apabila diminta.

Perlaksanaan:

- Mesir telah mendapat jaminan dari kesemua pihak untuk memberi komitmen kepada persetujuan ini.

- Kesemua pihak tidak akan melakukan apa-apa tindakan yang boleh terkeluar dari persefahaman ini. Sekiranya ada sebarang pemerhatian sila rujuk kepada Mesir yang dianggap sebagai pihak tengah kepada persefahaman ini.

Sumber:
21/11/2012, web berita Irarab

فاءن تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو عليه توكلت
وهو رب العرش العظيم
اللهم انصر اخواننا المجاهدين و المستضعفين
اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك

::Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love' (MAP)::

Tiada ulasan:

Catat Ulasan