Sabtu, 31 Disember 2011

imtihan oh imtihan...


Assalamualaikum. Antara perkara yang turut boleh saya kongsikan sejak 5 tahun lalu, Apabila berjalan menuju ke Dewan peperiksaan, kurangkan bersembang perkara-perkara yang luar daripada fokus untuk exam kerana ia boleh menganggu. Kurangkan jugak bercakap. Dalam hati, ratibkan Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aali Saiyyidina Muhammad:

(
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد) sepanjang perjalanan. Setelah berada di atas kerusi berhadapan meja peperiksaan, dan penjaga dewan meletakkan kertas jawapan di atas meja kita dalam keadaan terbalik. Maka, ambil pen yang akan kita gunakan untuk menulis, gunakan belakang pen tersebut dan tulislah ayat seribu Dinar di bahagian belakang kertas jawapan yang kosong. Gunakan bahagian belakang pen, bukan mata pen ye supaya kertas tidak berconteng, hanya kesan tulisan sahaja kelihatan. Niatkan dalam hati, Allah mudahkan menjawab. Pasakkan keyakinan dalam hati kepada Allah SWT.

InsyaAllah..dengan izin Allah SWT, walaupun kita merasakan jawapan kita kurang kemas, Allah SWT akan memperlihatkan kepada pemeriksa seolah-olah jawapan kita adalah jawapan yang terbaik.Moga-moga Allah SWT memberikan kejayaan kepada kita..Bittaufiq.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH.

diambil daripada : syeikh mujahid sikh nawawi (bp PMRAM)

tudung..


mengapakah perempuan mesti pakai tudung atau hijab?

tahukah anda bahawa seluruh dunia sebenarnya memakai hijab?!

sekitar planet bumi dikelilingi dengan atmosfera
...
buah-buahan segar mempunyai kulit atas isinya

dakwat pen akan kering tanpa penutupnya dan akan dibuang kerana tidak berguna lagi

Mengapa orang perempuan kita akan membalut buku-buku kegemaran mereka, jika tidak untuk melindungi buku itu?!

jikalau buah tidak berkulit, ia akan menjadi rosak

dan warnanya akan bertukar menjadi warna yang x elok

perempuan umpama bunga cantik yang semua orang ingin memetiknya

jadi perempuan kenalah pakai tudung..

sumber:fb

Ahad, 11 Disember 2011

imtihan kembali lagi


bismillah...assalamualaikum w.b.t sahabat2.
alhamdulillah sehingga hari ini kita masih lagi diberikan nikmat islam dan iman oleh Allah s.w.t dalam menghirup udara yang segar dan damai ini...ya Allah seribu syukur kami panjatkan padaMU yang menjadikan alam semesta ini sebagai perhiasan yang tiada tandingannya dimuka bumi ini...subhanallah...
sahabat2 yangku sayangi sekalian....imtihan untuk fasa satu bagi universiti al-azhar semakin hampir,insyaAllah bermula pada 8/1/2012.apakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya???apakah kita sudah membaca buku kuliah lebih dari 10 kali ulang??apakah kita istiqamah dalam menghadiri kuliah setiap hari???fikir2kanlah wahai sahabat yang dicintai.....persoalan ini bukan untuk sahabat2 sahaja,malah untuk diri yang dhoif ini jugak...
aku.....semenjak aku menjadi seoarang yang bergelar pemimpin,aku sibuk dengan hal kepimpinan yang aku pegang...memikirkan hati dan perasaan orang lain....aku selalu inginkan yang terbaik untuk orang lain...tapi untuk diriku sendiri???apakah aku memberi hak yang sepenuhnya untuk diri ini???"pelajaran adalah yang pertama tapi persatuan bukanlah yang kedua".sebagai seorang pelajar dan pemimpin,kita kena fikir..bagaimana hendak membahagikan masa belajar dan masa untuk persatuan itu sendiri...jika aku tersilap langkah,maka salah satu dari keduanya akan terabai...nauzubillah...moga2 aku lebih berdisiplin selepas ini.bukan aku sahaja,malah semua rakan2 seperjuanganku yang lain jugak.kadang2 mereka mempetikaikan,kenapa itu,kenapa ini...kenapa tak buat begitu,kenapa jadi begini...padahal mereka tak tahu,mereka tak sedar,mereka tak merasai apa yang kami sebagai pemimpin rasai....bagi aku,amat2 mustahil jika seseorang itu boleh memuaskan hati semua pihak..pasti ada sesetangah pihak yang akan terasa dan merasa.....
untuk kesekian kalinya aku merayu pada sahabat2 yang tersayang..doakanlah kejayaan kami di bumi anbiak ini...doa adalah satu2nya kekuatan bagi kita ummat islam.....semoga aku dan sahabat2 sekalian tergolong dikalangan orang2 yang berjaya insyaAllah Amin...
salam imtihan,salam perjuangan untuk semua....dan kepada yang berada di malaysia yang telah berjaya dalam peperiksaan masing2..saya mengucapkan setinggi2 tahniah buat kalian.kepada yang belum berjaya,tingkatkan usaha kalian untuk menjadi yang terbaik dalam mengecapi kejayaan.semoga kejayaan da kegagalan kalian diiringi dengan seribu satu syukur ke hadhrat ILAHI kerana yang memberi kejayaan dan kegagalan kepada kita adalah ALLAH YANG ESA....DIAlah yang menentukan segalanya....wallahualam.
post by:iema_rar ^_^

Jumaat, 9 Disember 2011

siapakah kita??


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan,namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

sumber:fb ;)

"satu fikrah,satu amal,satu hati"

walaupun kita berlainan

bismillah....

Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SEKSA NERAKA LAIN-LAIN” INGATLAH... yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN" yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN" yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN" yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN" yang membacakan yaasiin untuk kamu "ORANG LAIN" yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN" Jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" dengan perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA"

Ahad, 27 November 2011

salam maal hijrah 1433 H

Rasulullah s.a.w keluar dari rumah baginda menuju ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah.
-al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri.

Tahun baru bukan syarat untuk memperbaharui azam..sebaliknya berazamlah untuk melakukan yang terbaik setiap hari


Tertarik dgn kalam Assyahid Imam Hassan Al Banna~

Aktivis yang sebenar tidak akan mampu hidup tanpa dakwah, dan dakwah juga tidak mampu untuk hidup tanpa pendokongnya, para pendokongnya juga tidak mampu hidup tanpa jihad dan jihad juga tidak mampu hidup tanpa pengorbanan. Jadi berkorban adalah wajib dan ditegah utk berehat tanpa berjihad..{Risalah Taalim : 285}..slm ukhuwah sekencang dakwah!

by:sahabat fb :)

Khamis, 24 November 2011

wasiat imam syafi'e


Wasiat Imam Syafi'e rahimahullah berkaitan etika memberi nasihat :

" Berikanlah aku nasihat di kala aku sedang bersendiri, dan janganlah nasihati aku di kala aku di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang samalah dengan kehinaan dan aku tidak sudi mendengarkannya. Apabila engkau tidak sependapat denganku dan aku tidak mahu mematuhi nasihatmu, maka janganlah marah "

Isnin, 21 November 2011

pekeliling keselamatan...

Bismillah...

pekeliling keselamatan..
1,Pastikan VISA(IQAMAH) HIDUP.
2,keluar rumah,pastikan bawa bersama PASPORT atau KAD PMRAM (bg ahli pmram).
3,bagi yang memandu,pastikan ada LESEN MEMANDU dan CUKAI JALAN.
4,tidak terlibat dengan sebarang perkumpulan atau demotrasi.
5,tidak menghampiri sekitar kawasan demotrasi terutama di tahrir.
6,tidak keluar rumah dari pukul 12 tgh malam hingga 6 pagi.
7,TIDAK MEMBERIKAN SEGALA DOKUMEN PENTING KEPADA WARGA ASING dan TEMPATAN.
**jika berlaku masalah bleh terus menghubungi president PMRAM di talian +201113771841 atau badan yang di pertua badan kebajikan anak-anak negeri dan pengerusi cawangan masing2..
wallahualam..
sumber:persekutuan melayu republik arab mesir.

panduan keselamatan semasa...Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

bismillah...

Info Terkini :

Esok (22 november 2011) dilaporkan akan berlaku himpunan aman besar-besaran bermula sekitar pukul 4 petang hingga 7 malam melibatkan kawasan medan Tahrir dan bandar-bandar utama di Mesir.

1. Mahasiswa dan mahasiswi dinasihatkan agar tidak terlibat,mendekati dan berada di kawasan tersebut ....

2. Mematuhi pekeliling keselamatan KBMK dan panduan keselamatan semasa PMRAM .

3. Tidak digalakkan ke muhafazah dan ke Kaherah bagi yang berada di muhafazah.

4. Jika berlaku masalah terus merujuk kepada Presiden Pmram Pusat atau Ketua Ops Keselamatan atau Ketua Keselamatan di setiap cawangan masing-masing.

5. Berhati-hati ketika berurusan di luar.

Disediakan oleh :Jawatankuasa Ops Keselamatan PMRAM 2011via Pmram Pusat....

PENTING buat semua yang berada di mesir....berikut adalah panduan keselamatan semasa PMRAM...


1,mematuhi panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar kaherah.

2,dilarang terlibat sebarang perkumpulan atau kempen pilihan raya.

3,bergerak secara berkumpulan.tidak keluar secara berseorangan.

4,pastikan tidak bersendirian dirumah.

5,tidak digalakkan ke luar kaherah atau ke kaherah (bagi yang ahli dicawangan)...

dan lain2....baca di atas....wallahualam...

Selasa, 15 November 2011

perkongsian ilmu..

Mungkin ada yang menganggap perkara mencuci kencing adalah sesuatu yang remeh dan kecil. Tapi sebenarnya ia sangat penting. Kalau kita tak cuci kencing dengan betul, amalan kita tidak diterima oleh Allah.

Kita sangka kita dah buat amalan yang banyak, tapi rupa-rupanya amalan itu Allah tak terima. Maka sia-sia saja. Sebabnya, kita tak cuci kencing kita dengan bersih. Aduh, kalau begitulah jadinya, alangkah ruginya kita. Alangkah malangnya kita.

Jadi, sila ambil perhatian tentang perkara ini. Sila baca entri ini dengan penuh teliti dan amalkan.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil ;

1. Disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.


2. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.

3. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya ;

1. Pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.

2. Jangan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Amalan yang diterangkan ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya.

Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya “Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. ”

Apabila diselidiki amalan sipolan itu, semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Sekian, semoga kita dapat sama-sama beringat dan amalkan.

Wassalam


by:fb..

tazkirah ringkas..



"Perbezaan yang paling besar di antara manusia dengan makhluk yang lain ialah ilmu. Manusia diberikan kebolehan untuk diajar dan mengajar. Binatang ternakan contohnya, boleh diajar untuk mematuhi perintah tuannya, tetapi tidak boleh mengembangkan ilmu tersebut kepada binatang yang lain. Berbeza dengan manusia, sedikit ilmu yang diperolehinya mampu dikembangan dengan lebih meluas.."

by:tok guru

Ahad, 13 November 2011

takziah


bismillahi walhamdulillah..

11/11/2011:
1,ucapan takziahku ucapkan kepada keluarga sepupuku dengan pemergian anak kesayangan mereka fareez izhar zainuddin,tahun 4,kuliah syariah islamiah mesir,juga untuk rakan2 seperjuangannya....yang hidup pastikan kembali kepada sang PENCIPTA.....kita yang masih hidup ini..teruskanlah kehidupan kita dengan hanya menyerah diri kepada yang ESA....beliau meninggal pada pukul 3;30 pagi..dan mereka manyatakan bahawa beliau jatuh pengsan ketika ingin menunaikan solat tahajut sepertiga malam...subhannallah...alhamdulillah..semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman insyaAllah...sama2 doa.

2,takziah juga diucapkan kepada keluarga sahabatku semasa sekolah rendah kebangsaan chepor azira kerana telah meninggal dunia ketika melahirkan anak sulungnya...ya Allah...tempatkanlah ia bersama2 mereka yang solehah insyaAllah....syahid kecil.wallahualam.

~sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan~~

Rabu, 9 November 2011

tazkirah ringkas


"Diri kita ni ada jasad dan ada roh. Jasad kita kalau lapar, kita akan rasa. Kalau perut lapar, tetapi kita tidak rasa, ertinya perut kita bermasalah. Tau-tau perut kembung dan masuk angin. Demikian juga kalau roh kita lapar, tetapi kita tidak rasa, ertinya roh kita bermasalah. Tau-tau kita sudah jauh dari Allah SWT. Oleh itu, roh kita perlu dijamu sentiasa, dan makanan roh itu ialah zikrullah...."

ucapan tuan guru..

Khamis, 27 Oktober 2011

JANGAN WAHAI TEMAN.

♥♥~ Jangan mudah JATUH HATI pada yang belum pasti, tak rasa bersalahkah pada bakal suami/isterimu nanti?
♥♥~ Jangan mudah RINDU pada si dia, ada kita rindu beribadat padaNya?
♥♥~ Jangan mudah mengungkap ‘I LOVE YOU’, tak tahukah Allah juga cemburu?
♥♥~ Jangan mudah TEWAS pada perangkap nafsu, mujahadahlah melawan perasaan itu..

>>> Jangan bimbang, jangan takut, Allah ada bersamamu..sesungguhnya Allah CINTAKAN orang yang BARUSAHA berada dijalanNya..(
✿◠‿◠)

“Dan orang-orang yang BERUSAHA dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan MEMIMPIN mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka BERGEMBIRA serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha MEMBAIKI amalannya.” (29:69)

Jumaat, 14 Oktober 2011

tazkirah hari ini..

Terdapat lima doa yang pasti diterima doanya:

-Doa seorang yang dizalimi selagi dia tidak mengambil tindak balas ke atas orang yang menzaliminya.
-Doa seorang Haji selagi dia belum kembali ke kampung halamannya.
-Doa seorang Mujahid selagi dia masih berada di perbatasan.
-Doa seorang yang sedang sakit sebelum sembuh.
-Doa seorang saudaranya yang lain dibelakangnya yang dilakukan secara sembunyi.
Diantara doa-doa tersebut yang paling cepat diterima ialah doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain secara tersembunyi. (H.R. Baihaqi)



Sesiapa yang mencari dunia untuk berbangga-banga ke atas orang lain, untuk menjadi kaya atau untuk mendapat nama (walaupun dengan cara yang halal) dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah SWT akan sangat murka terhadapnya. Dan sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta-minta kepada orang lain, untuk mencari rezeki kepada ahli keluarga dan supaya dia mampu melakukan kebajikan kepada jiran tetangga; maka pada Hari Kiamat dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama. (H.R. Baihaq)

sumber:ym..^_^

Selasa, 11 Oktober 2011

sekadar celoteh untuk hari ini..^_^


bismillah....
apa khabar rakan dan taulan yangku sayangi......semoga kalian sihat2 aja insyaAllah....
jalankan tanggungjawab dan kewajipan seharian dengan hati yang ikhlas semata2 kerana Allah....
semoga hidup kita bertambah ceria dan diberkati selalu...insyaAllah^_^

"bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak nak jadi susah....berusahalah kita sebelum kita diusahakan oleh orang lain.."
faham tak??hehehe ok2...macam ni....untuk menjadi senang..kita haruslah berusaha terlebih dahulu..ye tak......cube kita buat kajian dan bertanya kepada mereka yang dah hidup senang lenang sekarang....adakah mereka semua tu hanya duduk2 je satu masa dulu...adakah mereka tu hanya makan suap je tanpa melakukan apa2...betul tak??jadinya disini..tak kira la siapa pun kita.....usaha itu penting untuk menjamin masa depan yang cemerlang dan gemilang....
ikut pada situasi kita...lihat dalam diri kita...siapa kita.....jika kita seorang pelajar,kita harus berusaha mendalami pelajaran yang kita pelajari sekarang...jika kita seorang pekerja,kita harus bekerja bersungguh2 supaya kita lebih diberi kepercayaan dan sebgainya..semua tu bukankah untuk masa depan kita juga.......kalau kita malas???nasib badan la....mesti boss kita berusaha sedaya upaya untuk melucutkan jawatan kita sebagai pekerja..betul kan...??
jadi...renung2kanlah..hehehe sekadar celoteh hari ini..wallahualam...;D
tata...~~iema_rar

Jumaat, 30 September 2011

RASULLULLAH SAW LAKNAT PEREMPUAN NIPISKAN BULU KENING


FIRMAN Allah bermaksud: Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya (berjalan menghentak2 kaki), supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (Surah an-Nur, ayat 31)

Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

Rasullulah saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

Salam Ukhuwah..~
Info pada foto..~

Ahad, 25 September 2011

Kelebihan "WANITA SOLEHAH"



1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang
jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.


6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.


14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Aksi bom bunuh diri gegar gereja di Solo

SOLO;Ledakan keras terjadi selepas kebaktian di Gereja Bethel Injil Sepenuh (GBIS)Kepunton, di Jalan Arif Rachman Hakim, Solo pada Ahad (25/9/2011) usaipelaksanaan misa sekitar pukul 10.55 WIB. Akibat letupan tersebut satu orang yang diduga sebagai pelaku peledakan tersebut tewas di tempat.

Sumber di polis Daerah Jawa Tengah, di Solo, Ahad (25 / 9) menyatakan, berdasarkancarian di lokasi kejadian, peristiwa letupan itu berlaku kira-kira pukul 10.55 WIB.

"Kami masih melakukan carian di sana, belum dapat diketahui motif dari peristiwa itu,termasuk juga identiti pelakunya," kata sumber tersebut.

Ledakan tersebut mencederakan beberapa orang yang berada di lokasi.

Maklumat yang dikumpulkan sementara menyatakan, di sekitar kawasan gereja ituterdapat pula satu gereja Katolik. Kini kawasan tersebut dalam keadaan terlarang untukdilalui masyarakat umum, garis polis telah dipasang dan satu pasukan Gegana polis Daerah Jawa Tengah telah digerakkan untuk melakukan olah TKP.

"Kami masih mengambil keterangan para saksi yang melihat. Tim DVI Polda JawaTengah diturunkan untuk mengenalpasti lokasi letupan, "ujar Humas Polda JawaTengah Komisaris Besar Polisi Djihartono dalam wawancara dengan salah satu stesentelevisyen.

Jumaat, 16 September 2011

hatiku.....T_T


bismillah....
ya Allah....sesungguhnya aku betul2 tak mampu memikul amanahMU ini.......besarnya amanah yang KAU pundakkan ke bahuku.....
ya Allah............
bukan sehari dua aku kan memegang jawatan ini...tapi memakan masa setahun..
ya ILAHI.....tolonglah aku...aku tak mampu.....sungguh2 aku tak mampu...
aku tidak sehebat mereka...aku tak sekuat mereka..aku tak sebaik mereka...
sesungguhnya aku manusia yang serba kekurangan ya Allah....

ya Allah...apa2 yang aku perbuat bukanlah untuk diri ini semata2....tetapi untuk semua orang...mengapa??kenapa???mengapa dan kenapa mereka pertikaikan benda yang aku rasa tidaklah membebankan...cukup remeh jika dibandingkan dengan rakyat di beberapa buah negara yang amat2 memerlukan bekalan....
ya Ilahi..apakah mereka ini tidak mahu dan tidak pernah tahu untuk mensyukuri nikmat yang ENGKAU berikan.......

aku tak sanggup,aku lemah ya ALLAH...bantulah aku........
berikanlah aku petunjukmu ya Ilahi....aku amat2 memerlukannya tika ini...
ya Allah..kuatkanlah semangat ku..tabahkan hatiku dan..bimbinglah daku....ajarilah aku untuk menjadi hamba yang bersyukur dan taat kepadaMU serta menjadi seorang hamba yang cekal menghadapi apa jua kemungkinan....Amin ya Rbbal Alamin.....

kepada mereka yang aku kasihi..aku mohon jutaan kemaafan di setiap salah dan silapku....segala kekurangan adalah milikku sebagai hamba yang tak punya kelebihan apapun....

aku:iema_rar
wallahualam....

Isnin, 12 September 2011

Jejak Cita



teruskan cita2....tabah dan sabar hadapi segala kemungkinan...insyaAllah

keadaan rakyat somalia yang menyayat hati...

http://map2care.blogspot.com/2011/09/koleksi-gambarkrisis-kemanusiaan-dan.html

Pandangan atas di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya.

Aden Salaad, 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011.

Mohammed Osman berumur 70 tahun di selatan Somalia.

Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan.

Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan mengikut amalan tradisi.

Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011.

Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg.

Hassan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru sahaj meninggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian.

Itulah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu pada 21 Julai 2011.

Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya.

Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000 kem tersebut adalah antara yang terbesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah yang seramai 90,000 orang sahaja.

Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation.

Pelarian di selatan Somalia sedang menerima bantuan makanan di Mogadishu.

Kaum ibu diperiksa sama ada mempunyai nutrisi yang cukup di Lowdar Turkana, Kenya.

Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad.

Para wanita meredah rebut pasir untuk mencari air.

Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian.

Keadaan haiwan ternakan di Somalia.

Pelarian Somalia, Kadija Ibrahim berumur 67 tahun duduk berehat di kem pelarian merenung jauh.

Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir.

Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk dijadikan tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley.

Nado Mahad Abdili sedang menyiapkan pondok untuk berteduh.

Tin makanan yang telah digunakan dari USA.