Sabtu, 31 Disember 2011

imtihan oh imtihan...


Assalamualaikum. Antara perkara yang turut boleh saya kongsikan sejak 5 tahun lalu, Apabila berjalan menuju ke Dewan peperiksaan, kurangkan bersembang perkara-perkara yang luar daripada fokus untuk exam kerana ia boleh menganggu. Kurangkan jugak bercakap. Dalam hati, ratibkan Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aali Saiyyidina Muhammad:

(
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد) sepanjang perjalanan. Setelah berada di atas kerusi berhadapan meja peperiksaan, dan penjaga dewan meletakkan kertas jawapan di atas meja kita dalam keadaan terbalik. Maka, ambil pen yang akan kita gunakan untuk menulis, gunakan belakang pen tersebut dan tulislah ayat seribu Dinar di bahagian belakang kertas jawapan yang kosong. Gunakan bahagian belakang pen, bukan mata pen ye supaya kertas tidak berconteng, hanya kesan tulisan sahaja kelihatan. Niatkan dalam hati, Allah mudahkan menjawab. Pasakkan keyakinan dalam hati kepada Allah SWT.

InsyaAllah..dengan izin Allah SWT, walaupun kita merasakan jawapan kita kurang kemas, Allah SWT akan memperlihatkan kepada pemeriksa seolah-olah jawapan kita adalah jawapan yang terbaik.Moga-moga Allah SWT memberikan kejayaan kepada kita..Bittaufiq.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH.

diambil daripada : syeikh mujahid sikh nawawi (bp PMRAM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan