Khamis, 5 Januari 2012

Peristiwa Kebakaran di Dewan Banat, Utubis Jadid


Dewan Persada Jazirah Al - Ward (DPJA) Mansurah - Isnin , 2 Jan 2012 . Penduduk imarah DPJA digemparkan dengankebakaran kotak elektrik diluar dewan banat awal pagi ini .
Kejadian yang berlaku disedari oleh beberapa orang mahasiswi ketika terbau asap yang mencurigakan lantas turun ke markaz 1 untuk menyiasat.Ketika turun ke bawah, seorang mahasiswi menyedari kelibat api datang dari dewan bawah.Tanpa berlengah, mereka mengejutkan penduduk imarah dan semua diarahkan keluar dari kawasan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang lebih besar berlaku.

Beberapa orang mahasisiwi cuba mendapatkan bantuan dengan menelefon ikhwah yang tinggal di kawasan berhampiran Utubis Gadid serta beberapa orang warga Arab dari kedai berhampiran. Api yang berpunca dari kotak elektrik itu akhrinya berjaya dipadamkan sekitar 5.30pagi dengan menggunakan pasir.

Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan semua yang terlibat berada dalam keadaan selamat.Penduduk imarah tersebut juga dibenarkan untuk tinggal di rumah masing-masing sejurus selepas api berjaya dipadamkan walaupun mengalami masalah terputus bekalan elektrik.
Mahasiswa/wi Mansurah diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri, sahabat sekeliling serta harta benda masing-masing terutama ketika musim imtihan yang sedang berjalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan