Isnin, 29 November 2010

menuju ke gerbang imtihan

bismillahirrahmanirrahim....
alhamdulillah...sesekali terasa segar bila selalu mengingati dan merenung kebesaran ALLAH...betapa agungnya DIA dalam mencipta langit dan bumi serta segala isi dunia...SUBHANAALLAH.....
sedetik demi sedetik berlalu meninggalkan kita....jauh..jauh..dan semakin jauh dengan masa lalu..kini kita akan tempuhi masa depan yang belum pasti..apakah kita masih disini sedetik lagi?atau berada dikuburan??atau....berbagai persoalan timbul walaupun kita tahu..semua itu sudah pun ditentukan buat kita hanya DIA MAHA MENGETEHUI segala sesuatu.

aku...sebagai seorang mahasiswi..apakah aku sudah bersedia menghadapi imtihan duniawi yang bakal tiba tidak lama lagi sebelum menghadapi imtihan ukhrawi????ah!masih banyak lagi perkara yang tidak aku selesaikan...mapukah aku lakukannya sebelum masa itu tiba....buka mata tanya hati.aku perlu bangkit malah mesti bangkit dari mimpi yang panjang sebelum aku dikejutkan dengan kejutan yang tak mapu aku hadapi..nauzubillah..semoga ALLAH meringankan kerja2ku,memberi petunjuk kepadaku dan memudahkan segala urusanku.insyaAllah..bukan sekadar aku sahaja...tapi semua sahabat2 ku yang dekat dan jauh..Amin.....

asahlah perisai itu setajam-tajamnya,
usahalah menjadi yang terbaik sebelum mendapat yang terbaik,
jangan dipersiakan masa yang ada,
sesungguhnya masa itu ibarat pedang malah lebih tajam dari itu.....jika kita menggunakannya sebaik mungkin,maka dia pula akan menikam kita dengan ketajamannya...
disiplinkan diri,sentiasalah menjaga hubungan kita dengan manusia supaya hati menjadi tenang dan senang..
semoga kita sama2 tergolong dan digolongkan diantara golongan yang berjaya insyaAllah....Amin...
wallahualam:)

Jumaat, 26 November 2010

oh adiputra....u r so much better than me

Sajak adi putra…

Akulah adi putra,melayu tidak pernah lupa,duduk di tahun satu..

Rasanya tersiksa,tiada siapa peduli ,

tetapi aku bisa bedakan,ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru,

Bermula dgn abc,123,alif ba ta,

Dimana bilian kemana perginya zulian,

Dimana tafsir Alquran dimana doa2 para nabi para wali,

Untuk apa aku disini,aku bersedia resianal,aku berfikir internasional,

Pandai aku,bijak aku,comel aku,hanya untuk ditonton diuji dan dipuji

Aku malu,alangkah ruginya mereka,

Untuk apa semua ini,dimata mata hati mereka,

Pujian biarlah bertempat,marah biarlah bersopan,kurang ajar biarlah berbudi bahasa,

Tersilap mereka tak Nampak,tersurat saja mereka lihat,dimana silapnya..

RASULULLAH memipin ummah,hebatnya baginda,

Pimpinlah aku,doakanlah aku,

Aku punya cita2,aku punya idola,

Barangkali aku kecil,mereka hanya ketawa,

ALLAH maha Perkasa,tafsir quran itu hebat,

…penerang hati,matematik itu tunjang ilmu,

Ayuh bangsaku,bagngunlah!!

kita bertemankan islam,kita penuhkan ilmu didada,

kita jadikan malayan hebat dipersada dunia,

bersamaku adi putra,

akulah model insan,anak yg di keluarkan,

pepatah bangsa telah mengatakan,sebiji kelapa,

kalau asal benih yang baik,jatuh kelaut menjadi pulau,

dan engkaulah Anuar Ibrahim,yang dahulunya,

sebiji kelapa hari ini tegak berdiri menjadi pulau yang gagah…

mari berjuang..

lailaha illallah..Muhammadur rasulullah...
sunah dijalan ALLAH,
berjuang fisabilillah...

wahai para pejuang maralah kehadapan,
kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran,
korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga,
berjuang membebaskan pelastin yang tercinta,


wahai para pencinta keadilan,
jangan gentar berjuang bersama,
kezaliman yang bermaharajalela..
kita gempur hingga ke hujungnya..

ayuh bersatu demi pelastin,
bersama kita berjuang untuk pelastin,
tak kira walau diancam senjata,
kerana ALLAH kita mara...

hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman,
kembalikan lah keamanan dibumi anbiak,
berdoa kepada ILAHI,
agar pelastin akan merdeka,
kekal sentosa selamanya...

Ahad, 21 November 2010

kisah perempuan miskin dan lembu tua



Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza
tersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih
pedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanak
kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi
tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan
tua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti
orang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.

Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu
sekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembu
tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.
Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat
menyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki
dari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembu
tunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan
masjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.

Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat
gelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi
luar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpa
kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihat
perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam
namun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu
itu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.

Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan,
biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka,
perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

ImageSebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba
perempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di
depan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpa
mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak dan
perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahai
imam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang
yang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau
terima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, beri
kepada penduduk di sana."

Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun
keberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke
Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mula
bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah
apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.

"Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku
ingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu.
Imam tadi masih keberatan.Masing- masing jemaah berkata-kata dan
berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan dan
lembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun
tetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi
seketika suasana.

Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Tak
mengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000
riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.

Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu
kemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu
namun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.

Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh
lebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi
sambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkan
ke Gaza?"

Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan
anak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu
pun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang
mereka untuk dikumpulkan.

Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan
untuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh,
apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.

Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin
itu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00) !

Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan
penduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis,
setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakat
membuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepada
perempuan tua itu.

"Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah
500,000 riyal untuk memiliki lembu itu.

"Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan
kepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami
hadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuan
tua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu
untuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya
tercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yang
banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta'
yang ada. Subhanallah.

Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa
mendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang
daripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islam
yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serba
payah dan serba kekurangan.- azm

(Kisah ini telah disusun semula daripada cerita Timbalan Mursyidul Am
PAS Dato' Haron Din kepada Harakahdaily melalui kisah benar yang
dipaparkan di sebuah majalah Arab)
p/s;sebagai peringatan da ikhtibar buat kita...

Jumaat, 12 November 2010

teman & sahabat..

Apabila kita ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kita mungkin akan menjauhinya....

Andai kita ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kita akan membencinya....

Andai kita inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya
Kerana apabila dia buntu,
Kita mungkin akan memfitnahnya....

Andai kita inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kita mungkin akan menyalahkannya....

Andai kita ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kita juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna.
Maka yakinlah dgn Allah kerana Dia Yang Maha Sempurna atas segalanya...

wallahualam....

jadilah yang terbaik...


Jadilah Dirimu Sendiri Yang Terbaik
Jika kau tak dapat menjadi meranti di puncak bukit
Jadilah aur di lembah, tapi jadilah aur yang teranggun di sisi bukit
Kalau bukan pokok, aur saja pun jadilah

Jika kau tak boleh menjadi rimbun,
jadilah rumput Dan hiasilah jalan di mana-mana

Jika kau tak dapat menjadi haruan, jadilah sepat
Tapi jadilah sepat yang terlincah di dalam paya

Bukan semua boleh menjadi nakhoda,
lainnya harus mengikut saja
Pasti ada sesuatu untuk semua. Kerana
Ada tugas yang berat,
ada tugas yang ringan
Antaranya dibuat yang mana lebih berdekatan

Jika kau tak dapat menjadi bulan,
jadilah bintang yg bergemerlapan,
Jika kau tak dapat menjadi semut
jadilah unggas dirimba
yang selalu bernyanyi riang dan menghiburkan
Bukannya mengikut besar kau kalah ataupun menang
Jadilah dirimu sendiri yang terbaik.

Falsafah Hidup:
Hidup adalah kegelapan
jika tanpa hasrat dan keinginan.
Dan semua hasrat - keinginan adalah buta
jika tidak disertai pengetahuan.
Dan
pengetahuan adalah lupa jika tidak diikuti pelajaran.
Dan
setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak disertai cinta.

Selasa, 9 November 2010

warkah 1


bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum wahai sahabat seperjuangan sekalian...

sempena imtihan yang bakal tiba ini,inginku memohon jutaan kemaafan atas salah silap,terkasar bahasa,terguris hati dan sebagainya...ketahuilah wahai sahabatku...sesungguhnya tiada manusia yang kamil dimuka bumi ini melainkan pencipta yang maha ESA.

imtihan hampir tiba...sudah cukupkah persediaan kita???rasa belum terlewat untuk kita mengukuhkan benteng2 yang masih rapuh!kalau kita berjaya,kita gembira,kita tersenyum.andai sebaliknya kita kecewa,kita menangis.

pernahkah kita muhasabah semula atas apa yang terjadi???siapakah yang harus dipersalahkan?oleh itu wahai sahabatku...mulai saat ini,manfaatkanlah masa yang masih berbaki dengan sebaiknya.lalai sesaat menyesal setahun(nauzubillah..).selagi kaki belum melangkah masuk kedewan peperiksaan,kita masih punya masa!!hargailah harapan insan2 yang menyayangi kita dan menanti kepulangan kita kepangkuan mereka...

wallahualam..

by:kak anjang alin...(aku pun tak kenal..dah lama balik mesia kot)

Isnin, 8 November 2010

ya ILAHI..


Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah…aku manusia lemah…

Saat ini aku teramat lemah…

Kepada siapa lagi harusku mengadu melainkan kepadamu ya Ilahi…

Ya Allah…bimbinglah aku….tabahkanlah hatiku,

Aku tak bisa bertahan lagi…

Kemana harusku bawa hati yang penuh kedukaan ini…??

Ya Allah……

Tolonglah aku…

Aku memerlukan pertolongan darimu untuk menuju jalan redhoMU…

Aku hina….hina disampingMU….

Aku malu…malu untuk berhadapan denganMU..

bagaimana nanti untuk aku bertemu MU ya Allah..

Adakah bisa aku berjumpa denganMU…

Ya Allah…

Ampunilah doa2ku yang terlalu tinggi ini…

Terlalu banyak nikmatMU yangku kufuri…

Ya Allah……….

Pandanglah aku…

Lihatlah diriku…

Renunglah aku walau sekilas…

Aku memerlukan perhatian dariMu ya Tuhanku…

YA ALLAH..

aku merinduiMU...

Amenn...

wallahualam.........

Sabtu, 6 November 2010

KEAZAMAN....

Tersedarku dari lamunan,

Kisah sejarahku lupakan,

Ku semai benih2 harapan..

Bersama sejuta impian.

Dengan azam dan keyakinan,

Tempuhi cabaran kehidupan,

Terwujud segala ketabahan,

Berikanku kekuatan dan keimanan.

ku mengharapkan kejayaan,

Menanti dihadapan,

Namun hakikat belum nyata,

Harus berusaha..

Suatu hari nanti,

Pastiku kan berjaya,

Akan aku buktikan,

Padamu ayah bonda,

Disitu kita lihat,

Kebenaran hakikat,

Impian jadi nyata,

Kata telah dikota.

Bukan khayalan,

Dan bukan lakonan,

Tapi inilah kenyataan,

Kerana cita diiringi doa,

Pasti aku akan berjaya....

p/s;doakan kami dirantauan...insyaAllah..