Rabu, 19 Mei 2010

3 mahasiswi qiraat mansurah kemalangan


sumber : PMRAM.org (link)

MANSURAH, 19 Mei – Tiga Mahasiswi Qiraat tahun 1 Mansurah terlibat dengan kemalangan ketika sedang melintas jalan menuju ke Bank HSBC. Mereka dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta.

Nur Mahfuzah Mohd Roslan yang cedera di tangan serta dijahit dengan 11 jahitan, Nurul Ain Asmah Wahit cedera ringan di bahagian kepala dan perut, manakala Ummu Sofia Mohd Rostam cedera di bahagian kepala dan masih lagi dalam keadaan trauma.

Menurut Nurul Ain Asmah, mereka dalam perjalanan ke Bank HSBC, dan ketika melintas jalan mereka mengikut seorang lelaki warga tempatan dan mereka bersama lelaki itu dilanggar ketika hampir dekat pembahagian jalan berdekatan Bank HSBC Mansurah.

Ketiga-tiga mereka tercampak ke tengah jalan, Nur Mahfuzah dipercayai diseret jauh ke hadapan. Ketika kejadian mereka semua pengsan dan hanya sedar di hospital.

Ketika ini, mereka masih lagi ditahan di wad kecemasan untuk menerima rawatan susulan.

Turut bersama menziarahi, Saudara Muhammad Amirul Hasim selaku Pengerusi DPMM, Saudara Mohd Adham Hodari dan Saudara Mohd Zahimi Mohd Zhahid, Unit Pengetahuan & Pendidikan DPMM.

Saudari Solehah Harun (Naib Pengerusi HEWI 1 DPMM), Saudari Atiyqah Yusoff (Naib Setiausaha HEWI) Saudari Noor Akmaizan Yusof (Ketua Unit Penerangan & Penerbitan HEWI PMRAM), dan Saudari Nik Nor Azma Nik Abdullah (Ketua Unit Bendahari HEWI PMRAM) juga turut menziarahi mereka di Hospital Dauli. Sumbangan turut dihulurkan buat mangsa.

ADAKAH CINTAKU PADAMU????????????


Suatu pagi seusai solat subuh dan bertadarus, aku berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati. Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan. Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.


Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku. Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu. Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.

Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.

Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu. Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara. Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu. Aku akan tetap memujiMu.

Dan... Dia terus bertanya lagi, Adakah kamu benar-benar menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar Tuhanku. Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar.

Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, Kalau begitu Kenapa kamu masih melakukan dosa. Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna...aku bukan maksum.

Kalau begitu, Kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan Kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan. Kamu terus ingat kepada aku; kamu datang dekat dan merayu kepada aku.

Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi,

Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?

Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.

Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku memberi peluang untuk berkhidmat di jalanKu?

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi...

Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah aku perkenankan dengan pelbagai cara.

SambungNya lagi,

Kini... adakah kamu menyintaiKu.

Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku. Aku merintih,

Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...

kemudian Dia menjawab,

Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya aku ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu wahai hambaKu.

Aku bertanya kepadaNya,

Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?

Dia menjawab

Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian. Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan aku akan menyayangimu selama-lamanya.

Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti Kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.

Allah, ku harapkanKepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang.
Kehidupan terpelihara..
Hati yang dahaga
mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati,
Bahagia kekal abadi..
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu,
Engkau ciptakan pagar rintangan.
Harga cinta-Mu jiwa ku korban
Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia
Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi

post by:angah husnina...

Selasa, 18 Mei 2010

azimnya kalamullah...


bismillahirrahmanirrahim..
firman Allah yang bermaksud:

Allah(pemberi)cahaya(kepada)langit dan bumi.perumpamaan cahayaNya ,seperti misykat(lubang yang tidak tembus) di dalamnya ada pelita besar.pelita itu di dalam kaca(dan)kaca itu seakan-akan bintang(yang bercahaya)bagai mutiara,yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi,pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak di barat,mimyaknya hampir menerangi walau tidak disentuh api.cahaya di atas cahaya,Allah menunjuki kepada cahayaNya siapa yang Dia kehendaki,dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia,dan Allah maha mengetahui segala sesuatu.
(surah Annur:35)





Jumaat, 14 Mei 2010

untukmu..sahabat alamaya



Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam sejahtera kepada semua,
Salah silap maaf dipinta,
moga kita tiada sengketa..
sahabat…..
maafkan aku,
Jika coretan ini mengguris perasaanmu,
tiada niat dihatiku,
untuk melukakan hatimu..
sahabat…
tidak pernah aku bisa melupakanmu,
tidak pernah aku bisa mengukir kenangan lalu,
tidak pernah juga aku bisa memutuskan hubungan kita..
sahabat…
kasih sayangku padamu tak pernah luntur,
walau badai mendatang,
walau ribut menghentam,
walau petir menyambar…aku tetap aku,
mencintai dan menyayangimu,
sepenuh hatiku..
sahabat..
dapat aku rasakan,
dari raut wajahmu,
dari tutur katamu,
dari sebening pandangan matamu..
tiada lagi tulus dari hatimu,
tiada lagi secebis cinta buatku,
tiada lagi perasaanmu padaku..
sahabat..
apa salahku?
Apa dosaku?
Apakah silapku wahai sahabat…?
Keluarkanlah hujahmu,
tuturkanlah isi hatimu,
Berikanlah sejuta alasanmu padaku..
Kenapa?????
Kenapa angkau yang aku kenal dulu,
Tidak seperti engkau yang aku kenal sekarang??
Kenapa wahai sahabat…kenapa?
Adakah insan lain dihatimu?
Adakah aku tiada erti lagi buatmu?
Adakah kerana aku tidak sepandai mereka yang engkau kagumi?
pecayalah sahabat….
Kesetiaan dan kasih-sayangku padamu,
hanya Dia yang maha mengatahui..
hanya Dia sahaja dapat
memutuskannya.
Selagi hayat dikandung badan,
Aku tetap menyayangi dan mengingatimu..
Biiznillahi a’zawajalla.
Wallahua’lam.
sahabat:fnmg

andaiku tahu...


Andai ku tahu,kapan tiba ajalku,

Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku,

Andaiku tahu,kapan tiba masaku,

Ku akan memohon Tuhan jangan Kau ambil nyawaku.

Aku takutakan semua dosa2ku,

Aku takut dosa yang terus membayangiku.

Andaiku tahu malaikatMu kan menjemputku,

Izinkan aku mengucap kata taubat kepadaMu,

Aku takut akan semua dosa2ku,

Aku takut dosa yang terus membayangiku,

Ampuni aku dari segala dosa2ku,

Ampuni aku menangisku bertaubat kepadaMu,

Aku manusi yang takut neraka,

Namunku juga tak pantas disyurga.

Andaiku tahu kapan tiba ajalku,

Izinkan aku mengucap kata tobat padaku,

Aku takut akan semua dosa2ku,

Aku takut dosa yang terus mebayangkan,

Ampuni aku dari segala dosa2ku,

Ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu.

Isnin, 10 Mei 2010

salam imtihan


***imtihan tahun lepas08/09
bismillahirrahmanirrahim..
kepada semua sahabat2 yang aku sayangi dan kasihi selalu...semoga kalian berada dibawah rahmat dan kasih sayang Allah hendaknya..

disini,ingin aku memohon jutaan kemaafan andai diri ini ada membuat kesilapan sengaja atau tidak disengajakan terhadap kalian...maafkanlah aku kerana aku insan yang lemah dan kadang2 tidak betah untuk mengingati satu persatu apa yang telah aku lakukan disepanjang hidupku...

halalkanlah segalanya buat diriku sepanjang perkenalan kita.doakan kejayaan kita bersama..

semoga kita semua berada dalam golongan orang2 yang berjaya.mintalah restu kepada kedua ibu bapa kerana mereka selama ini sanggup bersusah payah untuk kita dalam apa juapun keadaan...

wallahualam:).

ingatlah

Wahai manusia,takutlah kamu kepada Allah,sesungguhnya hari kiamat itu adalah hari yang paling dahsyat!sehinggakan ibu yg sedang menyusukan anak terlepas dari penyusuannya…

Dipadang mahsyar nanti,maahari hanya sejengkal sahaja di atas kepala kita..dan hanya 7 golongan sahaja yang dapat naungan dari Allah S.W.T.

7 golongan itu ialah..

1). Imam yang adil:

Pemimpin yang memimpin di satu Negara yang besar..(khilf ulamak)

Setiap org adalah pemimpin..

2). Pemuda yang tumbuh dewasa dalam keadaan beribadah kepada Allah.

3). Seorang lelaki yang hatinya tergantung dimasjid.

4). 2 orang lelaki yang saling kasih mengasihi:

Bertemu dan berpisah kerana Allah.

5). Bilamana seorang leleki diminta oleh perempun hartawan,bangsawan dan sebagainya untuk melakukan maksiat,maka dia berkata “aku takutkan Allah”

6). Lelaki yang menberi zakat@sedekah dalam keadaan sedikit @ banyak dan dalam keadaan tangan kanan yg keluarkan tapi tidak diketahui oleh tangan kirinya.

:lelaki@suami boleh kuarkan sedekah tanpa pengetahuan isteri,

perempuan@isteri nak kuarkan zakat @ sedekah,kene mintak izin suami.

7). Lelaki yang berzikir hingga menitiskan air mata..

wallah hua’lam..

bilakah lg..


BILAKAH LAGI

Bilakah lagi kita semua satu hati,

Bilakah lagi keamanan kan dikecapi,

Bilakah lagi Islam kan dijulang tinggi,

Bangunlah wahai umat kita semua satu hati..

Marilah bersama bersatu berjihad,

Menentang kezaliman,

Oh insan sedarlah pembalasan Tuhan

Pasti akan datang…

Marilah bersama bersatu berjihad,

Menentang kezaliman,

Oh insan sedarlah pembalasan Tuhan

Pasti akan datang…

Jangan takut..

jgn takut untuk berjuang demi keamanan...

Jumaat, 7 Mei 2010

kata2 hikmah


  • Ukhuwwah itu bukan terletak pada pertemuan,bukan pada manisnya ucapan di bibir tp terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya-Imam Al-Ghazali

  • mereka mengagumi cantiknya si bunga,mereka mengagumi indahnya susunan bait lagu, atau merdunya suara penyanyi,Tetapi mengapa mereka tidak memikirkan kecantikan Yang Maha Esa yg Mencipta bunga,keindahan ayat2 Al-Quran, kemerduan suara burung yg mencicip,atau suara angin deru yg mendamaikan, paling tidak..mengapa manusia jarang sekali tunduk brserah diri untuk bersyukur..sesungguhnya Maha benarlah Allah bila dia menfirmankan manusia itu amat zalim dan amat bodoh=Al-Ahzab

    tepuk dada tnya lah iman..

    Ibnu Abbas:'siapakah teman yg paling baik? Rasulullah: 'org yg bila kamu melihat kepadanya boleh mengingatkan kamu kepada Allah,percakapannya menambah ilmumu & amalannya mengingatkan kamu kepada akhirat.

    Ukhuwwah itu bukan terletak pada pertemuan,bukan pada manisnya ucapan di bibir tp terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya-Imam Al-Ghazal

  • Rabu, 5 Mei 2010

    madah keinsafan


    Kelam kehidupan sia telah kulalui,
    berkawan kehinaan sifat menemani,
    mencoret fitrah kesucian iman dijiwa,
    dengan lakar hitam garis dosa,
    yang tiada mungkin pudar ditelan usia,
    semadi berkekalan kehujung nyawa....

    Ya Allah,
    Ku sedari perjalanan silam kealpaanku,
    tersingkir bersama racun noda,
    dari pandangan hukummu,
    dan kini kembali daku pada cahayamu,
    menyuluh kegelapan susur hayatku,
    membawa puisi doa keinsafan,
    menadah titisan rahmat keampunanmu,
    dengan lenangan air mata taubat berguguran,
    mohon penyucian kembali calar luka semalam...


    Ya Allah,
    kutitipkan kesyukuran perasaan,
    padamu mengejut diri ini dari khayalan,
    yang mengulik keindahan mimpi kebinasaan...


    Ya Allah,
    telah kau simpul hati ini,
    dengan tali hidayah kasihmu,
    abadikanya disisimu tanpa usir,
    bila mana hembusan nafasku,
    masih lagi terasa kehangatan,
    denyutan nadi tiada diperhentian...


    kita sering mahukan hari yang CERAH..tetapi Allah lbih mgetahui,hakikatnya HUJAN perlu diturunkan.. kita sering inginkan KESERONOKAN..jauh sekali KESUSAHAN..tetapi ALLAH lebih mengetahui KESUSAHAN itulah yang mengajar KEHIDUPAN..kita sering menginginkan KETENANGAN..hakikatnya diri ini penuh dengan DOSA dan KEJAHATAN..tetapi manusia tidak dapat lari dari kesilapan..semua itu bukan suatu HUKUMAN..tetapi sebagai tanda KASIH DAN SAYANG ALLAH agar kita lebih BERIMAN...

    P/s:copy paste jer ni...wallahualam.

    wahai perantau perjuangan



    Perantau musafir perjuangan,tbhkanlah hatimu,berjuang di rantau org,sedih pilu,hanya engkau yang tahu.ingatan ayah dan ibu,janganlah menghiris hatimu,kerinduan desa nan permai,janganlah melemahkan semangat juangmu..diwaktu ujian badai terus melanda,engkau tetap gigih berjuang,membenarkn sabda Junjungan,terus memburu menuntut janji,pastilah Islam gemilang lagi.tapi pejuang kembara perjuangan,ujian bukanlah batu penghalang,kerana itulah syarat dalam berjuang..
    Oh pejuang,di mana pun ketenangan,di mana pun ada kebahagiaan,bila insan kenal pd Tuhan,kasih sayang dan pembelaanNya,bagi insan yang menyerahkan,jiwa dan raga,ayah dan ibu,di jalan Allah..

    Bila hati bertaut cinta ILAHI, semua perkara menjadi tawar ,dunia seperti air laut, lg diminum lg dahaga, seperti bangkai , lg dimakan lg mudharat..kenanglah syurga, kerana kampung asalmu di sana ,,sesungguhnya syurga dipagari kesusahan dan keperitan dunia..bersabarlah diuji ILAHI..kerana kelak ganjarannya abadi..
    Jika mereka sibuk mencari cinta,Biar kita sibuk mencari iman.
    Jika mereka sibuk mencari pasangan,Biar kita sibuk mencari keredhaanNYA,
    Jika mereka menangis kecewa bercinta.Biarlah kita menangis mengenang dosa semalam.
    Jika mereka cintakan kemanusian,Biarlah kita cintakan tuhan,
    Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi.Biar kita dambakan ukhrawi....
    carilah cinta yg hakiki hanya pada Tuhan yg Esa...


    peringatan juga untuk diri ini yg mencari keredhaan TUHANNYA Dunia & akhirat itu umpama isteri yg dimadu.Apabila kau senang salah satu antara keduanya,akan marahlah yg lainnya-saidina ali karamallahu wajhah

    1-" Senyuman ibarat perasaan batin yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.Dengan senyuman, ke mana jua kita pergi bersinarlah di sana cahaya kegembiraan.Dengan senyuman, tiada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi " -Hamka-
    2-" Waktu adalah makhluk.Bayangkan kehidupan 24jam kita hanya suasana jam 7pagi shj? "
    3-"Kehidupan dunia adalah jalan untuk mencari Syurga...jika lalai, maka sesatlah kita"
    4-"Love, be it real or metaphorical...Ultimately takes humans to God" -Jalaluddin Ar-Rumi-
    5-Ibadah itu adalah cinta...berkasih-kasihan dengan Allah -Ibnu Qayyim-

    Sabtu, 1 Mei 2010

    atok kata


    ORANG KATA ..... enjoy sementara muda, hidup panjang lagi,dah tua nanti taubatlah.
    ATUK KATA .....orang muda hidup memang baru bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi,entah esok lusa Izrail datang menjemput.
    AKU RASA ..... betul jugak tu ......

    ORANG KATA ..... exams tu susah, kena banyaksacrifice, constant study ..... past year papers ..etc .. etc .. etc ..
    ATUK KATA ..... exams tu senang aje, dah adatarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikut,kalau ajal ... entah bila siapapun tak tahu, banyakpula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, NeracaMizan, tayangan slide ......
    AKU RASA ..... betul jugak tu ......

    ORANG KATA ..... have fun on your birthday,panggil kekawan and sedara mara, berpartylahsepanjang malam, make it a memorable one!!
    ATUK KATA ..... setiap hari jadi, kita semakinhampir, hampir setahun dengan kematian,setahun lagi diberi peluang untuk beramal,bertaubat ......
    AKU RASA ..... betul jugak tu ......

    ORANG KATA ..... kerja mesti sungguh-sungguh,beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ......baru hati puas!
    ATUK KATA ..... ye ke hati dah puas?? dah cukupibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siapkenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukupzikir untuk santapan rohani? dah cukup amalnak 'book' tempat Al-Firdaus?
    AKU RASA ..... betul jugak tu ......

    ORANG KATA ..... successful people have agood time management, ada bisnes di KL, NewYork, Tokyo ..... masih sempat berkempen untukpilihanraya, masih sempat melepas lelah di diskodan karaoke, masih sempat pasang perempuan2-3, baru orang boleh respect!
    ATUK KATA ..... setiap manusia dapat 24 jamdlm sehari, tapi ..... ada masa ke untuk sujud disejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nakselak Al-Quran sekali sehari? ada masa kenak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalamseminggu, atau sebulan, atau setahun?
    AKU RASA ..... err ..... betul jugak tu ......

    wallahu'alam..

    buat gadis yang meningkat remaja



    Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
    Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas,ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,"cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"
    Ibu hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.Dalam Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa dengan hukumMu".
    Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".
    Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung.Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya sendiri jadi bingung. Bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib.


    Ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri. Tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunatnya dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan. Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
    Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah (rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya". Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!
    Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini - Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.


    Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
    Annisa: (Aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan cantik!
    Isteri jiranku : Alhamdulillah. Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
    Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam. Tapi masih kelihatan cantik.
    Isteri jiranku : Subhanallah! Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. Siapakah yang boleh menolaknya?
    Annisa : Mak Cik, selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik bagaimana?
    Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita!
    Annisa : Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
    Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.
    Annisa : apakah hakikat tudung?
    Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.
    Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?
    Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa, ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua. Pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis. Menangis kerana hari itu Allah SWT murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung, Allah SWT.
    Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu
    "buta ,tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

    Tak tahan airmata ini pun jatuh. Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.
    Subhanallah! Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam.