Ibu….
tika ini..waktu ini….saat ini…
aku amat merinduimu ibu…
apakah engkau juga begitu..??
Ibu…
terlalu banyak jasa yang telah engkau taburkan buat diriku,
tidak terbalas olehku wahai ibu..
walaupun dengan segunung emas yangku berikan padamu,
masih tidak mencukupi jika hendak dibandingkan dengan keringatmu..
Ibu…
sungguh tabah dirimu,
membesarkan aku,
walau tiada suami disisi..
Ibu…
maafkan daku,
sehingga kini…
aku masih lagi mahu menyusahkanmu….
kawan2ku yang lain telahpun melangkah ke alam pekerjaan,
tapi aku??
masih disini….
dibumi tandus,jauhh…jauh dari dirimu ibu….
Ibu…
percayalah..
suatu hari nanti,
akanku bahagiakanmu…
tidak lagi menyusahkanmu…
Ibu…..
aku mohon doa restu darimu,
untuk anak tunggalmu dirantauan ini..
redhoilah daku,
doakanlah kejayaan anakmu ini ibu..
doakanlah kejayaan anakmu ini ibu..
halalkanlah walau setitik susu yang pernah engkau berikan padaku..
yang kini…mengalir diseluruh tubuhku..
meresap diseluruh urat sendiku…
Ibu…
aku amat mencintaimu…
sayang untuk selamanya…ibuku azaziah seaad.
wallahualam..^__^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan