Rabu, 18 Mei 2011

BETUL KE..WAHAI WANITA..???

siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini
tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang tak bising
perempuan, stoking pon kena pakai...
cuba suruh lelaki jadi perempuan satu hari,
komfem tak tahan bertutup semua..
tapi, perempuan cool jer..
tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?


siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap2 bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah...
kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jer meraung sbb sakit.
cuba tengok lelaki,selamber jer...
kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit kan?
tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jer
tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit,
hebat kan perempuan?


siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati ini Allah jadikan lembut sangat,
cepat je sensitif...
cuba tengok orang putus cinta,
selalu perempuan yg paling susah nak lupa.
si lelaki lepas putus cinta cepat aje nak pasang baru,
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan...
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
lembut tak lembut hati perempuan...
tapi dengan hati yg lembut itu perempuan dapat mengkagumkan lelaki..
hebat tak perempuan?
disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah,
diorang cakap, Allah tak adil
kenapa Allah lebihkan lelaki?
kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan
dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni,
ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel
diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pon'..
diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki,
diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati..
kesian kan kat diorang...
disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah tak adil.

persoalannya sekarang
betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami..
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah tapak kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?
betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
jarang kita dengar lagu pasal lelaki..


sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali di dunia
tengok pula, bila seorang lelaki berjaya,
orang akan cakap...
'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
kita x pernah dengar orang cakap
'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
kan?hebat tak Allah jadikan perempuan tu?


masih tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah sebenarnya terlalu adil pada perempuan...
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan nilah
perempuan senang nak masuk syurga...


tengok hadis ni
"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


tak adil lagikah Allah pada perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah pada kita
betapa cintanya Allah pada kita
tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas pada Allah?
Allah jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia..
bayangkan, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kitalah (wanita solehah) yang jadi hiasan kerana
"seindah2 hiasan itu adalah wanita solehah"
kesiannya kat kita kalau kita metolak untuk menjadi seindah2 hiasan itu kan?

#copy paste dan ade sedikit olahan...
#sekadar perkongsian bersama ;)
wallahualam...**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan