Isnin, 1 Julai 2013

~sekadar coretan~


terjumpa komen ni dari sahabat facebook...aku tak tahu dia dari azhar mana.. samada kaherah, atau furuk2 lain...

lebih kurang begini bunyinya:

-->"Ambik cakna le para musyrif, jgn susah nak jadi. Nanti org perempuan kuar xde musyrif kena mrh pulak. Padahal ikhwah yg berat nk jadi. Pakat la lawan tuduh aku hg, pastu pakat tuduh akhawat xmau terima teguran. hak sik2 (puak/golongan) dia tu suci jugak. 
Org ppuan ni bukan xmau beringat. Diorg ni lg beringt sbb dia tau dia ppuan. 
Cuba jadi mcm ustaz abdan kedah tu, jumpa tepi jalan je terus offer jadi musyrif. Bekas ydp kedah pun pernah ikut naik motor akhawat yg balik naik teksi. Ada yg siap turun motor naik bas skali dgn akhawat tu. Balik kemudian kawan yg naik motor tu ikut skali sbb nak ambik balik.
Kadang2 yg selalu report ni menjerit dari jauh je, usaha nak ikut tak de. Cuba la intervie sik2 lelaki, ada tak yg pengalaman jerit marah akhawat di seberang jalan je, tak pun jerit ats motor je marah akhawat xde musyrif. ikutnya idak juga. Dalam fb bukan main riuh rendah marah akhawat."


**situasi ini pernah terjadi pada sahabat aku... dari mansurah, turun kaherah atas sesuatu urusan, tak jumpa cari jalan untuk ke satu tempat di kaherah, lantas terjumpa seorang ikhwah yang menaiki motosikal dan melaung, "hati2, akhawat tak boleh jalan sorang ditempat2 begini"... dan terus berlalu meninggalkan sahabat aku terpinga2 keseorangan... takdan sahabat aku itu membuka mulut untuk bertanya sesuatu..

adakah adil dia bertindak sedemikian?? kenapa dia tak berhentikan motor dan bertanya mahu kemana lantas menunjukkan jalan..?? terpaksa sahabatku itu menghubungi kawannya dan bertanya arah jalan ke tempat yang hendak dituju.. bayangkan tika itu lebih kurang lagi 5-10 minit akan menjelang maghrib..

**akhawat kaherah pun sama... jika anda berjalan atau menaiki kenderaan dengan akhawat furu', jangan pula kalian meninggalkan dia keseorangan jika dia kata dia tak tahu arah jalan ke satu2 tempat di kaherah... bagi aku, tak cukup dengan hanya memberi bayangan di awang2an sahaja... kalau boleh, luangkan waktu kalian bersama2 mereka menuju ke tempat yang hendak dituju... aku cakap ni bukan sekadar cakap kosong, tapi pernah terjadi pada sahabat2ku semasa kami sama2 jadi exco dulu.. terpaksa pergi ketempat yang tak pernah pergi... ditingglkan keseorangan tanpa arah tuju, ingin bertanya, tidak dilayan... ingin menyapa tiada senyuman... begitulah hakikat kehidupan.. jangan sombong sangat tau.. kita bersaudara.. :)

kita selalu cakap mantapnya ukhuwah sesama kita.. tapi, hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu... maaf atas coretan ini... salam ukhuwah fillah.. wallahualam.

2 ulasan:

  1. di mesir ni kita suma mcm saudara, sama2 kita cakna :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye.. sokong dengan kenyataan nur ala nur... insyaAllah.. sama2 cakna... :)

      Padam