Ahad, 30 Jun 2013

sekadar pendapat


~aku duk mesir ni dalam dua musim.. >>mubarak dan mursi..<<

tapi aku merasa lebih selamat dan selesa berada dibawah pemerintahan mursi kerana dizaman mubarak dulu "apa pun tak bleh!!" hatta nak sebut nama ulamak tersohor yang kita bangga2kan pun tak boleh seperti imam hassan al basri dan sebagainya...

apakah rakyat mesir sendiri tidak merasainya?? atau mungkinkah mereka ini tergolong dikalangan orang2 yang telah ditutup pintu hatinya, buta matanya walaupun celik seperti firman Allah di dalam al-quran...??

wallahualam.. sama2 kita doakan yang terbaik untuk islam.. insyaAllah.

Khamis, 27 Jun 2013

Kronologi ringkas bagaimana Syiah muncul?

1) Runtuhnya Empayar Parsi/Sassanid/Iran di tangan Umar al-Khattab.
2) Fairuz, putera Maharaja Parsi Yezdager 111 menjadi tawanan perang, dia menjadi hamba kepada Mughirah r.a.(Gabenor Kufah)
3) Dimerdekakan & diberi nama Abu Lu'luah. Dia datang ke Madinah untuk membunuh Umar al-Khattab.
4) Tragedi subuh, Umar di bunuh oleh Abu Lu'luah ketika mengimamkan solat subuh. Abu Lu'luah dibunuh/membunuh diri sendiri.

----------------------------------------------------------------

5) Utsman menjadi Khalifah. 6 tahun kemudian, muncul Abdullah b. Saba' seorang Yahudi yg mengaku masuk Islam.
6) Abdullah b. Saba' mengumpulkan kekuatan dari Mesir, kufah & Basrah untuk menjatuhkan Utsman. Dia menggunakan nama Saidina Ali, Talhah Ubaidillah & AzZubair Ibnu Awwam untuk mengumpulkan pengikutnya.
7) Utsman di bunuh. Saidina Ali diangkat menjadi Khalifah. Abdullah b Saba' bergabung dalam tentera Ali. Abdullah b. Saba' mencipta rangka ajaran Syiah yg berkait dengan Ali. Ali dibunuh setelah perang Siffin.
8 ) Sebelumnya Husain b Ali bernikah dengan Shahrbanu puteri Maharaja Parsi Yezdager 111. Sejak itu keturunan Ali berkait rapat dengan bangsa Parsi. Ajaran Syiah yg dicipta oleh Yahudi, berjaya melebarkan sayapnya ke Parsi/Iran.
9) Munculnya berbagai aliran Syiah yg berkaitan dengan Saidina Ali. Imamiyyah memegang Iran & beranggapan imam di sisi mereka ada 12 orang dari keturunan Ali.
10) Yahudi mempergunakan nama Syiah untuk meruntuhkan Islam dari dalam. Dalam Syiah ada golongan menipu & tertipu. Golongan menipu adalah Yahudi di Israel yg berkerjasama dengan Yahudi di Iran, golongan yg tertipu adalah sebahagian besar Syiah awam diseluruh dunia termasuk Syiah melayu di nusantara.(Syiah jadian)
11) Yahudi mempergunakan bangsa Parsi untuk meruntuhkan Islam kerana bangsa Parsi berdendam dengan Umar al-Khattab akibat jatuhnya empayar besar Parsi.

----------------------------------------------------------------

Daripada Anas bin Malik r.a, sabda Nabi s.a.w:“Dajjal akan keluar dari kota Yahudi Isfahan (di Iran) bersama 70,000 penduduk Isfahan.” [Fath al-Rabbani Tartib Musnad Ahmad. Ibn Hajar berkata : "Sahih"]

Nabi s.a.w bersabda : “Dajjal akan diikuti oleh 70,000 yahudi dari kota Isfahan,mereka memakai Al-Tayalisah.” [Hadis riwayat muslim]

Ibn Kathir berkata :"Dajal pada mulanya akan muncul dari Isfahan dari sebuah kota Yahudi." [al-Nihayah fi al-Fitan wa al-Malahim]

Kesimpulan : Syiah adalah Yahudi yg bertopengkan Islam. Tidak termasuk mazhab Imam Zaid & Imam Ja"far. Jangan terkeliru, Syiah bermaksud golongan. Dalam al-Quran ada 4x perkataan syiah disebut. Dalam surah as-Saffat ayat 83, Maryam ayat 69 & al-Qasas ayat 15(disebut 2x). Yg dikatakan Syiah pada artikel ini adalah menyebut Syiah secara kebiasaan orang ramai faham.

SHARE kepada semua, biar semua tahu dan faham...

Isnin, 24 Jun 2013

istikharah Permulaan Cinta

 Ramai yang selalu keliru dalam bercinta. “Siapa jodoh aku?” ” Biar betul dia calon pendamping aku?”. 

Soalan-soalan demi soalan diajukan kepada diri sendiri tanpa ada jawapan yang tercipta.Cinta itu tidak perlu dipaksa kerana hati ini milik Allah.
Rujuk artikel: Cara Buat Solat Istikharah
Allah yang memegang hati ini,Allah yang memasukkan cinta dan menerbitkan cinta di hati ini jadi berhentilah memaksa seseorang mencintaimu tetapi mintalah dengan Allah agar dilabuhkan rasa cinta itu ♥
Apa kata dari asyik biar diri dibelenggu persoalan,kita ubah sedikit.Tanya pula pada Allah tapi macam mana nak tanya pada Allah?
Itulah adanya solat istikharah. Sebenarnya solat istikharah ini bukan hanya untuk mencari jodohsahaja.Apabila rasa keliru dalam meentukan siapa pasangan kita,kita digalakkan melaksanakan solat istikharah.
Solat istikharah bertujuan meminta petunjuk dari Allah pilihan yang paling baik kerana Allah Maha Mengetahui.
Tapi bila nak kerjakan solat istikharah ni? nak tahu ?
Sebenarnya solat istikharah ini boleh dilakukan berulang-ulang kali sehingga kita sudah dapat jawapannya.
Jawapan boleh datang dengan pelbagai cara seperti getaran hati dan mimpi.Waktu paling afdhal bagi mengerjakan solat istikharah ialah 2/3 malam.Sewaktu orang lain enak dibuai mimpi kita bangun mencari jawapan dari Illahi.

Doa Solat Istikharah

Doa Solat Istikharah
Solat istikharah sangat mudah dilakukan.
Dua rakaat sahaja.Rakaat pertama dialunkan surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun manakala rakaat kedua diperdengarkan bacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.
Solat istikharah amat mudah dilaksanakan cuma perlu dilakukan secara istiqomah namun tidak ramai yang memilih untuk mengerjakannya.
Lebih ramai yang gemar ucap, “I love you” dan menunggu respon sahaja tanpa menyerahkan urusanjodoh pada Allah.
Jadikanlah istikharah sebagai permulaan cinta anda dan diteruskan dengan bercinta selepas nikah.
copypaste by:  http://birandetu.blogspot.com/2013/06/istikharah-permulaan-cinta.html

3L

ostad kata manusia zaman sekarang bila m'lakukan solat ada 3L

1-LAJU
2-LEWAT
3-LALA
 
by: liqak para daie islam... 

Sabtu, 22 Jun 2013

pengakhiran peperiksaan aku disini~bumi bertuah :)

bismillah..

alhamdulillah.. hari ini, 22 june 2013, adalah pengakhiran segala kekusutan dalam mentalaah kitab2 kuliah untuk tahun akhir syariah islamiyah... 

status seorang sahabat di fb: Semoga Allah menerima setiap usaha kita sebagai 'ibadah yg soheh' ~ sujud syukur padaMu ya allah ~ dpermudahkan taayin dn syafawi b'sama doktor syukri & doktorah huda, 22062013 maka berakhirlah imtihan thn akhir , teruskan bdoa dn munajat padanya, dgn harapan mg natijah thn akhir bakal m'natijahkn kejayaan buat kita semua..

moga diberi kejayaan dan rahmat dari ILAHI insya-Allah..

pada 16 julai 2013, jam 4.45 petang, aku akan pulang ke negara tercinta malaysia insyaAllah... moga segala penat lelah aku mengejar ilmu disini dapat dimanfaatkan kepada mereka yang memerlukan...

aku hanya insan biasa, tidak punya apa2 keistimewaan... aku tidak sehebat mereka, aku jugak tidak sedaya sahabat2ku yang lain... aku diketegorikan seorang yang perlu berusaha bersungguh2 untuk menggapai sesuatu.. tidak seperti sahabat2ku yang memang dah bijak pandai sejak kecil lagi.. walaupun begitu, aku tetap bersyukur kerana aku dipilih olehNYA untuk melihat dan mengambil ibrah dan pengalaman di negara orang..

tidak semua orang dapat melanjutkan pelajaran ke bumi anbiak ini.. ya! itu aku akui... hanya mereka yang terpilih sahaja yang mampu untuk terbang sejauh ini walau hakikatnya dia tidak mampu... kemampuan itu milik Allah.. DIAlah yang telah memampukan aku dan sahabat2ku yang lain... Alahmdulillah aku sangat2 bersyukur atas kehendakNYA... alhamdulilah.... :)

doakan aku dan sahabatku... syukran <3 p="">
~nak balik kawen.. tapi xde calon lagi.. hehe :P

Sabtu, 15 Jun 2013

Kalau dah tak suka

Kalau dah tak suka, buatlah apa pun akan ada saja komen yang negatif. Kalau dah suka, buatlah apa pun akan ada saja komen yang positif. Begitulah suka duka hidup berjuang. Justeru itu
sahabatku, usah resah dan gelisah, pacu perjuangan ini dengan ikhlas dan langkah yang betul menepati manhaj an Nabawi, kamu akan sampai ke destinasi yang dituju bersama redhaNya insyaAllah...ameen..doaku bersamamu dan jangan lupa doakan jua buat diriku lantaran aku jua ingin menjadi pejuang sepertimu..... selamat berjuang

YB Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia,
MP Temerloh.

Jumaat, 14 Jun 2013

akisah

Alkisah disuatu hari ada orang tua yang ingin pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam terdapat seorang pemuda yang menjaga tandas menegurnya , “Wahai orang tua , bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan teguran pemuda itu , bercucuran keluar air matanya orang tua tersebut.

Pemuda tadi terkejut dan berkata , “Wahai orang tua , andai kata kamu tiada wang untuk dibayar , masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini .”

Orang tua tersebut menjawab , “Wahai orang muda , aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki , bagaimana pula dengan syurga Allah ? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya ?"

Allahu A'lam:'(
by liqak para da'ie...

Selasa, 11 Jun 2013

"benarkah asal kejadian perempuan/wanita dari tulang rusuk??"

BISMILLAH...
Alhamdulillah.. harini aku nak kongsi dengan sahabat2 tentang persoalan "benarkah asal kejadian perempuan/wanita dari tulang rusuk??"

jom kita selami penulisan/artikel dibawah... cukup menarik dan amat2 bermanfaat untuk kita semua... 
ops!! ~JANGAN BACA SEPARUH2 Je.. KALAU NaK BACA, BACA SAMPAI HABES OKEY!! SYUKRAN ^_^'

 Asal Usul Hawa - Ulasan Artikel

Insya Allah, kali ini saya agak tertarik untuk mengulas artikel yang bertajuk “Benarkah Asal Kejadian Perempuan Dari Tulang Rusuk?” yang telah ditulis oleh Ustaz Muhammad Hanief bin Awang Yahya yang boleh dibaca di sini.

MUQADDIMAH

Di dalam artikel tersebut, menafikan bahawa penciptaan Hawa bukanlah dari tulang rusuk, sebaliknya penciptaan Hawa tidak diceritakan pun. Beliau menyebut :

Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.

- sila baca artikel tersebut sehingga habis –

Suka untuk saya mengulas di sini bahawa di sana sememangnya terdapat 2 pandangan dalam menceritakan asal-usul Hawa. Adakah benar ia dicipta daripada tulang rusuk Nabi Adam? Atau Hawa dicipta daripada jenis yang sama?

Pandangan pertama :

Syeikh Tantawi RA telah menukilkan di dalam Tafsir al Wasit (1/837), bahawa Jumhur Ulama berpandangan bahawa Hawa dicipta daripada Nabi Adam AS, iaitu daripada tulang rusuknya. Ketika itu Nabi Adam AS sedang tidur, setelah berjaga, beliau ternampak Hawa dan rasa suka kepadanya, kerana Hawa diciptakan daripada tubuhnya sendiri.

Pandangan ini berhujahkan dengan Hadis Nabi SAW

إن المرأة خلقت من ضلع أعوج فإن ذهبت تقيمها كسرتها وإن تركتها وفيها عوج استمتعت بها

Pandangan Kedua :

Abu Muslim al Asfahani berpandangan bahawa Hawa bukanlah diciptakan daripada Nabi Adam AS, tetapi diciptakan “daripada jenis yang sama”, iaitu manusia. Perkara yang sama juga telah dijelaskan di dalam ayat-ayat yang lain di dalam al Quran :

والله جَعَلَ لَكُمْ مِّنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجاً

إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولاً مِّنْ أَنْفُسِهِمْ

Perbandingan :

Syeikh Tantawi menukilkan kalam al Qadhi Iadh bahawa pandangan pertama lebih kuat (1/837). Dr Wahbah Zuhaili juga mengutarakan kedua-dua pandangan ini di dalam Tafsir al Munir (2/557), dan beliau mengatakan bahawa pandangan kedua tersebut bercanggah dengan apa yang dinyatakan di dalam Hadis Shahih di bawah

اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ
(Shahih Bukhari : 3084)

Dr Wahbah Zuhaili menambah lagi bahawa penciptaan Hawa daripada tulang Nabi Adam AS adalah untuk menampakkan kekuasaan Allah SWT, iaitu menciptakan sesuatu yang hidup, daripada benda hidup yang lain, bukan dengan cara kelahiran. (2/557)

Syeikh Tantawi menyatakan lagi (1/837) bahawa sekiranya Hawa itu bukan dicipta daripada Nabi Adam, sudah pasti semua manusia ini dicipta daripada 2 jiwa, bukan 1 jiwa. Sedangkan di dalam al Quran (Surah an Nisa : 1) menyatakan bahawa semua manusia dicipta daripada 1 jiwa. Perkara ini juga telah dinyatakan oleh Syeikh Sayyid Ahmad Musayyar RA di dalam kitab Qadhaya Insaniah.

PENJELASAN PETIKAN

Di dalam artikel tersebut, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijelaskan semula di sini, iaitu :

Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini? Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:

1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat

Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.) Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.

Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;

1. Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk
2. Perempuan seperti tulang rusuk
3. Perempuan adalah tulang rusuk.

2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas

Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.

3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من

Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)

Penjelasan semula

Pertama

Tidak boleh dikatakan bahawa “semua” Isra’iliyyat perlu ditolak. Sebaliknya pendekatan terhadap Isra’iliyyat perlulah selari dengan Hadis Nabi SAW. Iaitu, melihat kepada pembahagian Isra’iliyyat (berdasarkan kitab ad Dakhil, hasil penulisan Bahagian Tafsir, Universiti al Azhar)

Pembahagian pertama, iaitu dari segi keshahihannya. Terbahagi kepada :

Shahih,
Dha’if (lemah)
Maudhu’ (rekaan)

Di dalam hal ini, Nabi SAW bersabda :
حَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ
Sampaikanlah cerita-cerita Bani Israil, tetapi jangan keterlaluan (Sunan Abi Daud : 3177)

Pembahagian pertama ini boleh diriwayatkan dengan tujuan untuk menjadikan dalil, untuk menolak hujah-hujah orang Yahudi.

Pembahagian kedua, iaitu dari segi topik yang disampaikan oleh Isra’iliyyat tersebut. Terbahagi kepada :

Berkaitan dengan Akidah dan Pegangan
Berkaitan dengan hukum hakam
Berkaitan dengan peringatan dan peristiwa-peristiwa

Pembahagian kedua ini tidak boleh diriwayatkan, melainkan dengan menyertakan penjelasan terhadap penipuan tersebut.

Pembahagian ketiga pula, iaitu dari aspek keselariannya atau percanggahannya dengan syariat. Terbahagi kepada tiga, iaitu

Selari dengan syariat
Bercanggah dengan syariat
Tidak selari, dan tidak juga bercanggah (maskut – tiada dalil yang menolak, dan tiada dalil yang menerimanya)

Apa yang selari dengan syariat, boleh diriwayatkan. Apa yang bercanggah dengan syariat, tidak boleh diriwayatkan. Sekiranya tiada dalil yang menolak atau mengiyakannya, maka ia dinamakan “maskut”

Nabi SAW bersabda :

لَا تُصَدِّقُوا أَهْلَ الْكِتَابِ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ وَقُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ
Jangan mengiyakan apa yang dikatakan oleh ahli kitab, jangan pula menafikannya. Katakanlah, kami beriman dengan Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan juga apa yang diturunkan kepada kamu. (Shahih Bukhari : 6814)

Sekiranya apa yang diriwayatkan oleh Jumhur Ulama (yang menyatakan bahawa Hawa diciptakan daripada Nabi Adam AS) adalah sesuatu Isra’iliyyat, maka kenapakah mereka meriwayatkannya juga? Ini kerana Jumhur Ulama bersandar kepada Hadis Shahih yang dinyatakan sebelum ini.

Kedua

Saya tidak dapat memastikan, hadis manakah yang dimaksudkan oleh penulis, yang menyatakan bahawa :

pentafsir menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu

Sekiranya hadis tersebut ialah :

اسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِ فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ

Maka, saya menjelaskan di sini bahawa saya tidak menemui apa yang dimaksudkan oleh penulis, yang mengatakan bahawa “ulama mengkhususkan maksud perempuan di sini hanya Hawa”.

Sebaliknya, kita perlu faham bahawa “Hawa juga tergolong dalam golongan perempuan”. Maka, ia juga termasuk hadis ini, iaitu dicipta daripada tulang rusuk. Adakah semua perempuan dicipta daripada tulang rusuk? Ya, kerana asal-usul jantina perempuan bermula daripada Hawa, dan Hawa dicipta daripada tulang rusuk.

Para ulama tidak mengkhususkan maksud “perempuan” itu dengan “Hawa”. Sebaliknya, Hawa adalah perempuan, bahkan perempuan yang pertama di dunia. Maka, kesemua asal-usul perempuan, berpunca daripada asal-usul Hawa. Dan sepertimana yang telah disebutkan bahawa Hawa dicipta daripada Nabi Adam AS.

Ketiga

Penulis menyatakan bahawa Hawa dicipta bukan daripada tulang rusuk Nabi Adam AS, bahkan ia dicipta daripada jenis yang sama. Ini kerana penulis mengatakan bahawa من نفس واحدة bermaksud “daripada satu jenis”. Iaitu perkataan من bermaksud “daripada”. Iaitu daripada jenis yang satu.

Dalil-dalil yang disandarkan oleh penulis telah disebutkan sebelum ini, iaitu berdasarkan beberapa ayat al Quran yang menjadi hujah bagi Abu Muslim al Asfahani. Penulis menyebut :

Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)

Apa yang disebutkan oleh Ibnu Hisyam di atas jelas menunjukkan bahawa “tidak semestinya من bermaksud “daripada jenis yang sama” sepertimana yang penulis maksudkan. Apakah hujah untuk menyatakan bahawa من tersebut bermaksud “daripada”?

Syeikh Tantawi RA mengulas perkara ini di dalam Tafsir al Wasit bahawa من tersebut bermaksud للتبعيض , iaitu “daripada sebahagian”. Maka, Ibn Abi Hatim menukilkan kalam Ad Dhohak bahawa maksud ayat tersebut ialah “Hawa dicipta daripada Nabi Adam, daripada tulang rusuknya (no. 4764)

Imam Ibn Kathir juga menyatakan perkara yang sama di dalam Tafsir Ibnu Kathir, bahawa Hawa dicipta daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam AS. Beliau dikenali dengan kepakaran dalam bidang tafsir, dan begitu mendalami selok-belok sanad. (rujuk ad Dakhil)

Maka, Jumhur Ulama meletakkan bahawa من tersebut bermaksud للتبعيض , berdasarkan pandangan mereka yang mengatakan bahawa Hawa dicipta daripada tubuh Nabi Adam AS.

Manakala Abu Muslim al Asfahani mengatakan :

أن المراد من قوله { وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا } أى من جنسها
Sesungguhnya, yang dimaksudkan dengan firman Allah “Dan diciptakan daripadanya (jiwa yang satu itu) pasangannya”, iaitu daripada jenisnya.

PENJELASAN TENTANG AYAT AL QURAN

Beberapa ayat-ayat al Quran yang dijadikan oleh penulis sebagai hujah ialah :

Pertama

والله جَعَلَ لَكُمْ مِّنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجاً
Dan Allah lah yang menjadikan daripada diri-diri kamu ini, isteri-isteri kamu (Surah an Nahl : 72)

Maksud daripada ayat ini terbahagi kepada dua pandangan :

Imam Sayuti RA menukilkan di dalam ad Durrul Manthur Fi Tafsiri Bil Ma’thur,

عن قتادة في قوله : { والله جعل لكم من أنفسكم أزواجاً } قال : خلق آدم ثم خلق زوجته منه
Daripada Qatadah RA, menafsirkan “Dan Allah lah yang menjadikan daripada diri-diri kamu ini, isteri-isteri kamu” beliau berkata : Adam dicipta, kemudian pasangannya dicipta daripada dirinya.

Manakala Imam Baidhawi mengatakan bahawa :

أي من جنسكم لتأنسوا بها ولتكون أولادكم مثلكم . وقيل هو خلق حواء من آدم
Iaitu, daripada jenis kamu, untuk kamu hidup dengannya, dan menjadikan anak-anak kamu seperti kamu. “Qil” mengatakan bahawa Hawa dicipta daripada Adam.

Imam Nawawi menyebut di dalam Muqaddimah Minhaj at Tolibin bahawa “Qil” yang digunakan oleh beliau merujuk kepada pandangan dha’if.

Tetapi, saya tidak melihat bahawa Imam Baidhawi menyokong pandangan Abu Muslim al Asfahani. Sebaliknya, beliau hanya menafsirkan maksud من tersebut ialah “daripada jenis kamu”. Iaitu tidak berkaitan dengan penciptaan Hawa daripada Nabi Adam. Sebaliknya, ia berkaitan dengan diri kita, yang mana isteri-isteri kita adalah “sama jenis dengan kita”.

Imam Baidhawi menafsirkan ayat 1 Surah an Nisa dengan mengatakan bahawa Hawa dicipta daripada tulang rusuk Nabi Adam AS. Manakala di dalam ayat Surah an Nahlu ayat 72 beliau menafsirkannya sebagai “daripada jenisnya” kerana beliau tidak menyamakan maksudnya dengan kisah Nabi Adam AS.

Kedua

لَقَدْ مَنَّ الله عَلَى المؤمنين إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولاً مّنْ أَنفُسِهِمْ
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, (Surah Ali Imran : 164)

Jelas menyatakan bahawa maksud من tersebut ialah “dari kalangan kamu”. Lantas, penulis menggunakan ayat ini sebagai hujah untuk menyamakannya dengan Ayat 1 Surah an Nisa, dengan menyatakan bahawa “Hawa dicipta dari jenis Nabi Adam AS” iaitu sejenis, bukannya dicipta daripada tulang rusuknya.

Maka, sepertimana yang saya sebutkan, penafsiran ayat 164, Surah Ali Imran tidak boleh disamakan dengan Surah an Nisa ayat 1. Tidak boleh menyamakan kesemua من di dalam ayat al Quran merujuk kepada “daripada jenis”. Kadangkala ia bermaksud للتبعيض , رفعاً للجنس , للجنس , صِلةً , تعجّباً dan banyak lagi.

Kesimpulan

Kesimpulan di sini, Jumhur Ulama berpandangan bahawa Hawa dicipta daripada tulang rusuk Nabi Adam AS, manakala Abu Muslim al Asfahani berpandangan bahawa Hawa bukan dicipta daripada Nabi Adam AS, tetapi dicipta daripada jenis yang sama dengan Nabi Adam AS.

Perbezaan ini tidak perlu diperbesarkan. Cukup sekadar ini. Perkara ini pun sudah diperincikan oleh ulama-ulama sebelum kita. Saya bersetuju dengan apa yang penulis nukilkan, iaitu :

Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik itu di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)

Perbincangan yang sebenar bukanlah asal-usul Hawa. Tetapi hikmah daripada penciptaan Hawa daripada tubuh Nabi Adam AS.

Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil
Felo Akidah dan Falsafah
MANHAL PMRAM

june

~semoga kalian diberkati, dirahmati, diredhoi dan dikasihi dunia akhirat insyaAllah... selamat menyambut ulang tahun kalian.... semoga gembira selalu.. ^^

June 2013

Saturday, June 1, 2013





  • Birthdays
    • Arif Andak
    • Ezrie Halfie
    • Ummu Faqihah
    • Shahrul Luat
    • Kak Cik

Sunday, June 2, 2013

Monday, June 3, 2013



  • Birthdays
    • Aku Emier

Tuesday, June 4, 2013

  • Birthdays
    • Nurul Jannah Abdullah
    • Pena Azhari
    • Noor Azihan Sulaiman
    • MohdFaizol SitiAnisah
    • Srikandi Ummah

Wednesday, June 5, 2013

  • Birthdays
    • Mursyidah Alhusainy
    • Nor Imah

Thursday, June 6, 2013

  • Birthdays
    • Angah Ibnu Azizan
    • Nur Suzana
    • Engku Syafiqah Engku Omar
    • UstazahPilihan Hidaya

Friday, June 7, 2013

  • Birthdays
    • Nailah Huda
    • Halaqah Dakwah

Saturday, June 8, 2013

  • Birthdays
    • Radzi Jamil
    • Atikah Tarmizi
    • Nur Azah
    • Nur Atikah Tarmizi
    • Siti Faizatul Farah

Sunday, June 9, 2013

  • Birthdays
    • WHusnul Amni WAdnan
    • Nurul Idayu
    • Nur Sakinah Abu Bakar

Monday, June 10, 2013

  • Birthdays
    • Nurul 'Adilah Shuhardi
    • عبد الله خير العزم
    • Mohd Abedah Rahman
    • Zunaini Ismail
    • Siti Safiyah Wong

Today 11 june 2013

Wednesday 12 june

  • Birthdays
    • Nur Fadlina Mat Dali
    • Asiful Bahri

Thursday 13/6

  • Birthdays
    • Najwa Anas
    • Zaiton Ismail
    • Syah Nurul

Friday 14/6

  • Birthdays
    • Komrad Tarbiah
    • Farah Fasihah
    • Amirah Solehah Abdul Khalil
    • Hamba Mu
    • Izat Izati

Saturday, June 15, 2013

  • Birthdays
    • Nurul Nadirah Ramli
    • Nurul Adibah Zainal

Sunday, June 16, 2013

  • Birthdays
    • Ku Harapkan Sinar II

Monday, June 17, 2013

  • Birthdays
    • Permata Mumtahanah
    • Mardhiah Ramli
    • Nor Latifah Othman
    • Adawiyah Alias
    • Mat Xcutexhoneyx
    • Abar Ana

Tuesday, June 18, 2013

  • Birthdays
    • Nur Kasih Nazrul

Wednesday, June 19, 2013

  • Birthdays
    • Zulfa Takaijudin
    • Syazwani Nazri

Thursday, June 20, 2013

  • Birthdays
    • Rashima Ramli Shima
    • Aya Lan
    • Nik Norayuni
      nik ayuni

Friday, June 21, 2013

  • Birthdays
    • Nurin Damia

Saturday, June 22, 2013

  • Birthdays
      Puteri Shida
      adik shida elex
    • Nor Azlina Idris
    • Nurhafidah Yusuf
    • Nur Hazila
    • Shahrizan Yusof

Sunday, June 23, 2013

  • Birthdays
    • Khairul Najwa
    • Siti Zubaidah Othman
    • Redhainnur Idrus
    • Helikopter Kecil

Monday, June 24, 2013

  • Birthdays
    • Mohd Muzieman
    • Muhammad Suhaimi
    • Nur Aishah Che Zuhar

Tuesday, June 25, 2013

  • Birthdays
      Nur Syazwani
      syazwani ~kwn aku

Wednesday, June 26, 2013

  • Birthdays
    • Sekeping Hati

Thursday, June 27, 2013

  • Birthdays
    • Kathy Nor Khadijah
    • Noor Amirah Mat Nawi
    • Sieytiey Mokhtar
    • Al Humaidi

Friday, June 28, 2013

  • Birthdays
    • Amalina Mohammed Daud

Saturday, June 29, 2013

Birthdays
  • Haris Bakri
  • Roslinda Yussof