Sabtu, 27 Oktober 2012

~Kisah Brownies dan Kehidupan~


copypate by fb...
Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 18-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 18 tahun!”

Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”

“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”

“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”

Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya,

“Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.

Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.

“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.

“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”

“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.

“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”

“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.

“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.

“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.

“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”

Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.

“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”

“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”

“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

p/s~Hati kita mati sedikit demi sedikit disebabkan perbuatan kita. Benda atau prkara yang dianggap kecil sebenarnya boleh memberi impak yang besar dalam kehidupan tanpa kita sedari.

Isnin, 22 Oktober 2012

orang pertama


1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25… Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

copypaste dari fb ust
Mujahid Soleh

Sabtu, 20 Oktober 2012

Alkisah seekor kuda….


Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Kuda ini cantik dan mempunyai banyak kualiti yang dipuji. Namun kuda tidak berpuas hati, kuda merasakan dirinya tidak cukup sempurna, terutama kecantikan luarannya…
Kuda berkata pada penciptanya…. “Saya bersyukur saya telah diberi kecantikan dan nilai-nilai yang baik… tapi saya mengharapkan Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik. Saya akan lagi bersyukur, amat bersyukur ji
ka Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik…”

Pencipta membalas, “Saya sedia memjadikan anda lebih cantik… beritahu apa yang anda harap bertukar…”

Kuda tersebut berkata, “Saya rasa badan saya tak seimbang. Leher saya terlalu pendek… jika tuan boleh panjangkan leher saya sikit, bahagian atas badan saya akan nampak lebih elok. Dan kalau tuan boleh panjangkan dan kuruskan sikit kaki saya… saya akan nampak lebih menawan di bahagian bawah badan saya…”

Tuan tersebut menyuruh kuda menutup mata untuk 30 saat….

30 saat berlalu, kuda pun membuka mata… lalu melihat cermin di depannya…

Kuda terkejut… siapa unta itu?

Melihat pada penciptanya kuda (yang kini menjadi unta) merungut, “Tuan, saya nak jadi lebih cantik menawan. Bagaimana rupa luar sebegini boleh dikira sebagai cantik dan menawan.”

Penciptanya membalas, “Itu yang anda mahukan, itu yang saya buatkan…”

Kuda (yang kini menjadi unta) itu menangis, “Ini bukan yang saya nak. Saya tak nak jadi unta. Saya nak kekal sebagai kuda. Sebagai kuda, semua orang puji saya mempunyai kualiti nilai yang baik… tiada yang akan menghargai saya sebagai unta…”

Pencipta itu menjawab:

“Jangan cuba untuk mencapai dan menerima lebih daripada apa yang kurniakan pada anda. Jika anda sentiasa ingin hidup memuaskan nafsu, setiap waktu anda akan meminta lebih dan lebih… Anda tidak tahu apa kesan pada akhirnya. Anda merayu untuk panjangkan leher dan kaki, inilah apa yang berlaku.

Semua benda yang dicipta saya ada kualitinya sendiri… Ya, unta tidak secantik kuda, tapi ia boleh membawa beban yang banyak dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.”

Mulai hari itu, kuda (yang kini menjadi unta) berubah dan menjadi seekor unta yang baik sehingga dipuji ramai sebagai haiwan yang meringankan beban manusia untuk bergerak sana sini.

Walaupun ini sekadar cerita dongeng … tapi di dalamnya banyak isi tersirat di dalamnya, hanya yang membuka mata hati dan ingin belajar akan mendapatnya…

Senyum :)

Khamis, 18 Oktober 2012

::Tempahan Korban 1433 H::


::Tempahan Korban::
*sebelum 19 Oktober 2012 ~ESOK!! CEPAT2 SEBELUM TERLAMBAT..
*harga:
1)kambing-LE600/RM300
2)khoruf-LE1000/RM500
3)Unta(1/7)-LE860/RM435
*harga berubah mengikut pasaran semasa
*Untuk tempahan boleh hubungi:
1)Mohammad Nurul Amin (0114-3916966)
2)Abdul Abdullah Hashim b Abdul Aziz(0114-0753678)
3)Farhana Ghazali (0111-3752814)
4)Rashima bt Ramli (0111-8044312)

PMRAM cawangan Mansurah 2012/2013

Gembira, sedih bukannya boleh pilih


Mengapa ayahanda ustaz boleh sentiasa senyum gembira dan positif? Susah nak capai tahap itu…

Tak susah. Ini hanyalah satu pilihan.

Satu pilihan? Gembira, sedih bukannya boleh pilih. Ada masanya perkara buruk terjadi. Macam mana nak senyum selalu.

Tak susah. Bangun pagi, selepas sembahyang subuh – Allah memberi anakanda dua pilihan. Anakanda boleh memilih untuk berada dalam mood yang baik atau mood yang negatif… Ayah selalu memilih untuk berada di dalam mood yang baik… 
Apabila satu situasi buruk berlaku, ingat Allah juga memberi dua pilihan… samada anakanda nak bertindak sebagai mangsa atau anakanda ingin belajar sesuatu daripada situasi tersebut… Allah tidak menjadikan situasi itu buruk… hanya minda anakanda yang berkata situasi itu buruk… ayah selalu memilih untuk belajar daripada situasi yang Allah jadikan di depan mata… 

Apabila ada orang yang datang complain pada anakanda… ingat Allah juga memberikan dua pilihan… samada anakanda menerima rungutan tersebut atau anakanda menjelaskan perkara tersebut dari sudut positif… ayah selalu akan memilih untuk menjelaskannya dari sudut positif…

Mudah cakap ayahanda ustaz… itu susah nak laksana…

Allah juga memberi 2 pilihan pada anaknda tadi – untuk memilih mengganggap kata-kata ayah sebagai sesuatu yang mudah dilaksanakan atau sangsi terhadap kata-kata ayah… Anaknda, hidup di bumi Allah ini, kita sentiasa diberi pilihanbuangkan semua tanggapan negatif daripada minda… setiap situasi sebenarnya adalah neutral dan pilihan untuk kita…

…….. Semua benda adalah pilihan kita terhadap apa yang diberi Allah?

Ya, itu saja. Mudah saja. Anaknda memilih reaksi sendiri terhadap situasi. Anknda yg memilih siapa yang boleh mempengaruhi mood anknda. Anknda yang memilih untuk berada dalam mood baik atau buruk. Pilihan diberi Allah, tapi yang memilih adalah anknda.

Yang membaca ini Allah juga memberi pilihan. Apa pilihan anda?

Senyum.

Isnin, 15 Oktober 2012

+_+'

mungkin kerana terlalu banyak kerja2 yang perlu dilaksanakan.. aku terasa hampir futur....



entah kenapa... aku kurang memberi tumpuan pada satu2 kerja sejak akhir2 ini...
aku tak mampu sebenarnya...
tapi,
entahlah!! aku pun tak faham dengan diri sendiri....
apa yang aku mahu??? aku pun tak tahu..


buntu....


Ahad, 14 Oktober 2012

Kenapa Umat Islam Perlu Memahami Tahaluf Siasi?

dari fb: Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila kita membicarakan mengenai politik masa kita, kita akan bertemu dengan istilah arab, Tahaluf Siasi. Istilah ini akan di perbincangkan dan di perkatakan supaya umat Islam dapat memahaminya dan tdak lagi timbul kekeliruan yang sering di salah tafsirkan oleh media arus perdana.

Apakah maksud Tahaluf Siasi ?

Tahaluf siasi bermaksud 'kerjasama politik' di mana organisasi Islam memilih untuk bekerjasama dengan organisasi lain untuk membina sebuah kerajaan. Idea Tahaluf Siasi dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Rashid Ridha yang mengeluarkan kaedah tahalluf siasi: " Kita bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak disepakati." Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Al-Imam Hasan al-Banna dalam mengembangkan dakwah Ikhwan Muslimin di Mesir.

Tahaluf siasi yang dibenarkan syarak ialah kerjasama yang tidak menggadaikan prinsip-prinsip utama syarak, contohnya akidah dan perundangan Islam. Dalilnya: Nabi Muhammad SAW banyak membuat pakatan kerjasama dengan Bani-bani arab untuk menguatkan kerajaaan Madinah dalam menghadapi ancaman berterusan dari Musyrikin Quraisy.

Setiap para pendokong dakwah samaada yang bergerak dalam harakah Islamiah atau organisasi Islam perlulah memahami Tahaluf Siyasi supaya dengan kefahaman ini mereka akan dapat bergerak dalam organisasi Islam dengan cara yang betul dan sesuai dengan realiti terkini. Kekeliruan dalam memahami realiti semasa menyebabkan organisasi Islam akan berada di dalam keadaan kerugiaan kerana bertindak dengan uslub dan strategi yang tidak tepat dan akan merugikan Islam sendiri.

Dengan kejatuhan khilafah Uthmaniah di Turki pada tahun 1924, gerakan Islam yang pertama ditubuhkan ialah Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1928.

Penubuhan gerakan ini di Mesir membayangkan hasrat untuk menegakkan Haikimiyyah Allah SWT. Idealisme ini berkembang ke seluruh dunia dengan penubuhan gerakan-gerakan Islam dan parti-parti politik Islam di hampir setiap negara di dunia. Matlamat dan konsep perjuangan mereka hampir sama antara satu lain iaitu ke arah menegakkan sebuah negara Islam dan lebih jauh dari itu menghidupkan semula sistem khilafah yang telah berkubur.

Dalam keadaan hari ini, amatlah disedari oleh gerakan-gerakan Islam / organisasi Islam bahawa mereka tidak mampu untuk berdiri sendiri dalam memperjuangkan aspirasi masing-masing. Di dalam sesebuah negara bangsa yang dibina pada zaman moden ini, tidak semua rakyat memahami inti kandungan Islam dan kebaikan-kebaikannya. Lantas, berlakulah keperluan untuk bekerjsama dengan gerakan lain samada di dalam menyertai politik pilihanraya atau sebagai pendokong di dalam pembentukan kerajaan. Perosalannya, adakah ia merupakan satu keharusan?

Dalam erti kata lain, haruskah bagi sesebuah gerakan Islam / organisasi Islam untuk menjalinkan kerjasama dengan gerakan lain yang tidak mempunyai hasrat yang sama dengannya dalam membentuk kerajaan?

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam / organisasi Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya.

Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, Tahalluf Siasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama.

Sahabat yang dimuliakan,

Terdapat beberapa pandangan ulama haraqi mengenai Tahalluf Siasi, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Hujah-hujah daripada ulama yang bersetuju dengan Tahaluf Siasi lebih kuat dan lebih tepat berbanding golongan ulama yang menentang di gunakan kaedah Tahaluf Siasi.

Di antara ulama yang mengharuskan Tahaluf Siasi ialah Dr Yusuf al-Qaradhawi , Dr Mustoffa al-Tohhan , al-Syeikh Muhammad Ahmad al-Rasyid , Doktor Solah al-Showi dan Doktor Munir Ghahdban .

Hujah-hujah ulama haraki yang mengatakan Tahaluf Siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :

1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :

وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً

Yang bermaksud : "Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiliah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu adalah orang-orang bukan Islam , ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.

2. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :

Peringkat pertama : Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya”

Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.

Peringkat kedua : Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.

Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan harakah Islam / organisasi Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

3. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”

Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal .

Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

4. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.

Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”

Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan bukan Islam di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.

5. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy. Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.

6. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.

Sahabat yang dikasihi,

Di dalam mendepani arus politik dunia pada hari ini, gerakan Islam / organisasi Islam perlulah bijak mengambil manfaat daripada ruang dan peluang yang ada. Tahaluf Siasi perlulah dilakukan dalam keadaan gerakan Islam / organisasi Islam mendapat keuntungan yang maksimum dalam usaha untuk menegakkan agama Allah SWT. Bagaimanapun, perlulah diingatkan agar penerangan demi penerangan hendaklah dilakukan dari masa ke semasa khususnya kepada masyarakat awam agar tidak terkeliru dengan langkah yang diambil.

Kerjasama politik (Tahaluf Siyasi) di antara gerakan Islam / organisasi Islam dengan organisasi bukan Islam mutakhir ini akan berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Tujuan kerjasama adalah supaya mempunyai kekuatan untuk mendapatkan majoriti mudah dalam pengundian pilihanraya demokrasi.

Dengan kejayaan tersebut segala perancangan untuk memberi keadilan sepenuhnya dan mengembalikan balik hak-hak rakyat yang sekian lama terabai dapat dipulihkan. Kejayaan ini juga diharapkan dapat memaksimakan hasil negara untuk dihikmati semua rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan, menghapuskan ketirisan wang negara, memberi pendidikan dan perubatan percuma kepada rakyat jelata.

Perlu dijelaskan disini mana-mana pemimpin pertubuhan Islam / pertubuhan bangsa yang mengabaikan Tahaluf Siasi dan memandang negatif terhadap kaedah ini sebenarnya mereka tidak berpijak dibumi nyata dan akan mengalami kegagalan kerana mereka tidak melihat sirah dan sunah yang dijalankan oleh Rasulullah SAW.
 

Sabtu, 13 Oktober 2012

♥ Warkah Buat Sahabat ♥


by fb: Aisyah Humairah
Bismillahhirrahmanirrahim.. 
Sahabatku, 
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yg bengkok utk dilindungi dan disayangi,bukannya diciptakan dripada kepala untk disanjungi dan dipuja,bukan pula diciptakan drp kaki utk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.Lantaran daripada keindahan ciptaanmu,kau umpama sekuntum bunga yg mana harum arom
anya bisa menarik perhatian sang kumbang utk mendekatimu.Adakah semudah itu kau ingin menyerahkan diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yg unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya.Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian.Kilauan warnanya yg memancar indah menjadi tarikan.Namun,lantaran pagaran duri yg berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yg terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Sahabatku,
Akuilah hakikat kejadian dirimu yg menjadi pelemah keimanan lelaki.Seandainya pakaian malu kau tinggalkan dripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yg indah tapi sayang tidak berduri.Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu.

" Tidak ada fitnah yg lebih besar setelah wafatku selain drp fitnah yg berpunca daripada wanita " .. Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Dukai sahabatku sayang.
Ingatlah bahawa ciri2 seorg wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yg diizinkan.Sesuatu yg tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dgan sesuatu yg terdedah,Yang tertutup itu Indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yg suci,mahal dan berharga buat kumbang terpilih yg telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah,bertunjangkan ilmu dan kebenaran,bersulamkan akhlaq penuh menawan.Sesunugguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap lelaki soleh bernama Adam.

" Wanita yg baik itu adalah utk lelaki yg baik "

~ Ukhwah fillah abadan abada ~ ♥

Kala Jengking Neraka!


ym ustaz Ibnu mastori: Kala Jengking Neraka!

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti
jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa
yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Allah ...

Isnin, 8 Oktober 2012

alhamdulillah

bismillahi walhamdulillah...

bersyukur atas limpah dan rahmatNYA pada kita selama ini...
ingin berkongsi kegembiraan dengan sahabat2 kerana hari ini ibuku yang tersayang telahpun diberi keizinan keluar hospital setelah beberapa hari ditahan diwad kerana disyaki menghidapi demam denggi.. 
pada awalnya aku tidak merasa apa2 kerana aku tak begitu tahu situasi ibu... tapi setelah aku call ibu tempoh hari, hatiku cukup runsing dan rasa seperti ingin terbang pulang kemalaysia kerana aku tahu, anak ibu hanya aku.. tiada yang lain selain diriku... sedih sangat2!! makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah... ~mengikut pepatah lama yang sering mereka ungkapkan tika ada pasangan yang sedang dilamun cinta.. tapi aku bukanlah sedang dilamun cinta.. malah aku dalam keadaan tidak menentu memikirkan ibu...
kini.. aku merasa sedikit lega kerana ibu telah dibenarkan untuk pulang kerumah... mujurlah ada adik2 sepupu yang sanggup menjaga ibu ketika ibu sedang terlantar sakit. terimakasih adik2ku sayang.. hanya Allah saja dapat membalas jasa kalian.... terimakasih kasih jugak pada semua atas doa kalian... terasa sebak :(.


~semoga diberi kekuatan..insyaAllah...

wallahualam.

Ahad, 7 Oktober 2012

Jangan tunggu sehingga...

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

‎1. Jangan tunggu sehingga tatkala ingin kasih sayang seseorang barulah tahu berkorban.

2. Jangan tunggu sehingga tatkala keseorangan baru teringat para sahabat.

3. Jangan tunggu sehingga tatkala dah ada pangkat baru nak berusaha bekerja.


4. Jangan tunggu sehingga tatkala menemui kegagalan baru nak teringat nasihat orang lain.

5. Jangan tunggu sehingga tatkala kesakitan baru teringat badan kita ini rapuh.

6. Jangan tunggu sehingga tatkala berpisah baru tahu menghayati hubungan yang ada.

7. Jangan tunggu sehingga tatkala kepujian datang baru tahu mempercayai diri sendiri.

8. Jangan tunggu sehingga tatkala ditegur/dimarah baru sedar kesilapan diri sendiri.

9. Jangan tunggu sehingga tatkala kaya-raya baru ingin membantu mereka yang miskin.

10. Jangan tunggu sehingga tatkala ajal datang baru tahu mencintai masa yang diberi Allah di muka bumi ini.

Yang paling penting, jangan tunggu sehingga terbaca Senyum, barulah Senyum.

sua suki..^_^

Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya:
"Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau."

Bakal menantunya menjawab :
1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)

2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik ♥

wallahua'lam ^_^'

by fb~

Sabtu, 6 Oktober 2012

Hakikat Kufur:


Hakikat Kufur:
Berhadapan dengan golongan ini ada manusia lain. Ia dilahirkan Muslim, hidup muslim sepanjang hanyatnya, yang keIslamannya tidak diketahui atau disedarinya, tetapi ia tidak menggunakan kekuatan ilmu dan akalnya untuk mengetahui siapa yang menciptakannya, siapa yang membukakan pendengaran dan penglihatanya. Ia mengingkari wujud Tuhan. Ia merasa bongkak untuk memperhambakan diri kepada Tuhan. Ia enggan mengikatkan dirinya kepada undang-undang syara' dalam menggunakan haknya untuk berbelanja dan memilih pekerjaan dalam hidupnya. Atau disekutukannya Tuhan dengan yang lain. Ia enggan beriman kepada ayat-ayat yang menunjukkan kemahaesaan Tuhan. Inilah dia orang kafir.