Selasa, 25 September 2012

Muhammad Rasulullah..


Sebuah kisah dipetik dari ceramah Murabbi...

Fudholah bin Umair mahu membunuh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Dia mengambil peluang ketika Baginda sedang tawaf di Ka'bah. Hampir sahaja dia berpeluang mengangkat senjatanya, dia terkejut kerana Baginda memandangnya.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanya sambil tersenyum: "Apa yang kamu sedang bicarakan di dalam hatimu wahai Fudholah?."

Fudholah segera menjawab: "Eh, tak de apa² wahai Rasulullah. Saya sedang berzikir kepada A
llah & sedang melakukan tawaf."

Rasulullah diam & meneruskan tawafnya. Fudholah pun mengikuti di belakang Baginda dari jarak dekat dengan tujuan asalnya iaitu MAHU MEMBUNUH BAGINDA صلى الله عليه وسلم.

Soalan & jawapan yang sama ini berlaku 3kali. Masuk kali ke 3, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menoleh kepada Fudholah dengan senyuman lagi & meletakkan tangannya yang mulia itu di atas dada Fudholah yang dipenuhi dengan kebencian & api kemarahan yang meluap².

Fudholah berkata: "Demi Allah di saat Rasulullah meletakkan tangannya di atas dadaku, tidak ada manusia yang PALING aku benci di atas muka bumi ini melebihi dirinya. Namun setelah tangan itu diangkat dari dadaku, tidak ada manusia yang PALING AKU CINTAI di atas muka bumi ini melebihi dirinya."

Allahu Allah, shollu a'la an-Nabiyy,
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
--------------------------------------------------------

Kesimpulan yang sangat terkesan daripada Murabbi; Habib Ali Al-Jufri;

◆ HARI INI di luar sana RAMAI yang berpewatakan seperti Fudholah. Hati & jiwa yang penuh dengan kebencian, kemarahan & dendam.

◆ Namun mereka yang mewarisi sikap seperti Fudholah ini sebenarnya SANGAT² MEMERLUKAN orang² yang mewarisi sikap & akhlak Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mereka perlukan orang yang dapat membantu mereka, menyelamatkan mereka & dapat membersihkan jiwa mereka dari penyakit² hati itu.

Sahabat, Habib Ali berkata: "mereka yang mewarisi sikap Fudholah itu MEMERLUKAN kalian yang mewarisi sikap Rasulullah صلى الله عليه وسلم." Allahu Allah :(

Inilah JIHAD yang perlu kita perjuangkan di zaman ini iaitu sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم: "KALIMAH yang BAIK itu SEDEKAH." Allahu akbar.

Di dunia ini ada BETUL & ada SALAH. Bukan mu'min yang sebenar jika yang salah dikatakan betul & yang betul dikatakan salah. Betul tetap betul & salah tetap salah.

✉ Jika BETUL <--- kita terima & kita sokong.

✉ Manakala jika SALAH <--- kita tolak & kita tentang.

Namun tentanglah ia dengan hikmah, tentanglah ia dengan niat membetulkan, tentanglah ia dengan sikap Rasulullah صلى الله عليه وسلم & tentanglah ia dengan penjelasan yang berilmiah.

Bukan menentang dengan kebencian. SALAH tetap SALAH, namun CARA penolakan itu perlu berhikmah.

Sahabat, ISLAM itu AGAMA NASIHAT & PENUH MAHABBAH ツ.

الله الله الله
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصبحه وسلم
----------------------------------------------

Foto: Murabbi Habib Ali Al-Jufri & Syeikh Usamah di Mesir 2012.
ambil dari: http://www.facebook.com/syarifahfatimahalyahya

Sabtu, 8 September 2012

suami istri yg setia..by: fb


seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

FOLLOW--->
https://twitter.com/jkkkfanclub

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."

Ya Allah..menitis airmata admin baca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..

baiti jannati ^_^

bismillah...
hari ini, aku menemani ahli baitku minum ditengah malam sambil menunggu kentang empuk untuk dibuat sesuatu.. tibe2 teringat pada rumah lamaku (bait halawatul iman-madinatissalam berdekatan ibadurrahman), kenangan bersama ahli bait dulu tidak pernah padam diingatan.. ukhuwah fillah terjalin kerana Allah... susah senang bersama... keluar membeli barang keperluan sebulan bersama2.. tidak tinggal walau seorang pun kecuali sakit... berlapan memakai baju yang warnanya sama, pergi jaulah bersama2... subhanallah, betapa indahnya tika itu... rindu sangat!!

jika seorang diantara kami ada melakukan kesilapan yang tidak boleh ditegur.. atau tidak boleh diselesaikan.. sama2 bermuhasabah... sama2 menyelesaikannya.. demi keharmonian rumah kami... tika makan bersama2, kami saling menegur antara satu sama lain...jika ada yang tidak kena pada kehidupan seharian.tidak ada alasan untuk tidak makan bersama walaupun tika itu masing2 sudah kenyang mungkin kerana telah makan bersama sahabat diluar atau telah menghadiri mana2 jamuan makan di mana2 tempat... kami diajar supaya saling menghargai antara satu sama lain... jika perut sudah kenyang berisi.. jamahlah sekadar yang termampu supaya ahli bait yang bertugas untuk memasak hari itu tidak terasa hati... ya Allah.. ukhwah itu tak pernah aku temui setelah kami berpisah... maaf atas etika ini... sungguh!! aku amat merindui saat itu.. :(

lapan negeri, lapan lahjah, lapan kerenah... tapi semua itu tidak menghalang kami untuk tidak saling mengerti..  kadang2 kami selalu menyebut nama2 kuih atau apa sahaja yang terlitas difikiran mengikut lahjah negeri masing2... soronoknyer bila dikenangkan kembali kenangan lama... aku belajar mengenali selok belok kehidupan bermulanya disini... aku mula mempelajari sesuatu benda bermulanya disni... aku mula mengenali diriku yang sebenarnya juga disini... tahap kesabaranku, tahap pendidikanku, tahap keikhlasanku dalam melakukan seusatu.. segalanya disini.... aku ditarbiah melalui dugaan dan perjalanan hidupku... betul kata mereka yang aku kenali "bumi anbiak ini adalah bumi tarbiah"... sekadar pengkongsian.. tidak terniat untuk menyebelahi mana2 pihak...

wallahualam.

Jumaat, 7 September 2012

by: Lukisan Dakwah Islam



Assalamualaikum...

Ibadah yang sah itu tidak semestinya diterima oleh Allah, dan ibadah yang diterima oleh Allah itu pastilah ibadah yang sah.

Contohnya, kita berpuasa di bulan Ramadhan, tetapi kita tidak menjaga pandangan, percakapan, dan pelbagai perbuatan-perbuatan maksiat yg lain selagi tidak membatalkan puasa, puasa kita masih sah. Tetapi orang yg beriman itu akan mengira-ngira, adakah puas
anya itu diterima setelah dia berpuasa tetapi bermaksiat kepada Allah walaupun ibadahnya itu sah?

Begitu juga dengan solat.
Contohnya kita solat secara terpaksa kerana takut kepada makhluk yg mungkin akan memarahinya jika tidak mendirikan solat, bukan kerana Allah. Hatinya tidak ikhlas dan tidak khusyuk. Tetapi solatnya itu sah sekiranya tidak ada sebarang perkara yang boleh menyebabkan solatnya terbatal. Tetapi orang yg beriman itu akan mengira-ngira, adakah solatnya itu diterima setelah dia bersolat tetapi bukan kerana Allah?

Ada orang berpendapat, biarlah dia melakukan suatu amalan ibadah-ibadah yang ditokok tambah, asalkan dia ikhlas. Benar, kadangkala pada akal kita, amalan-amalan yang ditokok tambah atau dikurangkan itu adalah baik pada kita, tetapi sebenarnya amalan-amalan itu bukanlah daripada cara yang dikehendaki oleh Allah. Contohnya kita berpuasa di hari raya pertama di bulan Syawal, puasa itu baik, ia bukan perkara mungkar, tetapi dia berpuasa pada hari yang bukan daripada kehendak Allah biarpun pahalanya itu sah kerana tidak ada sebarang perbuatan yang membatalkan puasanya.

Orang yang beriman itu akan berusaha membaiki dirinya pada hari ini lebih baik daripada semalam. Alangkah ruginya sekiranya kita tidak mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku semalam sebaliknya mengulangi semula kesalahan-kesalahan dan kesilapan-kesilapan yang kita lakukan semalam pada hari ini pula.

Peliharalah kualiti amalan ibadah kita.
Bukan kuantiti yang harus dikejarkan tetapi kualitinya yang harus dijaga.
Lakukan dengan niat yang ikhlas kepada Allah...
Semoga Allah menerima semua amalan-amalan kita.
Amin!

Wallahualam...