Khamis, 12 Julai 2012

coretan seorang pejuang

"pernah...suatu ketika timbul persoalan dalam diri saya...andai suatu hari nanti saya menjadi isteri kepada seorang pejuang agama Allah...mampukan saya bertahan sebagaimana mereka...ya Allah...thabatkan hati-hati kami di atas jalanMu..."

.................................................................................................
Rutin harianku meletakkan pejabat pemuda seperti kediaman rasm...i ku. Sementara Isteri dan anak - anak bagai penanti setia di bangsal terasing. Entah sedalam mana derita mereka tidak pernah sampai untuk ku selami. Hanya mengharap mereka sabar mengongsi bahagia yang dijanji Rabbul Jalil.

Semalam, seperti hukum karma menimpa diriku. Apabila isteri tersayang dihantar berkursus, memisahkan kami buat seketika. Aku mentadbir rumah, anak - anak, binatang peliharaan dengan segala kepakaranku dibidang siasah ... ternyata masih tempang dan terasa kosong di satu sudut. Masuk hari kedua, aku seperti mahu bertanya ... mana isteri ku ? sedang aku tahu di mana ia berada.

Pastinya, soalan yang sama bermain dibenak isteriku selama ini ... di mana suami ku ? meskipun ia menyedari aku sibuk berpencak di medan. Pasti juga anak - anakku bertanya .... di mana walid ku ? sungguhpun mereka selalu ku beritahu, bahawa walid keluar berjuang !

sesekali menjadi surirumah sepenuh masa begini, menjadikan diriku insaf, betapa hidup dan perjuangan ini, serinya pada kehadhiran seorang mujahidah solehah yang hebat berperanan dibelakang aksi seorang pejuang.

Terima kasih Isteriku ... cepat balik deh !

[ dedikasi jua buat semua yang bergelar isteri seorang pejuang ]


 
dari wall ustaz Nasrudin Hassan~

** mampukah aku menjadi seperti isterunya... tabah dan sabar apabila sudah bekeluarga nanti... hanya Allah sahaja maha mengetahui...
wallahualam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan