Rabu, 27 Jun 2012

berakhirnya exam~

bismillah,
assalamualaikum... semoga semuanya sihat insyaAllah..

alhamdulillah.. aku dan sahabat2 tahun empat syariah islamiah kuliah azhar mansurah baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan syafawi dan ini bermakna berakhir sudah status kami sebagai seorang pelajar..( tak rasmi lagi ;D ). subhanallah! begitu cepat pula rasanya masa itu berlalu pergi... apakah perancangan aku dan sahabat2 selepas ini.. berkahwin?? bekerja?? atau......hurmmm segalanya terserah pada diri masing-masing.

aku??
insyaAllah aku dah ada perancanganku sendiri... jeng jeng jeng...tungguuu...^_^.
hurmmm tapi aku tak pasti samada aku mampu untuk lulus atau tidak :((.. bila difikirkan balik, terlalu banyak dugaan yang aku hadapi pada tahun ini.. bukan aku tak mampu menghadapinya. tapi....entahlah! aku pun tak yakin dengan diri sendiri... apa2pun aku hanya berserah pada ALLAH dalam menentukan kejayaanku pada tahun ni.... aku harap sangat doa dari sahabat2, keluarga, dan guru2...doakan ya...

sahabat2,
sesungguhnya dugaan yang kita hadapi didunia ini adalah kemanisan diakhirat nanti jika kita redho dan sabar dalam menempuhinya.... bergantung haraplah kepada Allah setiap kali kita ditimpa musibah atau menghadapi masalah yang merumitkan... berserah dan bertawakallah, sesungguhnya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya... begitu juga penyakit, setiap penyakit yang kita hadapi ada pengubatnya..insyaAllah. percayalah! Allah tidak pernah menzalimi hambaNYa..setiap apa yang menimpa kita adalah hembusan kasih sayang dariNYA.... terpulang pada kita dalam memikirkan jalan penyelesaian sesuatu yang kita hadapi..

semoga kita semua tergolong dikalangan orang2 yang berjaya dunia dan akhirat insyaAllah...wallahualam.

by: iema_rar ^_^'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan