Sabtu, 31 Disember 2011

imtihan oh imtihan...


Assalamualaikum. Antara perkara yang turut boleh saya kongsikan sejak 5 tahun lalu, Apabila berjalan menuju ke Dewan peperiksaan, kurangkan bersembang perkara-perkara yang luar daripada fokus untuk exam kerana ia boleh menganggu. Kurangkan jugak bercakap. Dalam hati, ratibkan Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad Wa 'Ala Aali Saiyyidina Muhammad:

(
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد) sepanjang perjalanan. Setelah berada di atas kerusi berhadapan meja peperiksaan, dan penjaga dewan meletakkan kertas jawapan di atas meja kita dalam keadaan terbalik. Maka, ambil pen yang akan kita gunakan untuk menulis, gunakan belakang pen tersebut dan tulislah ayat seribu Dinar di bahagian belakang kertas jawapan yang kosong. Gunakan bahagian belakang pen, bukan mata pen ye supaya kertas tidak berconteng, hanya kesan tulisan sahaja kelihatan. Niatkan dalam hati, Allah mudahkan menjawab. Pasakkan keyakinan dalam hati kepada Allah SWT.

InsyaAllah..dengan izin Allah SWT, walaupun kita merasakan jawapan kita kurang kemas, Allah SWT akan memperlihatkan kepada pemeriksa seolah-olah jawapan kita adalah jawapan yang terbaik.Moga-moga Allah SWT memberikan kejayaan kepada kita..Bittaufiq.

KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH.

diambil daripada : syeikh mujahid sikh nawawi (bp PMRAM)

tudung..


mengapakah perempuan mesti pakai tudung atau hijab?

tahukah anda bahawa seluruh dunia sebenarnya memakai hijab?!

sekitar planet bumi dikelilingi dengan atmosfera
...
buah-buahan segar mempunyai kulit atas isinya

dakwat pen akan kering tanpa penutupnya dan akan dibuang kerana tidak berguna lagi

Mengapa orang perempuan kita akan membalut buku-buku kegemaran mereka, jika tidak untuk melindungi buku itu?!

jikalau buah tidak berkulit, ia akan menjadi rosak

dan warnanya akan bertukar menjadi warna yang x elok

perempuan umpama bunga cantik yang semua orang ingin memetiknya

jadi perempuan kenalah pakai tudung..

sumber:fb

Ahad, 11 Disember 2011

imtihan kembali lagi


bismillah...assalamualaikum w.b.t sahabat2.
alhamdulillah sehingga hari ini kita masih lagi diberikan nikmat islam dan iman oleh Allah s.w.t dalam menghirup udara yang segar dan damai ini...ya Allah seribu syukur kami panjatkan padaMU yang menjadikan alam semesta ini sebagai perhiasan yang tiada tandingannya dimuka bumi ini...subhanallah...
sahabat2 yangku sayangi sekalian....imtihan untuk fasa satu bagi universiti al-azhar semakin hampir,insyaAllah bermula pada 8/1/2012.apakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya???apakah kita sudah membaca buku kuliah lebih dari 10 kali ulang??apakah kita istiqamah dalam menghadiri kuliah setiap hari???fikir2kanlah wahai sahabat yang dicintai.....persoalan ini bukan untuk sahabat2 sahaja,malah untuk diri yang dhoif ini jugak...
aku.....semenjak aku menjadi seoarang yang bergelar pemimpin,aku sibuk dengan hal kepimpinan yang aku pegang...memikirkan hati dan perasaan orang lain....aku selalu inginkan yang terbaik untuk orang lain...tapi untuk diriku sendiri???apakah aku memberi hak yang sepenuhnya untuk diri ini???"pelajaran adalah yang pertama tapi persatuan bukanlah yang kedua".sebagai seorang pelajar dan pemimpin,kita kena fikir..bagaimana hendak membahagikan masa belajar dan masa untuk persatuan itu sendiri...jika aku tersilap langkah,maka salah satu dari keduanya akan terabai...nauzubillah...moga2 aku lebih berdisiplin selepas ini.bukan aku sahaja,malah semua rakan2 seperjuanganku yang lain jugak.kadang2 mereka mempetikaikan,kenapa itu,kenapa ini...kenapa tak buat begitu,kenapa jadi begini...padahal mereka tak tahu,mereka tak sedar,mereka tak merasai apa yang kami sebagai pemimpin rasai....bagi aku,amat2 mustahil jika seseorang itu boleh memuaskan hati semua pihak..pasti ada sesetangah pihak yang akan terasa dan merasa.....
untuk kesekian kalinya aku merayu pada sahabat2 yang tersayang..doakanlah kejayaan kami di bumi anbiak ini...doa adalah satu2nya kekuatan bagi kita ummat islam.....semoga aku dan sahabat2 sekalian tergolong dikalangan orang2 yang berjaya insyaAllah Amin...
salam imtihan,salam perjuangan untuk semua....dan kepada yang berada di malaysia yang telah berjaya dalam peperiksaan masing2..saya mengucapkan setinggi2 tahniah buat kalian.kepada yang belum berjaya,tingkatkan usaha kalian untuk menjadi yang terbaik dalam mengecapi kejayaan.semoga kejayaan da kegagalan kalian diiringi dengan seribu satu syukur ke hadhrat ILAHI kerana yang memberi kejayaan dan kegagalan kepada kita adalah ALLAH YANG ESA....DIAlah yang menentukan segalanya....wallahualam.
post by:iema_rar ^_^

Jumaat, 9 Disember 2011

siapakah kita??


Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan,namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

sumber:fb ;)

"satu fikrah,satu amal,satu hati"

walaupun kita berlainan

bismillah....

Walaupun “KUBUR LAIN-LAIN, DOSA LAIN-LAIN, SEKSA NERAKA LAIN-LAIN” INGATLAH... yang memandikan jenazah kamu "ORANG LAIN" yang sembahyang jenazah kamu "ORANG LAIN" yang mengkafankan jenazah kamu "ORANG LAIN" yang mengkebumikan jenazah kamu "ORANG LAIN" yang membacakan yaasiin untuk kamu "ORANG LAIN" yang bersedih diatas kematian kamu juga melibatkan "ORANG LAIN" Jadi jangan menyusahkan "YANG LAIN" dengan perangai kamu yang "TIDAK DISENANGI ALLAH dan MAKHLUKNYA"