Mencari erti hidup didunia ini,
Yang selama ini sering di salah erti,
Oleh mereka yang berTUHANkan hati..
Ku musafir kepelusuk dunia,
Memerhatikan gelagat manusia,
Ada yang gembira hingga terlupa,
Ada yang berduka tetapi gembira..
Terasa lelah menempuh jalanan beronak dan duri,
Terkadang sesat tanpa haluan,
Sehingga punca hilang dimata,
Ku turutkan juga hati yang butaa…
Ku pasrahkan padaMU TUHAN,
Segala yang kan berlaku,
Kerana ENGKAUlah penentu segala,
Menciptakan dunia penuh panca roba,
Tak terdaya rasanya kakiku melangkah..
KAU pimpinlah langkahku TUHAN,
Agarku tidak kesesatan,
dari jalan syurgaMU yangku idamkan,
Kerana tidakku terdaya menahan siksa neraka,
Layakkah pula aku untuk ke syurga…
Ku hanya hamba,
Yang diciptakan dengan kelemahan,
Sering daku terlupa,
Sering jua daku terleka,
Dengan nikmatMU yang terlimpah didepan mata,
Assalamu'alaikum...kak sya mohon izin share ya subhanallah.. sangat menyentuh sekali..sebelumnya trimakasih kak.. smoga Allah swt.membalas kebaikan kakak,smoga sentiasa selalu di beri kesehatan dan lindungannya..amiin ya rabbal alamin. Alhamdulillah atas blog redho ilahi ini sy dpt ilmu yang bermanfaat.
BalasPadamsyukran muslim...teruskan perjuangan insyaAllah
BalasPadam