Setelah aku meneliti dan membaca luahan hati seorang sahabat diblognya,aku tertarik dan rasa seperti aku yang melakonkan watak tersebut..aku sedia akui bahawa dia adalah seorang penulis terkenal dan tidak asing lagi dibumi para anbiak ini..alhamdulillah setinggi kesyukuran kepadaNya yg telah memberi segala kenikmatan dan kelebihan kepada siapa yg Dia kehendaki.
Disini,ingin sekali aku menyuarakan pendapatku tentang sesebuah persahabatan.tidakku nafikan bahawa memang terlalu sukar untuk menjadi dan mencari seorang sahabat yang setia dan sanggup bekorban apa sahaja demi seorang sahabat.apabila sebut sahaja kalimah sahabat,pastiku terbayangkan para sahabat Rasulullah yang terlalu setia dan begitu agung sekali kerana sanggup melakukan apa sahaja demi seorang Rasul utusan Allah,malah sanggup menggadai harta dan nyawa mereka sendiri.subhanallah..adakah kita semua sanggup lakukan seperti mana mereka untuk seorang sahabat yang amat kita sayangi dan cintai?andai di zaman ini masih ada insan semulia para sahabat,setinggi2 kesyukuran ku panjatkan.Aku sendiri rasanya tidak mampu untuk menjadi seorang sahabat yang betul2 sahabat.
kerana aku punyai banyak kekurangan yang perlu aku perbaiki.aku tidak mampu menjaga hati seorang sahabat dengan baik,aku juga tidak mampu mengembirakan mereka dimasa mereka bersedih dan menangis.aku seorang insan yang lemah dan teramat lemah.diriku sendiripun kadang2 tidak terurus dengan baik,apatah lagi untuk menjadi seorang sahabat yang baik.terlalu banyak kelemahan yang ada pada diriku.
Teringat aku kepada sahabat2ku dulu yang begitu setia disampingku dalam susah dan senang.Dah tamat darjah enam,aku dengan sukarela masuk kesekolah agama pilihan ibuku dan hanya seorang sahaja dari sahabatku yang turut sama bersamaku ketika itu.dengan semangat setiakawan.kami tetap bersahabat sehingga tamat SPM.masing2 dah besar dan berfikiran matang,akhirnya kami berpisah dan sedih rasanya kerana sahabat yang begitu setia denganku telah pergi meninggalkan aku untuk mencari haluan hidup sendiri.kesedihanku bertambah apabila aku dengar sahabatku yang dulu begitu setia denganku sampai tamat spm telah dibawa arus kehidupan moden para remaja zaman sekarang.maksudku dia tidak seperti dulu.bertudung labuh,berbaju kurung dan sebagainya.aku sayangkan sahabtku itu…tapi aku akui..aku insane yang lemah..bagaimana harusku menegur kesilapannya yang ku anggap keterlaluan??aku perlukan sokongan..aku akui..aku jugak tidak sehebat mana…aku jugak jahil dan……aku tak terdaya untuk pergi lebih jauh dalam menasihatinya…hanya doa kudus yang dapat kukirimkan buatnya yang aku sayangi…Ya Allah,aku memohon kepadaMu agar menjaga semua sahabat2ku dalam susah dan senang.semoga sahabat2ku berada dibawah rahmat dan kasih sayang Allah insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan