Isnin, 18 April 2011

PETIKAN DARIPADA QASIDAH YANG BERNILAI:RAJA PENYAIR AHMAD SYAUQI….


Bangkitlah di hadapan dunia dan bersegeralah ke Al-Azhar,
selerakkanlah “permata” beharga ke telinga zaman.


wahai penuntut2 al-Azhar,
ilmu itu di dalam hati yang bertaqwa,
dan hati yang berhikmah akan naik tinggi,
di dunia ia berkilau gemilang,
dari limpahan cahaya2 al-Azhar.

Wahai kubu kemuliaan yang mewangi,
wahai benteng Alquran yang suci,
yang menghadap dunia penuh cemerlang,
sentiasa menjadi kredit kepada alAzhar.

Wahai penuntut2 terbaik dunia,
marilah bersama kami berusaha sedaya upaya,
ke arah pengajian yang lebih tinggi.


diwaktu dunia tidur,
kita menyengkang mata,
mengulangi ilmu bermanfaat,
kita pelajari sastera yang hebat,
dengan minda cergas penuh kebijaksanaan,
berbangga dengan agama dari taqwa,

Tuhanku ar-Rahman memuliakan kamu,
dengan cahaya ayat2 Alquran itu,
supaya tertanam wangian iman,

Pada bunga(generasi lama) dan tunas kehijauan(generasi baru),
ALLAH Tuhanku menjaga kita semua,
melindungi kita di alam dunia,
sehingga ke akhir hayat yang sebenar,
maka serulah ALLAH MAHA BESAR!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan