Sabtu, 8 Januari 2011

KEAZAMAN....


Tersedarku dari lamunan,

Kisah sejarahku lupakan,

Ku semai benih2 harapan..

Bersama sejuta impian.


Dengan azam dan keyakinan,

Tempuhi cabaran kehidupan,

Terwujud segala ketabahan,

Berikanku kekuatan dan keimanan.


ku mengharapkan kejayaan,

Menanti dihadapan,

Namun hakikat belum nyata,

Harus berusaha..


Suatu hari nanti Pastiku kan berjaya,

Akan aku buktikan Padamu ayah bonda,

Disitu kita lihat Kebenaran hakikat,

Impian jadi nyata Kata telah dikota.


Bukan khayalan,

Dan bukan lakonan,

Tapi inilah kenyataan,

Kerana cita diiringi doa,

Pasti aku akan berjaya.


***aku sayang semua sahabatku.....selamat menghadapi peperiksaan di mana jua kalian berada..semoga kita termasuk diantara golongan orang2 yang berjaya insyaAllah.....doakan kejayaan bersama wahai sahabat2 yang ku cintai dan sayangi....
wallahualam....^_^

**jumpa lagi pada 24hb insyaAllah.....saya mula exam 9hb -23hb....moga segalanya dipermudahkan dan tenang2 selalu..wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan