Dari Anas R.A berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesipa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesipa yang menanam tanam2an selagi ada yang memakannya baik dari manusia ataupun burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Org yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ia selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran2annya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri..
Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah S.A.W telah bersabda:”apabila telah mati anak adam itu,maka terhentilah amalannya kecuali 3 perkara:
1. Sedekah yang berjalan terus(amal jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan