Rabu, 26 Januari 2011

rahsia mata lelaki...


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal
dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi
laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah
rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup
rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat
bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu
kepada
kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa,
menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula
bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat
warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan
sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga...
wasalam......................
coretan seorang sahabat....untuk renungan bersama..wallahualam....^_^

Isnin, 24 Januari 2011

katakn sekarang,jgn tunggu sampai esok!


Pada suatu tempat, hiduplah seorang anak. Dia hidup dalam keluarga yang bahagia, dengan orang tua dan sanak keluarganya. Tetapi, dia selalu menganggap itu sesuatu yang wajar saja. Dia terus bermain, mengganggu adik dan kakaknya, membuat masalah bagi orang lain adalah kesukaannya.

Apabila dia menyedari akan kesalahannya dan mahu minta maaf, dia selalu berkata,"Tidak apa-apa, besok kan boleh." Sesudah besar, dia amat suka kesekolah. Dia belajar, mendapat teman, dan sangat bahagia. Tetapi, dia anggap itu wajar-wajar saja. Semua begitu saja dijalaninya sehingga dia anggap semua sudah sewajarnya. Suatu hari, dia berkelahi dengan teman baiknya. Walaupun dia tahu itu salah, tapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk minta maaf dan berbaik dengan teman baiknya. Alasannya, "Tidak apa-apa, besok kan boleh."

Ketika meningkat remaja, teman baiknya tadi bukanlah temannya lagi. Walaupun dia sering melihat temannya itu, tapi mereka tidak pernah saling tegur. Baginya itu bukanlah masalah, kerana dia masih punyai ramai teman baik yang lain. Dia dan teman-temannya melakukan segala sesuatu bersama-sama, main, jalan-jalan dan macam2 lagi. Ya, mereka semua teman-temannya yang paling baik.

Setelah lulus, kerja membuatkannya menjadi sibuk. Dia bertemu seorang gadis yang sangat cantik dan baik. Gadis itu kemudian menjadi teman wanitanya.Dia begitu sibuk dengan kerjanya, kerana dia ingin di naikkan pangkat ke posisi paling tinggi dalam waktu yang sesingkat mungkin.

Tentu, dia rindu untuk bertemu teman-temannya. Tapi dia tidak pernah lagi menghubungi mereka, bahkan selalu lewat menelefon mereka. Dia selalu berkata, "Ah, aku penat, besok saja aku hubungi mereka." Ini tidak terlalu mengganggu dia kerana dia punyai teman-teman sekerja selalu mahu apabila diajak keluar.

Jadi, waktu pun berlalu, dia lupa sama sekali untuk menelefon teman-temannya. Setelah dia berkahwin dan mempunyai anak, dia bekerja lebih kuat untuk memberi kebahagiaan pada keluarganya. Dia tidak pernah lagi membeli bunga untuk isterinya, atau pun mengingati hari lahir isterinya dan juga hari perkahwinan mereka. Itu tidak mendatangkan masalah baginya, kerana isterinya selalu mengerti, dan tidak pernah menyalahkannya.

Kadang-kadang dia merasa bersalah dan ingin punyai kesempatan untuk mengatakan pada isterinya "Aku cinta pada mu", tapi dia tidak pernah melakukannya. Alasannya, "Tidak apa-apa, saya pasti besok saya akan mengatakannya."

Dia tidak pernah bersama di majlis harijadi anak-anaknya, tapi dia tidak tahu ini akan mempengaruhi anak-anaknya. Anak-anak mulai menjauhkan diri darinya, dan tidak pernah menghabiskan waktu mereka bersama dengan ayahnya.

Suatu hari, isterinya ditimpa kemalangan, isterinya dilanggar lari. Ketika kejadian itu, dia sedang ada mesyuarat. Kemalangan itu adalah serius dan dia tidak sedar bahawa kemalangan itu bakal menjemput isterinya menemui yang maha mencipta. Belum sempat dia berkata "Aku cinta pada mu", isterinya telah meninggal dunia. Remuk hatinya apabila ini berlaku dan dia cuba menghiburkan diri bersama anak-anaknya setelah kematian isterinya.

Tapi, dia baru sedar bahawa anak-anaknya tidak mahu berkomunikasi dengannya. Apabila anak-anaknya dewasa dan membina keluarga masing-masing. Tidak ada yang peduli pada orang tua ini, yang di masa lalunya tidak pernah meluangkan waktunya untuk mereka.

Masa berjalan begitu pantas, orang tua ini tinggal di rumah jagaan yang terbaik, yang menyediakan pelayanan sangat baik. Dia menggunakan wang yang disimpannya dari mula untuk perayaan ulang tahun perkahwinan ke 50, 60,dan 70. Pada asal tujuan wang itu adalah untuk digunakan pergi bercuti ke Hawaii, New Zealand, dan negara-negara lain bersama isterinya,

tapi kini terpaksa digunakan untuk membayar biaya tinggal di rumah jagaan tersebut. Sejak dari itu sehinggalah dia meninggal, hanya ada orang-orang tua dan penjaga yang merawatnya. Dia merasa sangat kesepian, perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelumnya.

Semasa dia hendak meninggal, dia memanggil seorang penjaga dan berkata kepadanya, "Ah, jika aku menyedari perkara ini dari dulu..." Kemudian perlahan ia menghembuskan nafas terakhir. Dia meninggal dunia dengan airmata dipipinya.

MORAL :

Apa yang saya ingin katakan pada kawan-kawan dan juga pada diri saya sendiri, waktu itu tidak pernah berhenti. Anda terus maju dan maju,sebelum benar-benar menyedari, anda ternyata telah maju terlalu jauh.

Jika anda pernah bertengkar, segera berbaik antara satu sama lain !

Jika anda merasa ingin mendengar suara teman anda, jangan ragu-ragu untuk menelefonnya segera.

Akhir sekali, tapi yang paling penting, jika anda merasa ingin mengatakan pada seseorang bahawa anda sangat sayang pada dia, jangan tunggu sampai terlewat. Jika anda terus berfikir bahawa masih ada lain hari baru anda akan memberitahu dia, hari itu tidak pernah akan datang.

Jika anda selalu fikir bahawa besok akan datang, maka "besok" akan pergi

sungguh dengan begitu cepat hingga anda baru sedar bahawa waktu telah tinggalkan anda.

sumber;.....adik mysara..

Ahad, 23 Januari 2011

last paper...23/1/2011


bismillahi walhamdulillah,...

semoga Allah permudahkan urusanku dan sahabat2 lain insyaAllah Amin....
doakan kami ya.....

Teman sejati adalah teman sejati yang dia benar-benar

mahu berteman denganmu bukan kerana

darjatmu tepi kerana kemurniaan cinta itu

sendiri yang tercipta dari keikhlasan hati

mencintaimu kerana Allah.

Dan dengan dasar itu, kau pun boleh

mencintainya dengan penuh keikhlasan kerana

Allah.

Kekuatan cinta kalian akan melahirkan kekuatan

dasyat yang membawa manfaat dan kebaikan.

Kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan membawa

ke syurga

coretan;adik mysara...

Sabtu, 15 Januari 2011

Sabtu, 8 Januari 2011

KEAZAMAN....


Tersedarku dari lamunan,

Kisah sejarahku lupakan,

Ku semai benih2 harapan..

Bersama sejuta impian.


Dengan azam dan keyakinan,

Tempuhi cabaran kehidupan,

Terwujud segala ketabahan,

Berikanku kekuatan dan keimanan.


ku mengharapkan kejayaan,

Menanti dihadapan,

Namun hakikat belum nyata,

Harus berusaha..


Suatu hari nanti Pastiku kan berjaya,

Akan aku buktikan Padamu ayah bonda,

Disitu kita lihat Kebenaran hakikat,

Impian jadi nyata Kata telah dikota.


Bukan khayalan,

Dan bukan lakonan,

Tapi inilah kenyataan,

Kerana cita diiringi doa,

Pasti aku akan berjaya.


***aku sayang semua sahabatku.....selamat menghadapi peperiksaan di mana jua kalian berada..semoga kita termasuk diantara golongan orang2 yang berjaya insyaAllah.....doakan kejayaan bersama wahai sahabat2 yang ku cintai dan sayangi....
wallahualam....^_^

**jumpa lagi pada 24hb insyaAllah.....saya mula exam 9hb -23hb....moga segalanya dipermudahkan dan tenang2 selalu..wassalam..

Khamis, 6 Januari 2011

7 JENIS PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI..

Dari Anas R.A berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesipa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesipa yang menanam tanam2an selagi ada yang memakannya baik dari manusia ataupun burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Org yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ia selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.

8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran2annya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri..

Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah S.A.W telah bersabda:apabila telah mati anak adam itu,maka terhentilah amalannya kecuali 3 perkara:

1. Sedekah yang berjalan terus(amal jariah)

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya..

Wallahhualam..

Rabu, 5 Januari 2011

tinggallah kenangan...


terasa sebak didada..
tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan..
abadi dalam ingatan.
kisah silam terbayang dimata.

teringat masa bersama,
kita tawa bergurau senda..
kini tiba saat berpisah,
hiba hati terasa gundah...

kini tinggallah kenangan yang tak mungkin dapat dilupa
semusim telah berlalu,
air mata mengirim restu...

p/s;..semoga terus thabat dalam perjuangan wahai sahabat.....=)
tinggallah kenangan<--hafiz hamidun

Sabtu, 1 Januari 2011

salam tahun baru


Bismillahi walhamdulillah..kita masih lagi diberi peluang untuk hidup didunia ini dan diberi nikmat iman dan islam pada kita..alhamdulillah..seribu syukurku panjatkan padaMU ya Allah...

nak cakap sket tentang heppy new yer...kenapa kita perlu merasa heppy apabila datangnya tahun baru??sedangkan kita tahu bahawsanya bila datang je tahun baru,maka umur kita jugak semakin pendek dan kubur sentiasa memanggil2 nama kita..rumah apatah lagi...dah meluat tengok muka kita tak...?ermmm sekadar pandangan dari saya sebagai seorang manusia dan kahlifah dimuka bumi ini.......

tak salah nak sambut tahun baru..nak heppy dimalam new yer..tapi, biarlah kita sambut tahun baru tu dengan melakukan benda2 yang berfaedah..contohnya buat solat hajat ke...mintak dijauhkan bala dari Allah dan mintak supaya kita nanti dimatikan dalam keadaan husnul khatimah insyaAllah...
lagi,banyakkan baca quran...supaya hati2 kita sentiasa tenang dan dipagari oleh Allah daripada SIFAT2 mazmumah....ala kulli hal,lakukanlah perkara2 yang berfaedah dan manfaat pada awal tahun...
paling2 tidak pun berkumpul sanak saudara untuk kenal2an...dah tahu dah..malam tahun baru ni mesti semua orang cuti kecuali yang.............tak sanggup nak sebut kerana mereka2 ini dah jadi pak sanggup dikelab2 malam,hotel dan sebgainya.....betulkan???kalau salah,tolong perbetulkan ya...saya ni bukannya terer sangat nak berbasi2 dan berbahasa2 ni..sekadarnya saja.....ini cuma pandangan peribadi saya aja.....selebihnya kebali pada yang maha Esa...
wallahualam..=)