Isnin, 28 Jun 2010

ya Allah..


semakin jauhku dariMu,
semakin dekat pula Kau menghampiri daku...
oh Tuhan yang Maha Pengasih,
siapalah diriku dipandanganMu,

semakain cubaku dekati,
semakin kuat pula Kau mendugai aku,
oh Tuhan yang Maha Sempurna,
kerdilnya diriku dihadapanMu,
bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu,
sudikah Kau menerima hambaMu yg hina ini,
ya Allah,
Kau Maha Pengampun,

di bayangan mentari,
aku kealpaan dusta dunia penuh kepura2an,
dikala dini hari,
aku kepasrahan..
mendambar jernih embun kasih bayangMu Tuhan,

andainya dihitung amalanku,
belum pasti dapatku hampiri gerbang syurgaMu,

oh Tuhan yg Maha Pemurah,hindari diriku dari siksaMu...
oh Tuhan......

kasih sayangMu Tuhan itu yg aku dambarkan dengan rahmatMu,
AMPUNILAH DIRIKU..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan