Selasa, 28 Mei 2013

Siapakah Najmuddin Erbakan?

copi paste dari blog: http://mindamujahid.wordpress.com/2011/03/07/siapakah-najmuddin-erbakan/

Necmettin (Najmuddin) Erbakan, seorang pemimpin gerakan Islam politik di Turki dan mantan perdana menteri negara itu, dilaporkan telah meninggal dunia. Erbakan, 85 tahun, meninggal di Hospital Ankara Guven pada Ahad (27/2). Nama Erbakan tidak asing dalam gelanggang gerakan Islam. Beliau pernah menerajui gerakan Islam di Turki dengan membawa banyak pembaharuan dan ijtihad yang baharu.
Pemergian beliau dirasai seluruh gerakan Islam di dunia terutamanya di Turki. Jika kita lihat Erdogan seorang yang lantang, berani serta berstrategi, perlu diketahui bahawa Erbakan adalah sifunya.
Namun mungkin ada kalangan kita yang belum mengenali beliau secara lanjut. Di sini saya cuba kongsikan sedikit latar belakang kepada sosok yang berjasa besar kepada revolusi kebangkitan rakyat yang berlaku di Timur Tengah hari ini.

Siapa Dia Erbakan?

Necmetin Erbakan adalah Perdana Menteri Turki dari tahun 1996-1997. Beliau lahir pada 29 Oktober 1926 di Sinop, Utara Turki. Beliau membesar bersama enam orang adik-beradiknya dalam sebuah keluarga yang berpegang teguh pada paksi Islam.
Beliau mendapat didikan awal di Trabzon. Kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tinggi Lelaki Istanbul Lisesi. Kembara ilmunya diteruskan di peringkat universiti apabila ditawarkan ke Universiti Teknikan Istanbul dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 1948. Beliau antara pelajar yang cemerlang dalam akademik bermula di bangku sekolah hingga ke peringkat universiti.
Pengajiannya di universiti tersebut tidak terhenti di peringkat ijazah bahkan beliau berjaya memperoleh ijazah kedoktoran (PhD). Tidk cukup dengan itu, beliau bermusafir ke Jerman demi memenuhkan ilmu di dada. Beliau memperoleh PhD keduanya di RWTH Aachen University, Jerman dalam bidang Kejuruteraan Termo-dinamik. Erbakan merupakan rakyat Turki pertama yang mendapat ijazah kedoktoran dari sebuah universiti di Jerman.
Mencipta Kereta Kebal
Semasa berada di Jerman dari tahun 1954-1956, Erbakan bekerja sebagai jurutera dan saintis. Beliau pernah dilantik sebagai ketua jurutera dalam projek mereka bentuk Kereta Kebal German Leapord 1A. Tahun 1957 beliau pulang ke tanah air dan mendirikan kilang enjin bermotor Deutz. Ia adalah satu kejayaan besar bagi negara dan rakyat Turki kerana berjaya membangunkan industri permotoran bertaraf dunia.
Pada masa yang sama Erbakan turut menjadi pensyarah di Universiti Teknikal Istanbul. Beliau dianugerahkan gelaran profesor dalam bidang fizik pada tahun 1965. Tahun berikutnya beliau terpilih sebagai Pengerusi Dewan Perdagangan dan Industri (TOB) iaitu sebuah pertubuhan industri yang berpengaruh. Erbakan juga pernah diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
Bertukar Haluan Demi Nasib Sejagat
Melihat nasib Islam dan umatnya yang berterusan diinjak di tanah air tercinta, Erbakan mengambil keputusan untuk memasuki kancah politik. Cubaan kali dengan bertanding di atas tiket bebas dalam pilihan raya bagi merebut kerusi Parlimen Konya. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan kemenangan yang besar. Dengan itu beliau menjadi anggota Dewan Perhimpunan Kebangsaan Turki.
Pada tahun 1970. Erbakan menjadi pemimpin Milli Selamet Partisi (NSP) atau Parti Penyelamat Nasional. Tahun berikutnya mahkamah mengharamkan parti tersebut dengan tuduhan cuba menimbulkan kesedaran dan kebangkitan agama yang bertentangan dengan dasar sekular negara tersebut.
Undang-undang bobrok Republik Turki yang mengharamkan NSP langsung tidak memadamkan obor perjuangan beliau. Bahkan makin marak menjulang keadilan. Rentetan daripada itu, dengan lebih berani Erbakan menubuhkan parti Islam pertama di Turki iaitu Milli Nizam Partisi (MNP). Sayap Islam terus merebak dan mencapah ke seluruh Turki. Beliau berjaya membuka cawangan parti ke seluruh negara. MNP memdapat sambutan dan dokongan daripada rakyat mahupun media massa dalam negara kerana dasar Islamisasi seperti memperjuangkan akhlak mulia, keadilan sosial dan kebebasan bersuara. Cubaan pertama parti ini pada pilihan raya 1973 berjaya memenangi 49 daripada 450 kerusi yang dipertandingkan.
Erbakan pernah dilantik menjadi menteri dalam kerajan campuran pada tahun 1974 di bawah Bulent Ecevit dari Cumhuriyet Halk Partisi (Parti Republkan Rakyat). Namun kerajaan campuran ini tidak kekal lama. Ia digulingkan tentera pada tahun 1979. Rampasan kuasa dilakukan oleh pihak tentera setelah menyedari dasar sekular Turki kian terancam oleh kerajaan campuran tersebut. Erbakan juga dilarang melibatkan diri dengan politik selama tujuh tahun
Berjaya Menawan Turki
Setelah penarikan balik pengharaman berpolitik oleh pihak tentera, Erbakan meneruskan survival Islam dengan menubuhkan Parti Refah (Parti Kebajikan) pada tahun 1983. Sokongan dan dokongan padu rakyat terhadap Parti Refah terutamanya golongan kelas bawahan kerana parti ini membela mereka. Pada pilihan raya 1995 parti ini menang besar sebanyak 158 kerusi.
Kemenangan besar Parti Refah bersama Dogru Yol Partisi (Parti Haluan Benar) yang mendapat 135 kerusi membolehkan satu kerajaan campuran dibentuk seterusnya Erbakan diberi kepercayaan memegang tampuk Perdana Menteri. Namun, musuh tidak berdiam diri. Tekanan pihak sekular Turki mendesan Erbakan meletak jawatan dan akhirnya Parti Refah diharamkan pada tahun 1998. Walaupun singkat tempoh pemerintahan Erbakan, beliau berjaya melaksanakan beberap dasar-dasar Islam seperti pemakaian menutup aurat di tempat kerja.
Patah tumbuh hilang berganti. Pengharaman Parti Refah bukan penutup perjuangan Erbakan. Seterusnya beliau menubuhkan Parti Fazilet. Parti ini turut menang besar dalam pilihan raya 1999 apabila memenangi 111 kerusi parlimen. Namun, seperti mana nasib parti-parti sebelumnya, Parti Fazilet turut diharamkan pada tahun 2001 atas alasan menghidupkan gerakan anti-sekular.
Seterusnya panji perjuangan mendaulatkan Islam di Turki diserahkan kepada anak didik beliau iaitu Recep Tayyip Erdogan. Benarlah telahan bahawa Islam itu tetap terpelihara dan akan didatangkan ‘rijal’ untuk menjadi penolong agama Allah.
Necmetin Najmullah Erbakan telah melangsaikan hutang perjuangannya dan pergi menghadap Allah dengan senyuman kemenangan. Erbakan telah memulakan perjuangan menjulang nama Allah setingginya serta menyebarluaskan idea faham Islam ke seluruh ceruk muka bumi. Pusaka perjuangan yang takkan lapuk, kitalah pewarisnya!!
Sumber : http://oasislam.blogspot.com/2011/02/belasungkawa-buat-necmetin-najmullah.html
***********************************
P/s : Inilah contoh Mujahid teragong yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Airmata kesedihan membasahi semua pimpinan gerakan islam yang hadir dan pemergian beliau amat di rasai semua dan sukar di cari ganti. Kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa pasti akan dirasai.
Moga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para anbiya’, siddiqin, syuhada dan solihin.
Al- fatihah..

Rabu, 22 Mei 2013

Akibat kejahilan Manusia

by fb: Akibat kejahilan Manusia - Mayat Mustafa Kamal Attartuk Tidak Diterima Bumi

Kematian Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, telah didatangkan beberapa penyakit oleh Allah SWT kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa
, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!

Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.


Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.

Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Apa yang telah dia lakukan hingga sedemikian azab dunia yang diterimanya?

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.
Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Wallahua'lam. Benar ataupun tidak....sesungguhnya Allah SWT sahaja yang mengetahui kebenarannya. Seeloknya kita mengambil iktibar dari kisah ini.

Ahad, 19 Mei 2013

-Al kisah-

Mohd Faizal

Terdapat seorang pakcik yang baru memulakan tugas sebagai pemandu teksi.

Setelah penat seharian

mengambil dan menghantar penumpang, beliau ditugaskan untuk mengambil seorang penumpang terakhir dari KLIA. Pesawat penumpang tersebut dijangka mendarat pada pukul 11.30 malam.

Jam telah menunjukkan pukul 12.15 pagi dan terlihatlah kelibat penumpang tersebut. Setelah mengetahui destinasinya, pakcik tu pun terus memandu dan penumpang tersebut terus tertidur.

Lebih kurang 30 minit kemudian ketika pakcik tu sedang melalui satu kawasan yang sunyi, tiba-tiba penumpang tadi terjaga dan bertanya kepada pakcik, "Kita dah sampai mana pakcik?"

Tiba-tiba pakcik tu terus menjerit "Allaahuakbar!" sambil menekan brek emergency. Setelah teksi berhenti dia terus melompat keluar sambil menjerit-jerit ketakutan.

Penumpang itu tersangat hairan dengan kelakuan pakcik tadi. Lalu dia pun menghampiri pakcik yang telah terduduk sambil sedikit menggigil.

Setelah keadaan tenang sedikit, penumpang tu berkata, "Maafkan saya pakcik. Saya tak berniat nak mengejutkan pakcik tadi." Pakcik itu menjawab, "Maafkan saya, bukan salah awak nak. Sebenarnya hari ni hari pertama pakcik bawa teksi. Sebelum ini selama 25 tahun kerja pakcik bawa kereta mayat."

Senyum

Sabtu, 18 Mei 2013

kata2 semangat TGHH kepada U.Azizan


Sejak 7 Mei, air mata ini blh dibendung, tp hari ini, 18 Mei..tika kunjungan TG Haji Hadi Awang...antara ungkapannya pd Ustaz Azizan.. "enta 5 thn (sbg MB) InsyaAllah Allah terima, Umar Abdul Aziz dua thn sj...dia mati diracun"..."nyawa lbh penting dr kaki"..."semua shbt dr seluruh negara kirim salam pd enta"...tika itu, Ustaz Azizan cuba mengangkat tgn utk berdoa..TG Haji Hadi sblm meninggalkan Ustaz..berpatah balik...memeluk erat sambil memberikan ciuman...bingkas bangun..pipi TG Haji Hadi dibasahi air mata..merah...saya, Sdr. Muhammad Sanusi Md Nor dan yg lainnya tidak dpt mengawal lg rasa hiba...air mata kami gagal ditahan lagi...esakan tangisan memenuhi ruang bilik Ustaz Azizan dirawat...

Catatan pilu Helmi Khalid (mantan Setiausaha Akhbar Ustaz Azizan)

Sumber: Dewan Pemuda PAS Kedah

Alkisah Cikgu Ibrahim…

gambar hiasan
Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.

Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.

Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.

Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.

Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.

Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.

Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.

Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”

Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”

Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”

Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.

Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.

Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.

Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.

Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.

Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.

Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.

“Apa hal Jimmy?”

“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.

Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.

Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.

Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.

Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.

“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”

Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.

Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”

Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.

“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.

Jimmy berfikir sejenak…

“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.

“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.

Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”

“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.

Selamat Hari Guru.

Senyum.

#Jangan baca saja jika suka. Sharelah juga ya.

Jumaat, 17 Mei 2013

Alkisah seorang pengutip sampah…

Seorang pengutip sampah di kampung Hadali bernama Nazuti gigih membuat kerjanya. Seluruh kampung Hadali dijaganya dengan bersih dan rapi.

Susah nak mencari sampah di mana-mana – di sungai mahupun longkang semuanya bersih. Disebabkan usaha gigih Nazuti dan pasukannya, nama kampung Hadali menjadi harum dan diiktiraf sebagai kawasan ke-7 terbersih di seluruh Tanah Islami.

Nazuti rasa gembira kerana beliau dan pasukannya menjadi kampung Hadali sebagai satu kampung yang selesa ditinggal. Melihat penduduk selesa menjadi kesyukuran terbesar Nazuti.

Walaupun dengan pasukan yang hanya kurang daripada 10 orang, kejayaan membawa Hadali sebagai kampung ke 7 terbersih di Tanah Islami amat mengkagumkan.

Nazuti tidak pernah membesar-besarkan kejayaan beliau dan pasukannya. Bahkan warga kampung Hadali turut tidak menyedari sumbangan beliau dan pasukan. Nazuti dan pasukan tidak pernah mendapat satu pujian, namun mereka tetap gembira kerana telah berjaya kerana menganggap telah melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah swt.

Satu hari, Nazuti dan pasukannya terlupa mengutip beberapa tempurung kelapa di dalam satu semak. Akibat hujan lebat, tempurung kelapa dipenuhi air.

Seorang penduduk kampung menemui tempurung kelapa tersebut dan mendapati sudah dipenuhi jentik-jentik.

“Teruknya pasukan menjaga kebersihan ini. Kerja tak bersemangat, malas – sekarang tengok, tempurung kelapa ini dah penuh dengan jentik-jentik. Malulah kampung Hadali!” penduduk kampung itu memberitahu semua orang.

Mendengar aduan tersebut, Nazuti dan pasukan segera mencari tempurung kelapa tersebut dan membunuh semua jentik-jentik.

“Pasukan menjadi kebersihan ini dah hilang arah. Dah lupa tujuan mereka. Nazuti kena letak jawatan. Cari orang lain yang memahami pentingnya kebersihan di kampung Hadali. Orang yang tak faham acuan kampung Hadali dan malukan kita perlu dibuang,” desak penduduk kampung itu lagi.

Nazuti sedih dituduh sedemikian. Hasil usaha pasukannya selama ini bukan sahaja tidak menerima pujian malah kini dipersalahkan kerana satu perkara yang kecil. Pasukannya bekerja tanpa staf yang cukup dan memberikan segalanya – tapi siapa yang tahu? Hanya Allah yang tahu.

Nazuti tidak mahu berlawan. Sebelum beliau membuka mulut ingin memohon maaf dan meletak jawatan… tetiba Ustaz Man bersuara.

“Papan putih bersih kamu semua tak nampak. Yang nampak ialah titik hitam kecil di atas papan putih dan merasakan itulah kekotoran yang mencemarkan segalanya. Orang yang terlupa padam titik hitam dipersalahkan, orang yang membuat titik hitam itu pula dilepaskan.

Nazuti dan pasukannya ikhlas bekerja dengan gaji kecil sehingga menjadikan kampung Hadali menjadi tempat ke 8 terbersih di Tanah Islami, pernah tak kamu semua berterima kasih dan memberikan pujian padanya. Usaha mereka untuk sehari dua, dah bertahun lamanya.

Sekarang jumpa tempurung kelapa yang ada jentik-jentik riuh terus nak potong Nazuti dan pasukannya. Silap Nazuti dan pasukannya ialah terlupa nak kutip sampah tempurung itu. Tapi ada antara kita yang membuang tempurung itu merata kerana merasakan ada orang yang akan datang mengutipnya itu kita tak nak persalahkan? Adil ke?

Dan kamu yang menjumpai tempurung kelapa itu – mengapa tak mencari salah pada orang yang membuang ke situ? Tapi mencari salah pada orang yang terlupa membersihkannya? Itu logik apa? Itu logik mana?

Insaflah kalian. Jika anda tidak mengerti memberi pujian sewaktu orang berbuat baik berkali-kali, anda hilang kelayakan mengkritik pada orang baik itu membuat kesilapan kecil,” kata Ustaz Man.

Mendengar kata-kata Ustaz Man, seluruh kampung terdiam. Penduduk yang mengadu itu terkedu dan akhirnya meminta maaf pada Nazuti dan pasukannya. Selepas itu, seluruh kampung membantu Nazuti dan pasukannya untuk mengekalkan kebersihan kampung Hadali dan tidak lagi sama tuduh-menuduh bila terlihat sampai di tepi jalan, tapi terus membersihkannya sendiri.

Dapat maksud tersirat?

Jangan kerana ada perkara sedikit yang kita tidak setuju, kita terus menjatuhkan hukuman pada orang tertentu, walhal kita lupa memujinya bertahun lamanya waktu dia menyumbang baiknya kepada dunia ciptaan Allah ini.

Bila memandang ke langit, jangan terlupa kaki yang masih memijak bumi. Begitu jugalah apabila kita melihat kesilapan orang lain, yang terlupa orang tersebut juga pernah berbuat baik.


Senyum

fikir2kan lah..

Ramai orang kenal Bill Gates orang yang terkaya didalam dunia... Tapi berapa ramai kenal Abdul Rahman Bin AUf r.a... Jutawan zaman Nabi s.a.w yang dijanjikan Syurga...

Ramai orang kenal Florence Nightingale sebagai jururawat tersohor dunia... Tapi berapa ramai kenal Rufaidah Binti Sa'ad r.a... Jururawat pertama dalam dunia Islam dan mendapat gelaran sahabat Nabi s.a.w...

Ramai orang kenal Neil Armstrong sebagai orang yang pertama menjejakkan kaki ke bulan... Tapi berapa ramai yang kenal sepenuhnya nabi kita manusia paling mulia... Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan manusia pertama naik ke langit dan turun pada malam Israq Mikraj ..

Lihatlah Islam itu hebat... Tapi kita banyak sanjung orang kafir dari umat Islam sendiri sehingga kehebatan Rasulullah s.a.w juga kita tak dapat lihat...

Alkisah dua orang pesakit

 
Dua pesakit, yang sakit kronik duduk di dalam bilik hospital yang sama bertingkap satu. Setiap mereka hanya dibenarkan untuk duduk tegak sejam sehari pada waktu tengahari untuk jururawat membersihkan katil. Selain itu, dua lelaki itu hanya terlantar sepanjang hari.

Daud dan Din bercakap tanpa henti setiap hari. Mereka berbicara mengenai isteri, keluarga, rumah, kerja dan tempat di mana pernah pergi bercuti.

Setiap tengahari, Daud yang katilnya bersebelahan dengan tingkap akan melihat ke luar dan memberitahu Din apa yang dia lihat di luar tingkap.

Perkara ini berulang sehingga Din sentiasa menanti-nanti waktu tengahari untuk Daud bercerita bagaimana keadaan di luar tingkap.

Daud memberitahunya pemandangan di luar tingkap agak cantik – ada tasik dan itik dan angsa sedang berenang dan kanak-kanak melepaskan bot kertas buatan mereka.

Daud juga memberitahu ramai juga yang berkelah di tepi tasik, duduk di bawah pokok bersama keluarga dan orang tercinta…

Daripada tingkap tersebut, juga kelihatan bangunan pencakar langkit secara jauh.

Daud menceritakan segalanya dengan penuh terperinci sehingga Din menutup mata membayangkan keadaan di luar sana sebagaimana yang digambarkan Daud.

Pada satu waktu tengahari yang panas, Daud menceritakan ada satu pesta di tepi tasik… walaupun Din tidak dapat mendengarnya, tapi cerita Daud yang penuh terperinci memberikan Din satu gambaran bagaimana pesta tersebut berlangsung.

Waktu malam tersebut, Daud memberitahu Din…

“Selama hidup ana ini, ana mengejar segala benda – duit, kereta, nama – kerana merasakan itu akan membawa kegembiraan pada ana. Ana ingat menjadi kaya akan gembira – ana berpakaian seperti orang kaya pulang ke kampung – saudara-mara bersenyum dan juga cemburu pada masa yang sama. Mereka tidak merasai kegembiraan ego ana. Ana membeli rumah besar dan menjemput semua rakan dan keluarga untuk house warming untuk tunjukkan rumah besar ana – ana ingatkan itu kegembiraan membuat orang cemburu dan iri hati pada kejayaan saya. Ana tak pernah memikirkan untuk mengembirakan orang, tapi ana hanya ingin menggembirakan diri sendiri…

Masa ana sakit ini, baru ana sedar cincin besar ana tidak membawa kegembiraan seperti yang diharapkan. Ana baru sedar kereta Mercedes di rumah ana tidak membawa kegembiraan yang ana harapkan. Ana baru tersedar rumah besar hanyalah rumah besar yang tidak membawa makna dan kegembiraan pada ana. Ana baru sedar hidup sebenarnya mudah – ana tak perlu mengejar benda-benda permainan manusia, ana hanya perlukan seorang kawan. Ana hanya perlukan keluarga yang ribut hujan mahu panas dapat bergembira bersama. Ana baru faham, menggembirakan orang lain adalah kegembiraan yang sebenar. Jika ana boleh hidup semula, ana akan luangkan lebih banyak masa pada keluarga dan orang-orang penting – ana akan gembirakan mereka daripada diri sendiri… Dah nak mati baru ana tersedar…. Alangkah baiknya, kalau manusia boleh belajar bagaimana untuk hidup sebelum mereka belajar tentang mati…”

Daud diam seketika… Din tidak mengejutnya dan membiarkan dia tidur…

Besok pagi, bila Din bangun, jururawat sedang membersihkan badan Daud yang tidak lagi bergerak. Daud sudah meninggal…

Setelah segalanya selesai, Din meminta jururawat untuk memindahkannya ke tepi tingkap. Jururawat dengan sukarela memindahkan Din.

Din bangun dalam keadaan sakit untuk melihat di luar tingkap yang arwah sering menceritakan keadaannya kepada dia…

Tiada tasik, tiada pemandangan yang disebut-sebut arwah, yang ada hanyalah satu tembok kosong.

Bila jururawat sampai, Din bertanyakan kepada jururawat – mengapa arwah boleh bercerita dengan penuh terperinci perkara-perkara menarik yang berlaku di luar tingkap setiap tengahari padanya.

“Arwah dah buta lama ketika penyakitnya menjadi kronik. Rasanya arwah ingin memberikan semangat pada pakcik,” kata jururawat tersebut…

Ingatlah, berkorban untuk orang lain, berkhidmat untuk meletakkan senyuman di muka setiap orang tersayang adalah kegembiraan sebenar.

Harap bermanfaat. Senyum

kongsi2...

Jawapan bagi belah sana




poyo je.. sekadar untuk diri sendiri.. ;)

bismillah...

alhamdulillahirbbil a'lamin.... segarnya udara dipagi jumaat ini.. senyuman kelat terlakar dibibir.. (",)

hurmmm diriku pulak terasa tidak bermaya... setelah membuat "lawatan" dari fb ke fb... maka, aku merasakan diriku ini bagai orang tak betul.. hehe "mencari" sesuatu yang tak pasti.... ~xde keje :p

aku tak tahu ape yang aku nak sebenarnya... kebahagiaan?? ketenangan?? kekasih?? ops!! no... kekasihku adalah suamiku... itu adalah pasti~setelah aku kesali.... stop!!

satu soalan yang lancar bermain dibenakku... adakah aku patut menunggu dan terus menunggu?? oh.. mungkin tidak.... mungkin jugak ya... dari "rondaan" yang aku buat tadi... aku merasakan hatinya telah diterbangkan kepada seorang insan lain... tiada lagi aku dihatinya... mungkin dan pasti!!

jadi,
tunggu apa lagi.. blah la!! huhu sungguh kejam kata2 itu buat diri yang lemah ini.... :/
bermonolog sendirian membuatkan aku merasa SAKIT.. sakit yang teramat!! kejamnya aku pada diri sendiri... pada hati yang selalu bersama2ku...
kejamnya!!!

wahai hati, bukakanlah pintumu untuk menerima seseorang sebagai suri hidupmu... usah dikau mengharapkan benda yang tidak pasti....
gambaq poyo..;p
erk!! macamana ni.... bila ditanya, "kamu nak tak sipolan atau sipolan.. segak.. bergaya... kaya.. raya... cikgu... imam... penoreh... pengkaji dsbg".. bibirku akan mengukir senyum.. lantas mulut menjawab "boleh3x~sekadar berjenaka... oh,tak habis belajar lagi la... eh kamu kan ada, amik je la dia... ermmm nanti dulu la... nak balik mesia dulu" hatiku pula menjawab.. "oh tdak!! takut!! tak sedia!!" paling tak best jawapan hatiku.. "dia bagaimana?? aku tak dapat KAD jemputan perkahwinannya pun.. adakah dia menunggu aku balik.." dah tu?? aku sendiri TAK FAHAM, ape yang aku nak... waaaaaaaaaaaaaaaa sedih2.. :'(

sahabat2,
janganlah kalian menjebakkan diri kalian ke dalam kancah perrr...cintaan yang tidak di izinkan oleh pencipta kita.... jika inginkan kebahagiaan hakiki dan abadi.. ikut pensyariatanNYA... berKAHWINlah jika hati telah terpikat dengan mana2 lelaki/perempuan.. semoga hidup lebih diberkati dan di Redhoi insyaa Allah..

buat sidia yang pernah memiliki hati ini secara tak sah,
moga cepat2 kawen.. hehe ;p
wallahu a'lam.. iema_rar^^

Rabu, 15 Mei 2013

Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan DS Najib

Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan DS Najib
Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Jabatan Perdana menteri:

Datuk Seri Jamil Khir Bahrom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Tan Sri Joseph Kurup
Puan Hajah Nancy Shukri
Joseph Entulu
Paul low Seng Kuan
Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim
P Waythamoorthy

Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri Kewangan II:
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri 1: Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Menteri 2: Tan Sri Idris Jusoh

Timbalan Menteri:
Yap Kain Ching
P Kamalanathan

Menteri Pertahanan:

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Menteri Dalam Negeri:
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan:
Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)

Menteri Pelancongan:
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz

Menteri Luar Negeri:
Datuk Anifah Aman

Timbalan Menteri Luar:
Datuk Hamzah Zainudddin

Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadhilah Yusof

Menteri Kesihatan:
Datuk Dr S Subramaniam

Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin
Timbalan menteri:
Datuk M Saravanan

Menteri Sumber Manusia:
Datuk Richard Riot

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal-Ehwal Pengguna:
Datuk Hassan Malek

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Mustapa Mohamad

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Ewon Ebin
Timbalan: Datuk Abu Bakar Mohd Diah

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli:
Datuk Seri G Palanivel

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:
Datuk Seri Maximus Ongkili

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar:
Datuk Shafie Apdal

Menteri Industri Perladangan dan Komoditi:
Datuk Douglas Uggah Embas

Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar:
Datuk Abdul Rahman Dahlan
BY:RAKAN FB..

Selasa, 14 Mei 2013

KISAH WALI ALLAH DAN PADERI SAMA'AN - 50 SOALAN LAWAN 1 SOALAN.


by:FB..
KISAH WALI ALLAH DAN PADERI SAMA'AN - 50 SOALAN LAWAN 1 SOALAN.



Ini adalah kisah yang masyur dikalangan Ilmuan Islam.


Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, ” ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini.”

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Abu Yazid Al-Bustami pun bangun, tanpa rasa takut.

MENJAWAB 50 SOALAN

Ketua paderi berkata, “wahai pengikut Muhammad, saya akan mengajukan pertanyaan kepada kamu. Jika kamu dapat menjawab semuanya dengan benar, maka saya akan mengikut agama kamu. Namun jika kamu tidak dapat menjawabnya, maka kami akan membunuh kamu.”

Jawab Abu Yazid, “baiklah! Tanyalah apa saja yang kamu ingin tanyakan.”

Ketua paderi itu mengemukakan 50 soalan berterusan dan selepas ini Abu Yazid menjawabnya dengan tepat.


Soalan 1 :
Paderi : Apakah Yang satu tidak ada duanya ?

Soalan 2 :
Paderi : Apakah Yang dua tiada tiganya ?

Soalan 3 :
Apakah Yang tiga tiada empatnya ?

Soalan 4 :
Apakah Yang empat tiada limanya ?

Soalan 5 :
Apakah Yang lima tiada enamnya ?
.
Soalan 6 :
Apakah Yang enam tiada tujuhnya ?

Soalan 7 :
Apakah Yang tujuh tiada lapannya ?
.
Soalan 8 :
Apakah Yang lapan tiada sembilannya ?

Soalan 9 :
Apakah Yang sembilan tiada sepuluh ?

Soalan 10 :
Apakah Sepuluh yang sempurna ?

Soalan 11 :
Apakah itu Yang sebelas ?

Soalan 12 :
Apakah itu Yang dua belas ?

Soalan 13 :
Apakah itu Yang tiga belas ?

Soalan 14 :
Siapakah Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga ?

Soalan 15 :
Siapakah Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka ?

Soalan 16 :
Apakah Tempat roh dalam badan manusia ?

Soalan 17 :
Apakah itu Al Zariyati Zarwa ?

Soalan 18 :
Apakah itu Al Hamilati Wakra ?

Soalan 19 :
Apakah itu Al Jariyati Yusra ?

Soalan 20 :
APakah itu Al Mukassimati Amra ?

Soalan 21 :
Apakah yang Yang empat belas ?

Soalan 22 :
Apakah Kubur yang berjalan dengan penghuninya ?

Soalan 23 :
Apakah Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh ?

Soalan 24 :
Apakah Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi ?

Soalan 25 :
Apakah Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan ?

Soalan 26 :
Apakah itu Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk ?

Soalan 27 :
Apakah Darah yang mula-mula mengalir ke bumi?

Soalan 28 :
Apakah itu Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat ?

Soalan 29 :
Apakah Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh?

Soalan 30 :
Siapakah Wanita yang paling utama ?

Soalan 31 :
Apakah Gunung yang paling utama ?

Soalan 32 :
Apakah Binatang yang paling utama ?

Soalan 33 :
Apakah itu Bulan yang paling utama ?

Soalan 34 :
Apakah itu Malam yang paling utama.

Soalan 35 :
Apakah itu Tentang Attaâ'mah?

Soalan 36 :
Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan ?

Soalan 37 :
Apakah Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji ?

Soalan 38 :
Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu ?

Soalan 39 :
Apakah itu Nakir, fatil dan kitmir ?

Soalan 40 :
Apakah itu Sabid dan Labad ?

Soalan 41 :
Apakah itu Sam dan Ram ?

Soalan 42 :
Apakah Maksud keldai Makwak ?

Soalan 43 :
Apakah Maksud anjing menyalak ?

Soalan 44 :
Apakah Maksud jeritan kuda ?

Soalan 45 :
Apakah Maksud jeritan unta. ?

Soalan 46 :
Apakah Maksud nyanyian burung Bulbul ?

Soalan 47 :
Apakah Maksud bunyi katak ?

Soalan 48 :
Apakah Maksud kata-kata burung Nakus ?
.
Soalan 49 :
Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat ?

Soalan 50 :
Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.?


JAWAPAN DARI ABU YAZID

Lalu Abu Yazid menjawab ke semua nya.

Soalan 1 :
Paderi : Apakah Yang satu tidak ada duanya ?
Kewujudan Allah Maha Esa. Dia Tuhan yang tunggal tiada sekutu baginya.

Soalan 2 :
Paderi : Apakah Yang dua tiada tiganya ?
Malam dan siang. Apabila pergi malam datanglah siang dan apabila pergi siang datanglah malam.

Soalan 3 :
Apakah Yang tiga tiada empatnya ?
Kursi, Kalam dan Arash Allah Hu Subhanahu Wataala.

Soalan 4 :
Apakah Yang empat tiada limanya ?
Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Soalan 5 :
Apakah Yang lima tiada enamnya ?
Islam telah memfardukan solat lima waktu: Zohor, Asar, Maghrib, Ishak dan Subuh.

Soalan 6 :
Apakah Yang enam tiada tujuhnya ?
Hari-hari Allah telah menciptakan langit dan bumi. Ini semua tersebut di dalam Kitab-kitab suci juga.

Soalan 7 :
Apakah Yang tujuh tiada lapannya ?
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang disebut di dalam Kitab Suci juga.

Soalan 8 :
Apakah Yang lapan tiada sembilannya ?
Bilangan Malaikat yang memikul Arash Allah Taala yang disebutkan di dalam Kitab Suci (ertinya): dan akan memikul Arash Tuhan kamu pada hari (Kiamat) itu
adalah lapan Malaikat.

Soalan 9 :
Apakah Yang sembilan tiada sepuluh ?
Bilangan kaum daripada golongan manusia yang menjadi kerosakan bumi Allah, sebagaimana yang tersebut di dalam Kitab Suci (ertinya): di dalam kota itu dahulu terdapat sembilan kumpulan yang menjadi perosak bumi, mereka tidak pernah melakukan yang baik.

Soalan 10 :
Apakah Sepuluh yang sempurna ?
Kewajipan puasa sepuluh hari ke atas orang yang berihram haji sebagaimana firman Allah Taala (ertinya): Maka hendaklah ia (orang yang berihram haji) berpuasa tiga hari semasa haji dan tujuh hari setelah balik ke negerinya. Itulah dia sepuluh yang sempurna.

Soalan 11 :
Apakah itu Yang sebelas ?
Saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam.

Soalan 12 :
Apakah itu Yang dua belas ?
Bilangan bulan dalam setahun.

Soalan 13 :
Apakah itu Yang tiga belas ?
Mimpi Nabi Yusof Alaihissalam yang tersebut di dalam Kitab Suci: Sesungguhnya Aku melihat sebelas bintang, matahari dan bulan.
Jumlahnya tiga belas.

Soalan 14 :
Siapakah Orang yang berdusta,kemudian dapat masuk Syurga ?
Mereka ialah saudara-saudara Nabi Yusof Alaihissalam. Mereka memberitahu ayah mereka Nabi Yaakob Alaihissalam bahawa Yusof telah di makan serigala. Mereka membawa pakaiannya yang dilumur dengan darah kambing. Perkara yang mereka lakukan itu adalah suatu dusta.

Soalan 15 :
Siapakah Orang yang benar, tetapi mereka dimasukkan ke dalam neraka ?
Mereka ialah kaum Yahudi dan Nasrani, sesuai dengan firman Allah Taâ€

ala ( ertinya ) : telah berkata
Kaum Yahudi, kaum Nasrani itu tidak benar dan berkata kaum Nasrani pula kaum Yahudi itu tidak benar. Kedua-dua kaum itu berkata benar pada tuduhan mereka antara satu dengan lain, namun mereka tidak mahu tunduk kepada kebenaran yang ada di hadapan mereka iaitu mempercayai agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam sebagai agama yang sebelumnya..
Lantaran itu mereka menduduki neraka.

Soalan 16 :
Apakah Tempat roh dalam badan manusia ?
Roh berada di dalam tubuh badan manusia yang hanya diketahui hakikatnya oleh Allah Taala kerana roh adalah merupakan urusan Allah Taala jua, berdasarkan firmannya (ertinya): katakan roh itu dari perkara urusan Tuhanku.

Soalan 17 :
Apakah itu Al Zariyati Zarwa ?
Nama empat macam angin.

Soalan 18 :
Apakah itu Al Hamilati Wakra ?
Awan gemawan di dada langit.

Soalan 19 :
Apakah itu Al Jariyati Yusra ?
Perahu-perahu yang belayar di laut.

Soalan 20 :
APakah itu Al Mukassimati Amra ?
Malaikat-malaikat yang bertugas membahagi-bahagikan rezeki kepada manusia pada malam Nisfu Syaaban.

Soalan 21 :
Apakah yang Yang empat belas ?
Tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi yang sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): Maka Allah berfirman kepadanya iaitu kepada tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi, datanglah kepada aku secara patuh terhadap perintahku ataupun secara terpaksa. Maka berkata kedua-dua langit dan bumi, “kami akan datang kepadamu secara patuh dan taat.”

Soalan 22 :
Apakah Kubur yang berjalan dengan penghuninya ?
Ikan besar yang menelan Nabi Yunus Alaihissalam. Nabi Yunus Alaihissalam di bawa oleh ikan ke mana-mana sahaja yang akhirnya dimuntahkan di pantai dengan izin Allah Taala.

Soalan 23 :
Apakah Yang bernafas, tetapi tidak mempunyai roh ?
Waktu subuh seperti firman Allah Taala (ertinya): demi subuh apabila ia terlepas.

Soalan 24 :
Apakah Air yang tidak turun dari langit dan tidak keluar dari bumi ?
Air yang dikirim oleh ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman Alaihissalam di dalam botol iaitu air peluh kuda.

Soalan 25 :
Apakah Empat yang bukan daripada golongan manusia, Malaikat dan bukan daripada punggung lelaki dan daripada perempuan ?
Kibas yang di bawa Jibril Alaihissalam sebagai korban ganti Nabi Ismail Alaihissalam, unta Nabi Salleh Alaihissalam yang disembelih kaumnya, untuk Nabi Adam dan Siti Hawa Alaihissalam.

Soalan 26 :
Apakah itu Satu ciptaan Allah, lalu diingkarinya sebagai satu yang buruk ?
Suara keldai yang tidak sedap didengar, sesuai dengan firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai

Soalan 27 :
Apakah Darah yang mula-mula mengalir ke bumi?
Darah Habil yang dibunuh oleh saudaranya Kabil.

Soalan 28 :
Apakah itu Sesuatu ciptaan Allah, lalu diangkat sesuatu yang berat ?
Helah kaum wanita, seperti Firman Allah Taala (ertinya): sesungguhnya tipu helah wanita adalah suatu tipu helah besar atau berat.

Soalan 29 :
Apakah Pada mulanya sebatang kayu kemudian menjadi roh?
Tongkat Nabi Musa Alaihissalam

Soalan 30 :
Siapakah Wanita yang paling utama ?
Hawa, ibu sekalian manusia, kemudian Khatijah dan Aisyah, Asiah (isteri Firaun) dan Maryam Binti Imran.

Soalan 31 :
Apakah Gunung yang paling utama ?
Gunung Tursina

Soalan 32 :
Apakah Binatang yang paling utama ?
Kuda.

Soalan 33 :
Apakah itu Bulan yang paling utama ?
Bulan Ramadhan.

Soalan 34 :
Apakah itu Malam yang paling utama.
Lailatul Qadar.

Soalan 35 :
Apakah itu Tentang Attaâ'mah?
Hari Kiamat.

Soalan 36 :
Pohon yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting ada 30 daun, setiap daun ada lima kembang, dua bunga di matahari dan tiga bunga di tepi kegelapan ?
Pohon itu “tahun” yang padanya ada 12 bulan, satu bulan ada 30 hari. Lima itu ialah lima waktu solat

Soalan 37 :
Apakah Satu benda yang pergi haji dan tawaf di Baitullah, tetapi tidak mempunyai roh dan tidak wajib haji ?
Bahtera Nabi Noh Alaihissalam.

Soalan 38 :
Empat jenis air yang lain rupanya dan rasanya, tetapi sumbernya satu ?
Air mata, air telinga, air hidung dan air mulut. Air mata masin, air telinga pahit, air hidung masin dan air mulut tawar.

Soalan 39 :
Apakah itu Nakir, fatil dan kitmir ?
Nakir ialah titik yang terdapat pada kulit luar benih, fatil ialah titik yang terdapat di dalam benih dan kitmir ialah kulit yang membaluti benih.

Soalan 40 :
Apakah itu Sabid dan Labad ?
Bulu kambing biri-biri dan kambing kasi.

Soalan 41 :
Apakah itu Sam dan Ram ?
Makhluk yang telah ada sebelum wujud Nabi Adam Alaihissalam.

Soalan 42 :
Apakah Maksud keldai Makwak ?
Keldai Makwak tanda ia melihat syaitan, lalu ia berkata: Allah melaknatnya.

Soalan 43 :
Apakah Maksud anjing menyalak ?
Anjing menyalak bermaksud: Awas! Celaka bagi penghuni-penghuni neraka dari kemurkaan Allah yang maha berkuasa.

Soalan 44 :
Apakah Maksud jeritan kuda ?
Kuda menjerit bermaksud: Maha suci Allah yang memeliharaku ketika tentera berpadu menyerang musuh dengan penuh semangat.

Soalan 45 :
Apakah Maksud jeritan unta. ?
Unta menjerit membawa maksud: Hasbiyallahu Wakafa Billahi Wakila (ertinya): Memadailah Allah bagiku dan cukuplah Dia tempat aku menyerahkan diriku.

Soalan 46 :
Apakah Maksud nyanyian burung Bulbul ?
Nyanyian Bulbul bermaksud: Maha suci Allah pada waktu pagi dan pada waktu petang.

Soalan 47 :
Apakah Maksud bunyi katak ?
Bunyi katak bermaksud: Maha suci Tuhan yang di sembah di mana-mana sahaja ada makhluknya dan di tempat-tempat yang tiada penghuninya.

Soalan 48 :
Apakah Maksud kata-kata burung Nakus ?
Maksud kata-katanya: Maha suci Allah sungguh-sungguh! Wahai anak Adam! Lihatlah di barat dan di timur di dunia itu, adakah makhluk yang menongkat langit?.

Soalan 49 :
Kaum daripada makhluk Allah yang diutus kepadanya, namun ia bukan dari kumpulan jin, manusia dan Malaikat ?
Makhluk itu adalah lebih seperti Firman Allah Taala (ertinya): dan Tuhan kamu telah mewahyukan kepada lebih…

Soalan 50 :
Di mana malam ketika siang dan di mana siang ketika malam.?
Kedua-duanya berada di dalam ilmu Allah Taala yang amat sulit.


SOALAN DARI ABU YAZID

Kata Abu Yazid, “saya sudah jawab semua pertanyaan tuan. Sekarang ada lagikah soalan-soalan lain?”

Semua pendeta menjawab, “tidak ada lagi,”

Kemudian Abu Yazid mengemukakan pertanyaan kepada mereka.

“beritahu saya kunci Syurga dan Neraka langit.”

Tidak seorang pun yang dapat menjawabnya dan mereka mengaku bahawa memang mereka tidak tahu jawapannya. Baru satu soalan sudah tidak dapat dijawab sedangkan Abu Yazid telah menjawab berpuluh soalan.

Mereka meminta ketua paderi menjawab, namun ia membisu. Katanya, “bukan saya tidak mahu menjawab, tetapi saya takut kamu semua tidak bersetuju.”

Mereka hairan mendengar kata-kata ketua paderi itu. Akhirnya mereka mendesak juga dan bersedia untuk bersetuju dan menerima kata-kata ketua mereka.
“bahawa kunci Syurga dan kunci langit itu tidak lain ialah “LAILA HAILLALLAH HU MUHAMMAD DARRASULUULAH.”Tegas ketua paderi.

Mereka semua tersentak, terdiam. Lalu Abu Yazid berkata, “memang benar kata ketua kamu ini.”
Semua paderi memeluk Islam

Abu Yazid menuntut janji kepada ketua paderi dan persetujuan pengikut-pengikutnya.
“Sahabat-sahabat sekalian percayalah bahawa apa yang saya beritahu itu adalah benar. Saya tidak didesak oleh mana-mana tekanan. Memang sudah lama saya fikirkan hendak menyampaikan perkara ini kepada sahabat-sahabat semua, tetapi saya bimbang sahabat-sahabat tidak akan percaya kepada saya lagi. Saya hanya menunggu waktu.”

“Dari mana tuan mengetahui perkara ini?” Tanya salah seorang paderi.

“Dari ketua sebelum saya.” Jelas ketua paderi.

“Sebelum ketua itu meninggal dunia dia telah bersumpah bahawa perkara yang dikatakan itu adalah benar.” Sambung ketua paderi itu.

“Kalau begitu, apa lagi yang kita tunggu!”

Ketua paderi dan pengikut-pengikutnya semuanya memeluk Islam disebabkan oleh Abu Yazid.

Ilmu Abu Yazid telah menyelamatkan daripada maut. Ilmu ketua paderi telah menyelamatkan daripada kesesatan dan ilmu kedua-duanya telah menutup tabir kejahilan dan menyingkap tabir kebenaran dan Islam!

والله اعلم

Selasa, 7 Mei 2013

isu perkauman..

07 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menghidu sentimen perkauman yang seolah-olah telah disusun, menyeru kepada semua agar tidak terpedaya dengan sebarang permainan politik perkauman.

Ekoran daripada tindakan parti komponen Barisan Nasional yang memperjuang nasib kaum Cina, MCA yang telah menolak semua lantikan kabinet di peringkat negeri dan nasional sebenarnya telah mengkhianati pengundi.

“Memang benar MCA telah ditolak oleh sebilangan besar pengundi di seluruh negara, namun ia bukan alasan untuk MCA menolak pelantikan menteri dan seharusnya ia satu pengkhianatan kepada pengundi BN,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

Katanya, SAMM melihat situasi ini agak pelik, berkemungkinan untuk memberi tekanan kepada masyarakat Cina betapa tidak ada wakil Cina dalam senarai menteri kabinet berakhir PRU13 yang menyaksikan pola pengundian Cina memihak kepada Pakatan Rakyat.

Dari satu sudut yang lain, ujar beliau SAMM lihat ia satu taktik berbaur ugutan dan isu perkauman selepas ini menjadi 'makanan' kepada pihak yang rasis begitu mudah untuk dibakar.

“Sebagai kumpulan anak muda, SAMM tegaskan hasrat pemerintah untuk amal 'pecah-perintah' berskala besar, meletakkan Melayu itu kerajaan dan Cina itu pembangkang adalah satu kemunduran yang jelas,” ujarnya.

~via harakahdaily

PAS UMNO Bersatu?


Kalau bersatu bermakna akan wujud satu parti. So, kalau macam tu cuba kita tanya kepada pemimpin2 UMNO....

1. Adakah mereka sanggup meletakkan jawatan masing2 dan juga menerima risiko dan harus bersedia bahawa mereka tidak akan dilantik lagi dalam parti baru, seterusnya mungkin kehilangan jawatan sebagai menteri atau presiden parti kerana sudah tentulah dalam parti baru yang ditubuhkan, pemimpin yang akan dipilih ialah orang baik ilmu agamanya, baik akhlaknya, baik pengetahuan akademiknya bukan seperti percaturan politik sekarang yang hanya berdasarkan wang ringgit.

2. Adakah mereka sanggup hidup sederhana sebagaimana rakyat marhain, sebab bila kita kata kita adalah pemimpin parti islam, sudah tentu tidak bagus jika mempunyai kereta mercedez 5 biji, banglo ibarat istana dan hartanya berbondong2. Pemimpin islam hidupnya sederhana bukan kaya raya sebagaimana sekarang.

3. Adakah mereka sanggup menggadaikan kepentingan melayu semata2 untuk kepentingan islam?

Sekiranya ketiga-tiga persoalan ini dapat dilaksana, insyaAllah agenda pernyatuan UMNO dan PAS akan menjadi kenyataan.

Teringat ceramah TG NIK AZIZ berkenaan dengan pemimpin yang ikhlas. So, aku ringkaskan apa yang beliau sampaikan.... (dipetik dari rakan FB) ~moga bermanfaat..