Sabtu, 29 Disember 2012

hadis ke 29 imam Nawawi


Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis sahih. 

Daripada Mu'az ibn Jabal r.a. beliau berkata:  
Aku berkata: Ya Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku daripada api neraka. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah bertanya suatu perkara besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan 
Allah; iaitu engkau menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu,  engkau mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. 
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Puasa itu adalah perisai, sedekah dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki di tengah malam. 
Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur'an yang bererti: (Tulang-tulang rusuk mereka telah renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan perasaan takut dan penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri daripada perkara yang menyejukkan mata sebagai  balasan terhadap amalan yang mereka telah lakukan). 
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala amal, tiang-tiangnya dan puncaknya? 
Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! 
Baginda bersabda: Tunggak amalan ialah lslam, tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad. 
Kemudian Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? 
Aku berkataMahu ya Rasulullah! 
Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! 
Aku berkata: Ya Nabi Allah! Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? 
Baginda bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya - atau 
Baginda bersabda - dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka. 

Pengajaran hadis: 
(1) Berdasarkan hadis ini, amalan yang boleh memasukkan seseorang hamba ke dalam syurga ialah menunaikan rukun-rukun lslam, iaitu benar-benar beriman kepada Allah tanpa syirik dan beriman kepada Rasulullah SAW, sembahyang, zakat, puasa Ramadhan dan ibadat haji. 

(2) Pintu-pintu kebajikan pula sangat banyak, antaranya yang disebut dalam hadis ini ialah berpuasa kerana ia adalah perisai yang melawan hawa nafsu bagi seorang mukmin. Selain itu ialah sedekah yang ikhlas kerana Allah kerana ia dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan api. Pintu kebajikan seterusnya ialah sembahyang di waktu tengahmalam. 

(3) lbadat pada waktu tengah malam sangat afdhal dan amat dituntut ke atas setiap individu muslim. la dapat menguatkan keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah. la dapat memberikan sinar air muka yang bercahaya bagi orang yang melakukannya. Allah SWT telah memuji orang yang suka 
beribadat pada waktu tengah malam dalam banyak ayat termasuk ayat yang dipetik dalam hadis ini.

(4) Tunggak segala perkara ialah lslam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. Seorang mukmin sejati mesti melaksanakan tuntutan-tuntutan ini dengan baik walau apapun cabaran dan rintangan.

(5) Kunci segala perkara pula ialah menjaga lidah. Lidah adalah antara anggota badan yang paling banyak terdedah melakukan maksiat. Barangsiapa yang dapat menjaga lidahnya daripada angkara jahat dan maksiat, Baginda Rasulullah SAW menjamin bahawa dia akan dapat masuk syurga. Setiap patah 
perkataan yang dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah SWT. Ramai manusia yang dihumbankan ke neraka akibat celupar lidah.

wallahu a'lam...kopipes!! blog: http://www.anuar2u.com/download/Hadis%2040.pdf

Khamis, 27 Disember 2012

Alkisah sebiji burger…


Alkisah sebiji burger…

Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan tiada sebarang duit bersamanya.

tiada syiling pun
 menelefon rumah untuk meminta pertolongan.

Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelapa
rannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit.

Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.
Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis di tangan maknya…

Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?

Senyum

shbt


Wahai anakku,
Hargailah persahabatan yang ikhlas kerana Allah, kerana ia kekal dalam redha Allah. Bilamana Allah utus kepadamu seorang sahabat yang baik akhlaknya, tekun menjalankan perintah Allah, tenang menghadapi ujian Allah, sesungguhnya DIA telah mengutuskan kepadamu seorang guru yang baik untuk kamu mempelajari kebaikan darinya.

Untuk itu wahai anakku, pelajarilah dari sahabatmu itu kecintaan kepada Allah, merasai kasihsayangnya agar engkau akan takut kepada kemurkaanNya dan sangat mengharap redhaNya.

Wahai anakku,
Syaitan berusaha merosakkan persahabatan baik itu dengan memasukan nilai kejahatannya. Ia akan berusaha memisahkan kamu dari sahabat yang baik itu. Kasihsayang mu kerana Allah akan bertukar kepada kecintaan melampau kepadanya; sehingga kamu nampak diri sahabatmu lebih besar dari Allah. Lalu kamu akan menghargainya lebih dari Allah yang mengutuskan ia kepadamu. Kamu bangga dengannya sehingga kamu terlalai dari bangga dengan Allah yang sentiasa memeliharamu. Engkau akan rasa rindu kepadanya, sehingga kamu tidak lagi merindui Tuhanmu. Engkau akan menangis kerananya, tetapi kamu tidak menangisi dosamu terhadap Allah.

Wahai anakku,
Betapa gembiranya kamu menerima surat yang disampaikan oleh seorang posmen, janganlah sampai kamu lupa kepada yang menulis surat kepadamu. Engkau menunggu- nunggu kedatangan posmen ke rumahmu setiap hari, tetapi kamu tidak menanti redha Tuhanmu. Engkau akan membaca catatan sahabatmu yang kamu cintai itu berkali kali, tetapi kamu tidak membaca lagi peringatan Allah ( Quran) yang dikirim kepadamu.

Wahai anakku,
Syaitan sangat licik menipu manusia, kini kamu kasih kepada sahabatmu kerana kamu rasa hebatnya sahabatmu, baiknya dia, penyanyangnya dia dan pelbagai alasan, sehingga bayangannya lebih besar dari Allah. Untuk itu wahai anakku, besarkanlah kasih sayangmu kepada Tuhanmu, nescaya akan datang kasih sayang makhluk Allah kepadamu. Jagalah segala perintah Allah, nescaya Allah akan memelihara persahabatanmu, dan jangan sesekali kamu lakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah dalam persahabatanmu, kerana hakikatnya setiap manusia akan berpisah juga akhirnya, namun kamu tidak akan berpisah dengan Allah.

Senyumlah dalam ketaatan...... Tanda redha kepada Tuhanmu.

Ahad, 23 Disember 2012

Alkisah sebuah kapal tersandar…


fb: Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Alkisah sebuah kapal tersandar…
Kapal yang dinaiki Khairy dan Nasrudin rosak akibat ribut dan mereka hanya mampu berenang ke sebuah pulau kecil yang bagaikan gurun.

Dua sahabat karib itu tidak tahu apa yang boleh dilakukan selain berdoa kepada Allah swt.

Untuk melihat doa siapa yang lebih kuat dan dimakbulkan, Khairy mencadangkan agar mereka membuat sempadan di pulau tersebut, dan mereka tinggal berasingan satu di Timur dan di Barat.

Perkara pertama yang mereka doakan ialah makanan. Pagi keesokan, Khairy terjumpa sepohon pokok buah di dalam kawasan sempadan pulaunya. Buah itu boleh dimakan. Kawasan Nasrudin tiada ada apa-apa penemuan, tapi Nasrudin hanya senyum.

Setelah seminggu, Khairy mendoakan agar dapat mendapat pakaian baru untuk ditukar. Besok harinya, ada benda terapung dibawa ombak menghala ke kawasan pulaunya. Ia adalah peti dengan pakaian baru. Di sebelah Nasrudin, masih tiada apa-apa, namun beliau senyum melihat Khairy mendapat baju baru.

Melihat doanya dimakbulkan, Khairy mula berdoa untuk lebih banyak perkara… termasuk rumah, pakaian dan lebih makanan – apa yang diminta semua diperolehi. Nasrudin masih tidak mempunyai apa-apa selain terpaksa menangkap ikan dan makanan laut setiap hari untuk meneruskan kehidupan.

Akhirnya Khairy mendoakan agar mendapat sebuah kapal untuk meninggalkan pulau tersebut. Besok paginya, betul terdapat satu kapal yang tersandar di tepi pantai kawasannya. Khairy terus menaiki kapal tersebut dan membuat keputusan untuk meninggalkan sahabat karibnya Nasrudin seorang diri di pulau.

Khairy merasakan Nasrudin tidak layak menerima segala kurniaan Allah padanya kerana doa Nasrudin sehingga kini tiada satupun yang dimakbulkan. Akhirnya Khairy meninggalkan Nasrudin dalam keadaan diam-diam ketika Nasrudin tidur petang.

Di tengah lautan, Khairy tertidur dan termimpi…. Ada suara dari langit…

“Mengapa kamu sanggup meninggalkan kawan baik mu seorang diri di pulau tersebut?”

Khairy menjawab, “Semua doa dia tak dimakbulkan, dia tak layak menerima apa-apa.”

“Kamu tersilap!” kata suara dari langit tersebut. “Nasrudin hanya ada satu doa, yang dimakbulkan Allah. Jika tak ada, kamu takkan dapat apa yang kamu dapat.”

“Apa dia? Apa yang didoakan Nasrudin sehingga saya perlu terhutang padanya? Semua ini hasil doa saya sendiri yang kuat,” kata Khairy dengan angkuh.

“Nasrudin mendoakan agar segala doa Khairy dimakbulkan…” setelah habis kata-kata tersebut Khairy dikejut bangun oleh satu pancaran petir yang kuat.

Khairy menyesal dan terus balik mencari Nasrudin di pulau tersebut untuk melihat apakah benar Nasrudin berdoa untuknya…

Setibanya di pulau tersebut, Nasrudin gembira melihat Khairy.

“Alhamdulilah. Allah Maha Esa, ana bimbang anta hilang, nasib baik Allah mendengar doa ana untuk membawa anta kembali dengan selamat ke pangkuanku dan memberikan satu kapal kepada kita untuk meninggalkan pulau ini bersama-sama,” kata Nasrudin.

Khairy tidak mampu berkata apa-apa mendengar kata-kata Nasrudin seperti apa yang dimimpikannya. Beliau hanya mampu memeluk Nasrudin dan memohon keampunannya atas segala kezaliman beliau terhadapnya yang tidak disedari sahabatnya. 

Pengajaran: Jangan ingat perkara baik yang berlaku adalah atas doa sendiri sahaja tapi ia adalah hasil daripada doa-doa jamaah, rakan kita yang turut mendoakan kebaikan pada kita. Hargailah kawan dan jangan tinggalkan mana-mana sahabat dan orang terdekat di belakang.

Senyum.

Isnin, 17 Disember 2012

Kenapa Hasan Al-Banna dibunuh???


Kenapa Hasan Al-Banna dibunuh???

Pada 14 Mei 1948 David Ben-Gurion telah mengisytiharkan wujudnya Negara Israel yang merdeka lalu diiktiraf oleh Soviet Union dan Amerika Syarikat.

IKhwan Muslimin telah mengadakan mesyuarat dan mereka telah mendesak Mesir dan negara-negara Arab lain supaya mengisytihar jihad terhadap Israel serta menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk menyelamatkan Pale
stin daripada kehancuran. Ekoran dari itu berlaku Perang Arab-Israel1948.

Ikhwan Muslimin telah menghantar 10,000 mujahidin, kemudian diikuti beberapa Negara Arab yang lain antaranya Mesir, Syria, Iraq, Jordan,Lubnan dan beberapa Negara arab lagi sehingga jumlah mereka seramai 47500 orang.

Mujahidin yang dihantar Ikhwan Muslimin berjuang di barisan hadapan dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Hasan Al Banna. Mereka berjuang dengan gagah berani sehingga setiap kali pertempuran mereka beroleh kemenangan. Mereka terus mara sehingga sampai ke pinggir Tel Aviv.

British, Amerika Syarikat dan sekutunya yang menyokong Israel berasa bimbang jika Negara haram yahudi itu dikalahkan tentera Arab. Mereka mendesak kedutaan masing-masing yang berada di Mesir mendesak Perdana Menteri Mesir Nuqrasyi Pasya supaya menarik pasukan tenteranya dan bertindak ke atas Ikhwan Muslimin yang kononnya pertubuhan itu sedang merancang hendak merampas kuasa.

Perdana Menteri Mesir memanggil pulang tentera Mesir dan tentera al-Ikhwan yang berjuang di Palestin. Kepulangan mereka bukan disambut sebagai pahlawan tetapi mereka ditangkap, dipenjarakan malah ramai yang dibunuh.

Pada 10 Jun 1948 diadakan gencatan senjata. Tetapi itu hanya helah Israel untuk memusnahkan tentera Arab. Apabila tentera Mesir dan Mujahidin Ikhwan Muslimin pulang maka tentera Arab yang lain berasa lemah semangat untuk berperang.

Gencatan senjata itu hanya helah Israel dan sekutunya. Semasa gencatan senjata Israel menerima senjata dari Amerika, Britain dan sekutunya. Kemudian Israel menyerang semula lalu mengalahkan pasukan Arab.

Hasan Al Banna dibunuh kerana menghantar 10 ribu pejuang ke Palestin dan berjaya menyatukan Negara Arab supaya menentang Israel. Mereka tidak mahu wujud tokoh yang mengikut jejak Salahuddin Al Ayubi yang berjaya menyatukan Negara Arab sebelum menakluk Jerusalem.

~Laman Tarbawi~

Selasa, 11 Disember 2012

PEMBERITAHUAN!!

BISMILLAH...

alhamdulillah aku masih lagi diberi nikmat iman dan islam dalam menyedut udara segar minallah...

emmm bukannya apa, cuma nak bagi tahu, ape yang aku share dari facebook dan masuk dalam blog aku ni takde kena mengena dengan yang hidup mahupun mati.. kadang2 aku tak kenal pun sape mereka.. tapi kebanyakannya aku kenal la...okey?? aku just share ape yang aku rasa patut dishare dengan sahabat2 blogger aku.. kalau boleh aku nak kongsi semua sekali isu yang aku tahu...

harap difahami.. dan harap maklum.. :)
wallahualam.. iema_rar....

Alkisah pakis dengan buluh…


fb: Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)


Saban hari, Muhyiddin terasa tidak senang duduk. Segala yang dilakukannya nampak gagal disempurnakan walaupun dirancang dengan rapi.

“Cukuplah… aku tak mahu cuba lagi. Aku redha. Aku terima aku tak akan berjaya dalam dunia ini,” rungut beliau.


Satu petang, Muhyiddin terjumpa Ustaz Hadi di taman riadah dan bertanya, “Ustaz, ana rasa putus asa. Boleh tak ustaz bagi satu alasan untuk ana untuk tidak berputus asa?”

Ustaz Hadi melihat Muhyiddin yang kesian lalu berkata…

“Wahai sahabatku. Usah bersedih. Nampak tak pakis itu dengan buluh di tepinya?”

“Nampak,” jawab Muhyiddin.

“Pakis dan buluh itu bermula daripada benih. Di taman ini, tiada siapa yang menjaganya, tapi Allah. Allah memberikan mereka cahaya. Allah juga memberikan mereka air.

Pakis tumbuh dengan cepat dari tanah. Daunnya menghijau meliputi tanah di sekelilingnya. Tapi buluh tidak tumbuh-tumbuh. Lama-lama, pakis semakin bertambah banyak dan menghijau. Namun buluh masih tidak tumbuh tumbuh.

Apakah Allah telah berputus asa dengan buluh? Tidak. Pada tahun kedua, buluh tumbuh daripada tanah. Enam bulan daripada itu, buluh itu tumbuh 100 kali meninggalkan pakis di bawah. 2 tahun yang buluh nampak tiada harapan untuk hidup sebenarnya digunakan untuk membina akarnya terlebih dahulu.

Apabila akarnya menjadi kuat, dan mula dapat mencari air dan mineral, maka buluh tumbuh daripada muka bumi. Allah tidak akan menguji segala makhluknya dengan perkara yang tidak mampu dihadapinya.

Jadi sahabatku, selama yang anta sedang berusaha dan diuji, sedarkah Allah sedang melatih anta untuk membina akarmu. Allah tidak berputus asa dengan buluh, Allah juga tidak akan berputus asa dengan anta. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Buluh mempunyai tujuan yang lain daripada pakis. Tapi kedua-duanya mencantikkan taman riadah ini.

Jangan merungut betapa besarnya masalah pada Allah, sebaliknya beritahu masalah betapa besarnya kehebatan Allah,” cerita Ustaz Hadi.

“Adakah cerita ini membantu anta?”

Muhyiddin terus memeluk Ustaz Hadi dan mengalirkan air matanya – “YA ALLAH,Terima Kasih menpertemukan ana dengan ustaz hari ini.”

Bagaimana pula dengan anda? Adakah cerita ini membantu anda? Jika ya, kongsilah dengan mereka yang memerlukannya.

Senyum.

Isnin, 10 Disember 2012

lelaki yg sukar dicari


 BERCINTA SELEPAS MENIKAH
Lelaki yang sukar dicari:
1) Takutkan Zina
2) Cintakan Masjid
3) Menangis kerana Allah
4) Berjihad ketika usia muda
5) Berakhlak mulia

aku tambah: tak merokok.. tul tak?? :)

Ahad, 9 Disember 2012

IBRAHIM ADHAM SANGGUP TINGGALKAN ISTANA KERANA CINTANYA


Ibrahim Adham ialah seorang tokoh sufi dan seorang Sultan, ia dari keturunan Omar Ibnu Khatab juga meninggalkan istana dan berhenti menjadi Sultan Balkh untuk menjadi ahli sufi dan akhirnya terpaksa menyara hidup dengan menjual kayu api. Ceritanya menarik jika diamati, sanggup bermuhasabah diri, boleh terbuka ‘mata hati’ raja dan menteri. Kenapa Ibrahim Adham pula sanggup tinggalkan istana? Kenapa dia sanggup tinggalkan segala kemewahan dunia, sanggup menderita seperti rakyat ‘marhein’ yang papa kedana?
  • Jawapannya cuma perkara yang berlaku pada satu malam.

    Pada satu malam semasa Ibrahim Adham sedang tidur dalam kamar di istananya yang dihiasi dengan emas tulin dan pertama, dia telah mendengar bunyi tapak kaki di atas bumbung istananya. Ibrahim memanggil pengawal istana dan askar-askarnya. Tapi tidak ada yang datang. Ini membuatkan Ibrahim berteriak ke arah bumbung istana, dari mana tapak kaki itu datang.
    "Siapa tu!!!!? Apa kau buat atas bumbung istana ku?" teriak Ibrahim.

    "Aku seorang sahabat. Sedang mencari untaku," kata suara dari atas bumbung istana itu.

    "Oi bodoh! Mana boleh cari unta atas bumbung istana?" jawab Ibrahim.

    "Tindakan aku adalah seganjil tindakan mu. Bagimu, aku gila kerana mahu mencari untaku yang hilang di atas bumbung istana, tapi kau sendiri mencari ketenangan kudus dalam suasana yang serba mewah," kata suara itu.

    Ibrahim Adham menyedari itu adalah satu alamat buat dirinya. Selagi dia bersolat dalam bilik yang serba mewah ini, selagi itulah dia tak akan menemui Tuhan sama seperti gerangan orang yang hendak mencari unta di atas bumbung istananya.

    Namun keesokan paginya Ibrahim menjalankan jadualnya seperti biasa sambil memikirkan kejadian yang berlaku malam sebelumnya. Tiba-tiba seorang miskin terus meluru masuk ke dalam istana dan tidak dapat dikawal oleh pengawal-pengawal istana.

    Orang miskin dengan pakaian cumpang camping itu kemudian terus meluru ke arah Ibrahim dan bertanya, "Siapa yang tinggal dalam rumah tumpangan ini?"

    Dengan marah Ibrahim menjawab,"Ini bukannya rumah tumpangan. Ini istana aku!!" Raja kalau tidak angkuh dan sombong bukan raja namanya.

    Tanpa memperdulikan penjelasan Ibrahim, simiskin itu terus bertanya lagi, "Siapa yang tinggal di rumah ini sebelum kamu?"

    "Bapaku," jawab Ibrahim.

    "Sebelum itu, dan sebelum itu dan sebelum itu lagi?" tanya simiskin itu lagi."Bapa kepada bapa ku, dan seterusnya beberapa generasi sebelum itu," jawab Ibrahim.

    "Di mana mereka sekarang," tanya lagi simiskin itu.

    "Mereka semua telah meninggal dunia," jawab Ibrahim.

    "Oh… Jadi ini bukanlah rumah tumpangan di mana orang boleh suka-suka datang dan pergi dan tinggalkan tempat ini untuk orang lain yang datang dan pergi. Kenapakah kau bersusah payah menjaga sesuatu yang tidak akan menjadi milik kau selama-lama" kata simiskin itu yang kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Khaidir dan terus menghilangkan diri.

    Mulai dari peristiwa inilah Sultan Ibrahim Adham akhirnya meninggalkan istana dan menjadi seorang tokoh sufi yang menjalani hidup sebagai penjual kayu api untuk mencari kebahagian sejati, awal dan akhir, dunia dan akhirat, bukan sekadar agama ritual tetapi spiritual yang kekal abadi.

10 wanita yang dirindukan syurga.



Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahawa Rasulullah SAW. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Oleh itu marilah wahai kaum wanita merebut peluang yang sedikit itu:

1) Wanita yang taat menjalankan agama.
2. Wanita yang berhias dengan amal soleh.
3. Wanita yang bagus dalam mendidik anak perempuan.
4. Wanita yang solat lima waktu, puasa Ramadhan, dan menjaga kehormatannya.
5. Wanita yang sabar menerima penyakit.
6. Wanita yang tidak pernah menyakiti siapapun.
7. Wanita yang selalu mencari keredhaan suami.
8. Wanita yang taat kepada suami dalam hal kebaikan.
9. Wanita yang menyayangi binatang.
10. Wanita yang amar ma'ruf nahi munkar.

Sabtu, 8 Disember 2012

Ingatlah akan kata - kata ini


Zulaika Zunaidi shared Amirah Sabran's status.
perkataan yang sering diungkapkan oleh Ummu Nidhal berbunyi, 
"Kematian adalah suatu perkara yang menyedihkan, tetapi jangan bimbang kerana bertemu dengan Allah, adalah suatu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan "

Ingatlah akan kata - kata ini, agar kita tidak terlalu bersedih dengan pemergian insan tersyang~ Ummu Nidhal, wanita Palestin yang menghantar 3 anaknya SYAHID di medan JIHAD~ Allahu Akbar!!

Khamis, 6 Disember 2012

»» TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH LENGKAP ««



Fizzla Eve Abidin
► Banyak saksi palsu..
► Kurang sifat amanah..
► Zina bermaharajalela..
► Ramainya anak luar nikah..
► Penaklukan Baitulmuqaddis..
► Bermaharajalela alat muzik..
► Banyak berlakunya gempa bumi..
► Ramai orang soleh meninggal dunia..
► Menghiasi Masjid dan membanggakannya..
► Lelaki mentaati isterinya dan mendurkai ibunya..
► Pemimpin terdiri dari orang yang fasik dan jahil..
► Salam diberi kepada orang yang dikenali sahaja..
► Orang yang hina mendapat kedudukan terhomat..
► Ramai wanita berpakaian tapi hakikatnya terlanjang..
► Muncul kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan..
► Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam penyampaian berita..


Sabda Rasulullah saw
" Sebarkan walaupun sepotong ayatku "
Tanda apa lagi yang anda tunggu ?

✔ Ramai yang MALU nak LIKE & SHARE post dakwah tapi Xmalu nak like & share post2 lawak. (T_T)

Selasa, 4 Disember 2012

dari rakan fb


  • fb: Nur Ilahi Aie
    Minggu ni banyak belajar benda baru ~

    Bukan semua orang islam baik, ada orang islam yang jahat. Dan bukan semua orang kapir jahat, ada orang kapir yang baik. Dalam neraka juga ada orang islam, tapi dalam syurga tak ada orang kapir, walaupun orang kapir itu baik, dan ini adalah fakta.

    Dalam penjara juga ada orang islam, dalam penjara juga ada orang kapir, belakang rumah kita ada orang islam puku
    l anjing, sebelah sana ada orang kapir pijak kucing, tempat lain pula ada orang islam bagi minum pada anjing, dan tempat lain ada orang kapir sedang selamatkan ikan paus, ini adalah fakta.

    Ok, Manusia ada macam -macam perangai, tak kira islam, kapir atau aetis, terimalah hakikat bahawa ada orang islam yang baik dan ada yang buruk, sama jugak orang kapir, ada yang baik, ada yang buruk.

    Oleh kerana saya sudah islam dari kecik, dan berketurunan islam. Maka fantasi kita percaya bahawa semua orang Islam adalah baik-baik belaka. Orang islam tak buat silap, orang islam tak salah. Jika ada orang islam yang salah, maka itu semua adalah konspirasi yahudi, freemasoom dan illimuniti.huhu..

    Jadi, bila kita terima berita, jangan terus percaya atau bantah, kenalah buat kajian dulu siapa yang bersalah, inilah keadilan dalam islam..:)

    Nabi Muhamamd SAW, bila Aisyah di tuduh berzina, ada baginda beremosi macam kita yang mengaku pejuang islam? Ada Nabi cakap, "ini semua konspirasi yahudi, isteri aku baik baik belaka,"ada Nabi cakap macam tu? Takde kan.. Nabi cool, Nabi diam, bertafakur kepada Allah.

    Malahan Nabi cakap; "Jika Fatimah mencuri, aku akan potong tangan dia"! Tengok,Nabi cakap jelas, jika anak sendiri buat salah dan ada bukti, tetap kena hukum..

    Tapi bila orang parti politik kita buat salah, Tak payah cakap banyak, ikutlah Sunnah bab mendengar berita dan penyebarannya, belajarlah Sunnah Nabi bab orang yang kita sayang di fitnah.., iaitu bertafakur dan siasat, cari bukti, dan jika terbukti bersalah, hukum, tak kira siapa mereka, orang islam atau orang kapir, pembangkang atau ponyokong kerajaan, jika terbukti salah- Hukum!

    Barulah dunia kita ini akan aman damai

Ahad, 25 November 2012

peringatan


Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut/mengingat mati dan membaca al-Quran.

CERITA SERAM SEMASA SERANGAN ROKET


Pekerja-pekerja Palestin di Tebing Barat telah menceritakan bagaimana mereka melihat suasana ketakutan dan gementar serta kerosakan yang besar berlaku ke atas bandar-bandar Israel(tanah jajahan). Pada waktu itu, mereka berada di tanah jajahan dan menyaksikan tentangan sengit dari roket-roket pejuang Palestin.

*Foto: Seorang perajurit wanita Israel meraung-raung selepas roket Palestin jatuh ke penempatan di tanah jajahan. Sumber lain menyebut, perajurit ini adalah dari kalangan tentera simpanan yang dikerahkan ke kawasan-kawasan bergolak.

Rejim zionis sengaja menyembunyikan kerugian dan kerosakan yang sebenar dialami mereka semasa serangan sengit meskipun roket-roket Palestin dapat tiba ke jarak 80 kilometer.

Dalam hal ini, realiti sebenar telah disembunyikan oleh Badan Pemantau Tentera zionis serta media-media massa Israel turut dikenakan cengkaman yang ketat, namun sebahagian fakta sebenar tetap tersebar melalui jaringan sosial, youtube, dan sebahagian siaran televisyen satelit.

Seorang peniaga Palestin, Abu Rabie' yang biasa memborong barangan dari seorang pemborong dari tanah jajahan di bandar Tel-Aviv (تل الربيع) menceritakan semasa tentangan sengit, beliau menghubungi pemborong berkenaan untuk menempah barang-barang perniagaan. Bagaimana pun, dibalas, "aku sekarang dalam tempat perlindunganlah."

Tanya Abu Rabie' dengan nada terkejut, "awat hang buat apa kat situ(apa yang kamu buat di tempat perlindungan), teruk sangat ka wei(sampai begitu terukkan keadaan kamu semua)?"

Lalu dijawab, "perkara ini bukan main-mainlah, roket-roket telah merobek tingkat-tingkat bangunan," kata pembekal barangan dari kalangan warga zionis.


Sumber:
24/11/2012, web berita Safa

Jumaat, 23 November 2012

Memperingati hari 'asyura (10 muharam).


1.Hari kematian saidina husain radhiallahuan.
2.Hari Kelepasan Nabi Musa dan kaumnya dari bala tentera firaun.
Juga dalam hadis maudu' ada menyebut bahawa hari asyura
1.Hari nabi Adam bertaubat kepada Allah selepas dikeluar dari syurga.

2.Hari keluarnya nabi Yusof dari penjara.
3.Hari Allah mengangkat keduidukan nabi Idris lebih tinggi.
4.Hari Allah mengeluarkan nabi Nuh dari perut ikan paus.


wallahualam..

Khamis, 22 November 2012

Sunnah Puasa! ~9 dan 10 Muharam


Esok 9 Muharam, Lusa 10 Muharam. Sunnah Puasa! Jom amal SUNNAH.

Rasulullah s.a.w bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah – Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”[Sahih Muslim]

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura (10 Muharam) ? Baginda menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.” [Sahih Muslim]

Sunat Puasa 9 dan 10 Muharam untuk membezakan diri dengan orang bukan Islam

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى.

“Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Kristian.” Lantas Baginda mengatakan,

فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ – إِنْ شَاءَ اللَّهُ – صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ

“Apabila tiba tahun depan –insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas mengatakan,

فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّىَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-.

“Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”
[Sahih Muslim]

suke suki... dari fb


  • :::..BINCANG..:::

    Beranikah dr Morsi menghentikan hubungan diplomatik dan dagangan dengan Israel? Sedangkan Morsi sendiri tahu, sekatan ekonomi adalah senjata yg paling ampuh melawan Israel...k.b.t

    # Tak dinafikan keberanian Pemimpin arab itu menyatakan secara terbuka menentang Israel tapi cara terbaik untuk melumpuhkan israel ialah melalui memutuskan oil pipeline dr Eygpt ke Israel.

    aku:
    aku AHLI PMRAM... untuk jwpn ni, selagi perkara itu x bercanggah dgn syarak xde masalah untuk kite kongsi bersama..wallahua'lam.
     
  • Siti Sabariah Hashim Jawapan :
    Sebelum menjawab lanjut, saya ingin memaklumkan tentang beberapa tindakan Presiden Mesir terhadap isu ini:

    (1) Beliau telah membuat panggilan talifon kepada pemimpin-pemimpin dunia. Dia menyatakan pendirian mesir yang "Tidak dapat menerima pencerobohan Israil terhadap bumi GAZA". Antara yang dihubunginya adalah :
    - Presiden Amarika Barack Obama
    - Presiden Perancis Francois Hollande
    - Presiden Rusia
    - Presiden Argentina
    - Presiden Turki
    - Presiden Sudan Omar Basyir
    - Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma
    - Perdana Menteri Britain
    - Perdana Menteri Itali
    - Perdana Menteri Turki Racep Tayyib Erdogan
    - Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdul Aziz
    - Pemimpin Kuwait Syeikh Sabah Al-Ahmad
    - dan lain-lain

    (2) Beliau telah menghantar Perdana Menteri Mesir Dr. Hisyam Qindil bagi mewakili Mesir untuk menyatakan sokongan, dokongan, serta menyalurkan bantuan kecemasan.

    (3) Beliau telah mengarahkan pintu Rafah dibuka seluas-luasnya bagi menerima pesakit atau orang yang tercedera dari Gaza masuk ke Mesir.

    - Kembali kepada jawapan: Dr. Muhammad Mursi bukanlah seorang pemimpin yang bodoh. Beliau merupakan Presiden PERTAMA yang dilantik secara rasmi oleh rakyat, manakala presiden2 sebelum ini dilantik melalui penggulingan kuasa dan kekejaman.

    Pandangan saya, beliau tidak menghantar secara drastik tentera ke israil tanpa sebarang persediaan. Jika beliau hantar, kemungkinan beliau akan dimusuhi oleh seluruh dunia. Justeru itulah beliau mewujudkan hubungan dunia dahulu melalui panggilan-panggilannya. Supaya dunia faham akan tindakannya sekarang, nanti, dan akan datang.

    Hakikatnya, Dr. Muhammad Mursi bukanlah seorang yang gemar duduk di kerusi-kerusi empuk, melihat wayang-wayag taalivison, kemudian tertidur pula dalam persidangan. Beliau adalah pemimpin yang 'Take Action' atas isu dan masalah.

    Persoalannya: Beliau telah melakukan apa yang beliau rasakan ia sesuai ketika ini, namun apa yang kita telah lakukan??
    Yang akan ditanya pada kita di akhirat nanti bukanlah tindakan Dr. Muhammad Mursi, tetapi kita akan ditanya tentang apakah tindakan kita?

    Allah Taala berkata :

    (Maksudnya)
    "Bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan."
    [Al-Baqarah: 134]

    page : https://www.facebook.com/DrMuhammadMursy
    via : Syihabudin Ahmad
    IKRAM Mesir 2012 (copy and paste)
    Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke ...See More
    Page: 6,064 like this