Sabtu, 8 Jun 2013

takyah baca!! ;P

nak kongsi cerita..tentang cemburu kot...^^'

kawan aku ada teman lelaki (hubungan tidak syari'e ;D) dan dia jugak ada sorang adik angkat perempuan.. nak dijadikan cerita, adik angkat dia adalah adik angkat teman lelaki dia jugak...

aku tahu, dia bukanlah seorang yang kuat cemburu.. tapi, ada benda yang dia kurang senang dengan adik angkat dan kawan lelaki dia yang membuatkan dia tak suka dan ade sedikit rasa cemburu!~mugkin...

entah la.. dari penceritaan dia, adik angkat dia akan menalifon "abg"nya bila setiap kali tiba musim peperiksaan dan setelah habis musim peperiksaan.. bila ditanya, dia cakap nak kongsi kegembiraan setelah tamatnya exam... tapi, yang peliknye adik angkat dia takde pulak terlintas untuk menalipon dia apabila situasi itu berlaku... bila aku kenangkan balik... betul jugak ape yang sahabat aku cakap... kalau aku pun cemburu jika perempuan lain call teman lelaki kita untuk berkongsi segalanya... dan lagi2 aku kurag selesa, adik angkat sahabat aku tu panggil kat teman lelaki sahabat aku dengan panggilan "abang" je...so sweet.. ;p

satu lagi yang aku tak boleh nak terima... satu hari, teman sahabat aku ingin bercuti di satu tempat yang agak jauh.. dan dari penceritaan orang2 yang boleh dipercayai, teman lelakinya ada call seseorang dan bercakap seperti berbisik untuk mengucapkan selamat tinggal... bila ditanya kepada sahabat aku, adakah dia dapat panggilan berkenaan?? ternyata tidak sama sekali... apakah??
huhu inilah sebuah kehidupan yang patut ditempuhi oleh pasangan kekasih "bercinta tidak syari'e"... kesian aku pada sahabatku itu.. tapi, aku tidak mampu melakukan apa2 kerana aku juga manusia biasa.. hanya kata2 semangat dan nasihat sahaja yang dapatku berikan...

 aku tak tahu aku akan diuji dengan ujian yang bagaimana.. aku cuma dapat berdoa supaya Allah sentiasa tenangkan aku dan bimbing aku ke jalan yang diredhiNYA.. insyaAllah..
sorry, tetiba rasa nak berkongsi cerita... doakan yang terbaik buat sahabatku itu insyaAllah... moga dia dipertemukan dengan insan yang lebih baik.. aku sangat sayang padanya.. doakan untuk aku jugak tau!! ~hehe poyo je aku nih.. :P
wallahualam.. iema_rar13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan