Sabtu, 8 Jun 2013

pakwaku

pakwaku dua dari kiri bersama kawan2nya
semasa aku tidur tadi, aku bermimpi bertemu pakwaku (paklong) yang telah meninggal tahun lepas... dia mencium pipiku penuh kerinduan dan air mataku tiba2 mengalir tanpa mampu disekat... terlalu rindu aku padanya.. moga Allah menempatkan beliau bersama orang2 yang dirahmati Allah insyaAllah...

dulu, pakwaku adalah "abah"ku setelah abahku meninggal dunia tika umurku baru menjangkau setahun sepuluh bulan (1 tahun 10 bulan)... dia selalu pulang ke kampung untuk melawat ibunya (atukku) seterusnya membelaiku dengan penuh kasih sayang.. untuk pengetahuan, aku membesar dirumah tok dan tokwanku besama ibuku dikampung selepas bapaku pergi buat selamanya...

walaupun dia punya anak yang ramai iaitu 13 orang, tapi dia tidak pernah lupa akan tanggungjawabnya sebagai anak dan pakcik kepada seorang anak yatim sepertiku... dia terlalu baik... dan dia tidak pernah merungut.... aku rindukan dia.. :'(

waktu keputusan pepeiksaan PMRku diumumkan, dia orang yang pertama menalifonku dan bertanya khabar keputusanku.. masa tu keputusanku tidak memuaskan hati mereka yang aku sayang.. lalu dia memberikan kata2 semangat kepadaku... dia menasihatiku dengan penuh hemah begitu juga ketika aku menerima keputusan STAM... dia diantara orang pertama yang menalifonku selepas mak, chu dan paklang aku... dia memberi semangat kepadaku supaya aku mengisi borang untuk melayakkan aku ke mesir.. aku terkasima, mampukah aku meninggalkan ibu sendirian??? tapi, mereka semua mahukan aku ke mesir.. jadi, aku akur dengan kehendak mereka walaupun aku rasa aku tak mampu....

setiap kali musim raya dan musim peperiksaan, aku msg mereka ygku sayang... mereka membalas msg aku dengan kata2 semangat termasuk pakwaku... kali terkahir, sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir... dia menegurku di facebook.. mungkin dia teramat rindukan aku, mungkin juga dia merasakan ajalnya telahpun hampir tiba.. aku sempat berchatting dengannya dan dia sempat berpesan kepadaku supaya aku belajar rajin2 dan mengatakan bahawa semoga tahun ini adalah tahun terkahir aku disini.. tapi, wallahualam.. aku tak pasti apakah aku dapat merealisasikan impiannya untuk melihat aku memegang segulung ijazah tahun ini.. semoga diperkenankan ya Allah..

aku akan pulang ke malaysia sebelum keputusan peperiksaan keluar, aku ingin melawat kuburnya dan kubur atokku.. semoga dimudahkan... aku hanya mampu bertawakal kepada Allah.. aku tak sanggup lagi menyusahkan ibuku.. aku bertekad untuk balik dan terus mencari kerja.. kahwin??? entah.. berserah kepada Allah.. kalau boleh, aku inginkan seorang yang memahami perjuanganku... ada je beberapa orang yang "meminta", tapi hati aku tak boleh "menerima" mereka atas sebab2 tertentu.. ~mungkin belum tiba masanya lagi.. maafkan aku!!

wallahualam... iema_rar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan