Jawapannya cuma perkara yang berlaku pada satu malam.
Pada satu malam semasa Ibrahim Adham sedang tidur dalam kamar di
istananya yang dihiasi dengan emas tulin dan pertama, dia telah
mendengar bunyi tapak kaki di atas bumbung istananya. Ibrahim memanggil
pengawal istana dan askar-askarnya. Tapi tidak ada yang datang. Ini
membuatkan Ibrahim berteriak ke arah bumbung istana, dari mana tapak
kaki itu datang.
"Siapa tu!!!!? Apa kau buat atas bumbung istana ku?" teriak Ibrahim.
"Aku seorang sahabat. Sedang mencari untaku," kata suara dari atas bumbung istana itu.
"Oi bodoh! Mana boleh cari unta atas bumbung istana?" jawab Ibrahim.
"Tindakan aku adalah seganjil tindakan mu. Bagimu, aku gila kerana mahu
mencari untaku yang hilang di atas bumbung istana, tapi kau sendiri
mencari ketenangan kudus dalam suasana yang serba mewah," kata suara
itu.
Ibrahim Adham menyedari itu adalah satu alamat buat
dirinya. Selagi dia bersolat dalam bilik yang serba mewah ini, selagi
itulah dia tak akan menemui Tuhan sama seperti gerangan orang yang
hendak mencari unta di atas bumbung istananya.
Namun keesokan
paginya Ibrahim menjalankan jadualnya seperti biasa sambil memikirkan
kejadian yang berlaku malam sebelumnya. Tiba-tiba seorang miskin terus
meluru masuk ke dalam istana dan tidak dapat dikawal oleh
pengawal-pengawal istana.
Orang miskin dengan pakaian cumpang
camping itu kemudian terus meluru ke arah Ibrahim dan bertanya, "Siapa
yang tinggal dalam rumah tumpangan ini?"
Dengan marah Ibrahim
menjawab,"Ini bukannya rumah tumpangan. Ini istana aku!!" Raja kalau
tidak angkuh dan sombong bukan raja namanya.
Tanpa memperdulikan penjelasan Ibrahim, simiskin itu terus bertanya lagi, "Siapa yang tinggal di rumah ini sebelum kamu?"
"Bapaku," jawab Ibrahim.
"Sebelum itu, dan sebelum itu dan sebelum itu lagi?" tanya simiskin itu
lagi."Bapa kepada bapa ku, dan seterusnya beberapa generasi sebelum
itu," jawab Ibrahim.
"Di mana mereka sekarang," tanya lagi simiskin itu.
"Mereka semua telah meninggal dunia," jawab Ibrahim.
"Oh… Jadi ini bukanlah rumah tumpangan di mana orang boleh suka-suka
datang dan pergi dan tinggalkan tempat ini untuk orang lain yang datang
dan pergi. Kenapakah kau bersusah payah menjaga sesuatu yang tidak akan
menjadi milik kau selama-lama" kata simiskin itu yang kemudian
memperkenalkan dirinya sebagai Khaidir dan terus menghilangkan diri.
Mulai dari peristiwa inilah Sultan Ibrahim Adham akhirnya meninggalkan
istana dan menjadi seorang tokoh sufi yang menjalani hidup sebagai
penjual kayu api untuk mencari kebahagian sejati, awal dan akhir, dunia
dan akhirat, bukan sekadar agama ritual tetapi spiritual yang kekal
abadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan