Minggu ni banyak belajar benda baru ~
Bukan semua orang islam baik, ada orang islam yang jahat. Dan bukan
semua orang kapir jahat, ada orang kapir yang baik. Dalam neraka juga
ada orang islam, tapi dalam syurga tak ada orang kapir, walaupun orang
kapir itu baik, dan ini adalah fakta.
Dalam penjara juga ada orang islam, dalam penjara juga ada orang kapir, belakang rumah kita ada orang islam puku
l
anjing, sebelah sana ada orang kapir pijak kucing, tempat lain pula ada
orang islam bagi minum pada anjing, dan tempat lain ada orang kapir
sedang selamatkan ikan paus, ini adalah fakta.
Ok, Manusia ada
macam -macam perangai, tak kira islam, kapir atau aetis, terimalah
hakikat bahawa ada orang islam yang baik dan ada yang buruk, sama jugak
orang kapir, ada yang baik, ada yang buruk.
Oleh kerana saya
sudah islam dari kecik, dan berketurunan islam. Maka fantasi kita
percaya bahawa semua orang Islam adalah baik-baik belaka. Orang islam
tak buat silap, orang islam tak salah. Jika ada orang islam yang salah,
maka itu semua adalah konspirasi yahudi, freemasoom dan
illimuniti.huhu..
Jadi, bila kita terima berita, jangan terus
percaya atau bantah, kenalah buat kajian dulu siapa yang bersalah,
inilah keadilan dalam islam..:)
Nabi Muhamamd SAW, bila Aisyah
di tuduh berzina, ada baginda beremosi macam kita yang mengaku pejuang
islam? Ada Nabi cakap, "ini semua konspirasi yahudi, isteri aku baik
baik belaka,"ada Nabi cakap macam tu? Takde kan.. Nabi cool, Nabi diam,
bertafakur kepada Allah.
Malahan Nabi cakap; "Jika Fatimah
mencuri, aku akan potong tangan dia"! Tengok,Nabi cakap jelas, jika anak
sendiri buat salah dan ada bukti, tetap kena hukum..
Tapi bila
orang parti politik kita buat salah, Tak payah cakap banyak, ikutlah
Sunnah bab mendengar berita dan penyebarannya, belajarlah Sunnah Nabi
bab orang yang kita sayang di fitnah.., iaitu bertafakur dan siasat,
cari bukti, dan jika terbukti bersalah, hukum, tak kira siapa mereka,
orang islam atau orang kapir, pembangkang atau ponyokong kerajaan, jika
terbukti salah- Hukum!
Barulah dunia kita ini akan aman damai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan