Rasulullah s.a.w keluar dari rumah baginda menuju ke rumah Abu Bakar al-Siddiq pada malam 28 haribulan Safar, tahun ke empat belas selepas menjadi rasul. Dari situ, baginda bersama Abu Bakar ke Gua Thur. Mereka berdua berada dalam gua tersebut selama tiga malam. Pada hari pertama bulan Rabiul Awwal baginda dan Abu Bakar keluar dari Gua Thur lalu memulakan hijrah ke Yathrib (Madinah). Mereka dipandu oleh Abdullah bin ‘Uraiqit. Pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, Nabi s.a.w sampai ke Quba. Baginda berada di Quba selama empat hari dan mengasaskan Masjid Quba. Pada 12 Rabiul Awwal, selepas solat Jumaat, barulah baginda memasuki Yathrib yang kemudian dinamakan Madinah.
-al-Rahiq al-Makhtum karangan al-Syeikh al-Mubarakfuri.
Tahun baru bukan syarat untuk memperbaharui azam..sebaliknya berazamlah untuk melakukan yang terbaik setiap hari♥
Tertarik dgn kalam Assyahid Imam Hassan Al Banna~
Aktivis yang sebenar tidak akan mampu hidup tanpa dakwah, dan dakwah juga tidak mampu untuk hidup tanpa pendokongnya, para pendokongnya juga tidak mampu hidup tanpa jihad dan jihad juga tidak mampu hidup tanpa pengorbanan. Jadi berkorban adalah wajib dan ditegah utk berehat tanpa berjihad..{Risalah Taalim : 285}..slm ukhuwah sekencang dakwah!
by:sahabat fb :)