Sabtu, 24 Julai 2010
cerita hati
bismillahirrahmanirrahimm.
sedikit luahan hati yang terluka....
terimakasih sahabat....atas apa yang telah engkau lakukan padaku selama ini.aku percaya pada dirimu..tidak sedikitpun ada rasa keraguan dihati ini.tapi....engkau jua yang menghapuskan segala kepercayaanku padamu.maafkan aku wahai sahabat.
andai jodoh kita masih kuat......insyaAllah..bertemu jua kita suatu hari nanti...maafkan aku kerana diriku tidak sehebat mereka......tidak juga secantik mereka...tidak juga sesempurna mereka..tapi aku amat bersyukur atas apa yang ada pada diriku..alhamdulillah.....
semoga engkau berjaya dunia dan akhirat....jua semoga dirimu berbahagia selamanya....insyaAllah.terima kasih sahabat.i love u selamanya....(^_^).
Kata Sayyidina ALI BIN ABI TALIB R.A
” Sesungguhnya amalan yang paling susah dilakukan adalah 4 perkara:
1-Memberi kemaafan ketika sedang marah.
2-Bersifat dermawan ketika susah.
3-Meninggalkan perkara haram ketika sendirian.
4-Mengatakan kebenaran kepada orang yang ditakuti..
baik dan lemah jodoh kita
Khamis, 1 Julai 2010
seloka h.iman 09/10
bismillahirrahmanirrahim...
salam manis,salam sejahtera,
halawatul iman segar terasa,
sedikit seloka untuk semua,
tidak manis,tanpa pembuka..
dari Pahang ke kota Kaherah,
menetap bersama suami tercinta,
sifat keibuan kak yong amat terserlah,
Nurfaezah Nazri itulah namanya..
anak kedua kak long panggilannya,
Mastura Subri cantik berseri,
pulau mutiara asal kelahirannya,
lughah arabiah pilihan dihati..
anak tunggal penyeri family,
suka berlawak pemendam dihati,
kakcik Rashima musyrifah kami,
negeri Perak tersemat disanubari..
sifatnya peramah amat terbilang,
negeri Terengganu negeri idaman,
ateh Zakiah orangnya periang,
timbalan musyrifah diberi taklifan..
laksa penang makanan kegemaran,
berasal dari negeri pulau tioman,
angah Husnina nama timangan,
suka mengaji tika kelapangan..
anak ketiga gelarannya alang,
sekali bercakap power bunyinya,
Faten Thaahirah suka menghilang,
orang selangor menjadi pilihannya..
serambi mekah kampung halaman,
Nik Fadhilah banyak ragam,
suka berceloteh tiada hentian,
hilangnya acu suasana kelam..
orangnya pendiam suka ketawa,
dek cik Nasihah bendahari keuwangan,
senyumannya manis anak kedua,
jelapang padi dalam ingatan..
tujuh negeri lapan bersaudara,
satu bumbung satu kepala,
sorang menghilang semua terasa,
ukhuwah fillah insyaAllah terjaga....
mohon maaf andai terasa,
tidak terniat untuk mengata,
sama rasa sama menjaga,
jika ditegur,jgn mudah kecewa..
**seringkali kita terfikir bagaimana mulianya hati nabi kita, tetap senyum bila di benci..tetap tenang bila di musuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi. kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yang di lalukan tak menjadi, mudah kecewa bila orang lain tak memahami, mudah terguris bila dilukai..ayuh kita tarbiah diri,agar yang terindah menghiasi peribadi..kerana qudwah kita adalah nabi..itulah sifat hamba Allah yang hakiki
Langgan:
Catatan (Atom)