Selasa, 7 Mei 2013

PAS UMNO Bersatu?


Kalau bersatu bermakna akan wujud satu parti. So, kalau macam tu cuba kita tanya kepada pemimpin2 UMNO....

1. Adakah mereka sanggup meletakkan jawatan masing2 dan juga menerima risiko dan harus bersedia bahawa mereka tidak akan dilantik lagi dalam parti baru, seterusnya mungkin kehilangan jawatan sebagai menteri atau presiden parti kerana sudah tentulah dalam parti baru yang ditubuhkan, pemimpin yang akan dipilih ialah orang baik ilmu agamanya, baik akhlaknya, baik pengetahuan akademiknya bukan seperti percaturan politik sekarang yang hanya berdasarkan wang ringgit.

2. Adakah mereka sanggup hidup sederhana sebagaimana rakyat marhain, sebab bila kita kata kita adalah pemimpin parti islam, sudah tentu tidak bagus jika mempunyai kereta mercedez 5 biji, banglo ibarat istana dan hartanya berbondong2. Pemimpin islam hidupnya sederhana bukan kaya raya sebagaimana sekarang.

3. Adakah mereka sanggup menggadaikan kepentingan melayu semata2 untuk kepentingan islam?

Sekiranya ketiga-tiga persoalan ini dapat dilaksana, insyaAllah agenda pernyatuan UMNO dan PAS akan menjadi kenyataan.

Teringat ceramah TG NIK AZIZ berkenaan dengan pemimpin yang ikhlas. So, aku ringkaskan apa yang beliau sampaikan.... (dipetik dari rakan FB) ~moga bermanfaat..

Sabtu, 6 April 2013

perkara yang perlu di titikberatkan oleh penuntut ilmu

dari rakan fb:
 
 saya ingin kongsikan sedikit tentang kalam Sheikh Usamah.. Biasanya sebelum beliau mula mensyarahkan hadis-hadis di dalam Sunan At-Tirmizi, beliau sering memberi nasihat dan menceritakan tentang kisah-kisah ulama terdahulu..
 
Kata beliau: "Kita sebagai penuntut ilmu, lagi-lagi sebagai seorang mahasiswa Al-Azhar pelu menitik beratkan 3 perkara ini iaitu:
Ilmu. Dakwah. Ibadah.

Seorang penuntut ilmu itu harus mementingkan dan mengambil berat terhadap 3 perkara ini jika benar-benar ingin menjadi seorang ulama. Ini kerana ulama-ulama dari salafussoleh hingga sekarang tidak seorang pun yang meninggalkan dan mengabaikan 3 perkara ini.."

MasyaAllah! Benar! Hakikatnya, seorang penuntut ilmu itu bukan hanya terkunci dengan belajar semata-mata, ianya perlu selari dengan dakwah dan ibadah.. Ilmu kita tuntut, dakwah kita giatkan, ibadah pun kita perbanyakkan..

Kemudian Sheikh Usamah sebut lagi tentang hebatnya guru beliau Sheikh Ali Jum'ah(Mantan Mufti Mesir) sewaktu sheikh berguru dengan beliau satu ketika dahulu..

"Sheikh Ali Jum'ah bukan seorang yang faqih dan mengusai bidang fatwa sahaja, bahkan beliau apabila berbicara tentang hadis, seolah-olah beliau paling pakar dalam ilmu hadis, apabila berbicara tentang tafsir, lughah, aqidah, mantik, beliau bagai seorang yang pakar dalam bidang-bidang tersebut. Bahkan apabila beliau ditanya berkenaan tentang ilmu ekonomi, politik, kimia, fizik, sejarah, muzik, beliau seperti seorang yang ahli dalam bidang-bidang tersebut"
 
Menurut sheikh, sebab itu pentingnya untuk kita berusaha dan belajar bersungguh-sungguh menguasai segala cabang ilmu dan sebenarnya kita tiada masa untuk bermain-main, enjoy dan bermalas-malas..banyak lagi ilmu yang perlu kita kuasai..

Sabtu, 2 Mac 2013

pandangan aku tentang arab mesir

perkongsian dari status fb aku...
 
tadi dengar budak2 arab main bola depan rumah...
yang aku taajub dengan depa ni... kalimah tasbih dan memuji Allah sentiasa dibibir... sesekali mereka menyebut subhallah.. sesekali mereka menyebut alhamdulillah... bagus depa... kanak2 yang bermain tu mungkin dalam lingkungan budak darjah 3-6.. terlalu muda... bila azan hampir berkumandang, mereka berhenti bermain.. Allahu Akbar!!
aku tersenyum sendirian.. :)


lagi satu benda nak kongsi!! hehe
yang ni memang aku betul2 respec... tak kira tua muda... depa tak jemu untuk mendengar alunan alquran... subhanallah!! yang aku perhatikan... memang depa ni.. duduk la kat mana pun.. mesti dengar quran.. dalam texi, tut tut, kedai dan sebagainya.... kadang2 kedai yang juai air kat tepi jalan tu pun pasang quran..
ada jugak yang dengar lagu.. tapi aku perasan depa ni bila azan berkumandang, terus je tutup lagu... ya Allah.. betapa mereka menghormati azan... kite?? ada setengah orang mesia, bila dengar azan tu lagi kuat kot pasaag lagu... huhu xde rase hormat!! pikir2kanlah.. wallahualam..n_n'


nak kongsi lagi...
kat mesir ni, kalau masuk kebanyakan texi tak bagi salam.. mesti kena tanya.. "kamu ni muslim ke tak??" kalau kite jawab muslim... dia cakap, "kenapa mase masuk texi aku tadi kamu tak bagi salam?" huhu kena sebijik... memang adat mereka memberi salam walau dimana jua berada... ~ikut sunnah~
Allahu Akbar!!
 
 


+an... masjid kat mesir ni.. buatlah beso mane sekalipun, dimana juapun.. tetap hidup dikala tiba waktu solat.. masa solat jumaat lagi la... sampai ketengah jalan depa solat... kebanyakan jalan disebelah masjid ditutup kerana tempat didalam masjid dah penuh... terpaksa solat diatas jalan.. subhanallah... :)

wallahualam.. by: iema_rar^^  

Rabu, 27 Februari 2013

conteng2 :)

bismillah...
hehe ape khabar sahabat2 semua.. harap sihat insyaAllah..
hmmm sebelum pegi kuliah, aku nak kongsi sesuatu... maksudnya nak kongsi dari sudut pandangan aku dengan sahabat2 tentang perhubungan..
bagi aku....
kita tak semestinya akan berkahwin dengan orang yang kita sayang dan menyayangi kita... tapi tak mustahil perkara itu terjadi dan selalunya akan terjadi kerana ALLAH sayang kita..DIA tahu isi hati kita... betul tak??? (^_^).
okey...
selalunya kita atau seseorang tu akan diUJI bilamana perkataan "ya" keluar dari mulut seseorang ketika dia ditanya mahu atau tidak dalam sesuatu perhubungan.... ataupun bilamana dia telah menerima pinangan seseorang dan sebaliknya...
kebanyakan orang yang aku kenal, dan mungkin berlaku pada diri sendiri... bila dah terima seseorang.. mase tulah ujian melanda... ade yang kekasih lama datang balik.. ade yang cemburunya membuak2.. (padahal sebelum ni tak pun...) ade yang terjumpa kononya sipolan tu lebih baik, lebih cantek.. tapi ala kulli hal.. semua tu adalah UJIAN dan DUGAAN buat kita... kita sedia maklum bahawasanya SYAITAN laknatullah akan sentiasa menyesatkan manusia dan akan sentiasa ingin menggoncang iman kita... betul tak??
bila perkaa ini terjadi... kembalilah kepadaNYA yang maha mengetahui dan maha bijaksana dalam menyelesaikan masalah kita.. selesaikanlah perkara yang melanda sebaiknya..
teguhkanlah iman kita... jangan cepat melatah dan jangan sesekali lupakan siDIA... setiap ujian itu ada hikmahnya bilamana kita redho dengan ape yang kita hadapi..
hembusan rindu dari sang KEKASIH amat2 halus dan berhikmah... jadi... sentiasa mengadu nasib pada yang sudi mendengar....
jika kita diijabkabulkan dengan orang yang kita sayang, orang yang kita cintai, orang yang kita kasihi.. maka berSYUKURlah.. itu adalah anugerah yang tak terhingga buat kita... hadiah paling besar untuk kita.. jadi.. hargailah ia..
jika kita diijabkabulkan dengan orang yang kita tak kenal atau orang yang kita tak berapa suka.. anggaplah ianya satu anugerah juga buat kita kerana DIA ingin melatih kita untuk menyintai dan menghargai...
jadi.... sentiasa bersyukur dan sentiasalah MENGHARGAI seseorang dengan hati yang lapang..
wallahualam... salam ukhuwah fillah...
by me: iema_rar ^^'

Sabtu, 23 Februari 2013

hatiku berbicara

Alhamdulillah.. Allah masih memberi kita nikmat hidup dalam iman dan islam..

~semalam aku ke satu tempat di mesir yang dinamakan bandar baru dumyat bersama sahabat2 BUATAN GEMBIRA yang sama2 denganku dalam pengajian dibumi anbiak ini untuk mencari kerang sambil bersukan dan membuat BBQ... alhamdulillah terasa sangat2 bahagia bila disana.. tapi, tahap kesihatanku membuatkan pergerakanku sedikit terbatas untuk bersama mereka.. apa2pun aku bersyukur dengan segala apa yang aku miliki..

~bila berkeseorang ditepi pantai nan indah... aku terfikir sendiri.. adakah setiap kali aku memperoleh kenikmatan, aku akan cepat2 memanjat syukur padaNYA yang Maha Pemurah...? adakah aku sentiasa berselawat keatas Rasulullah...? adakah setiap kali ditimpa musibah, aku akan merasa redho atau adakah aku merasakan mahawa DIA tidak sayangkan aku.. padahal itulah hembusan rinduNYA pada hambaNYA.. adakah bila DIA menghadiahkan seseorang yang amat menyayangiku, aku membalas kasih sayangnya itu dengan sebaiknya?? segalanya kembali kepada diri ini... ya Allah.. besarnya nikmatMU... dalamnya kasih sayangMU... aku??? entah... apakah aku telah menjadi seorang hamba yang betul2 hamba.. atau sekadar hamba dimulut sahaja...
budak poyo dan seroyeh
ya.. aku tahu, tugasku sebagai hamba adalah besar dimuka bumi ini... perjuanganku bukanlah untuk diri sendiri... bahkan untukMU dan agamaMU ya Allah... aku adalah HAMBA... sepatutnya aku melakarkan didalam hatiku "HIDUP MATiKU HANYA untukMU".. bukan "HIDUP MATIku untuk DIRI SENDIRI yang tak punya apa2"...
INSYIRAH :)
~Astaghfirullah... ampunilah segala dosa2ku ya Allah.... Moga kita semua sentiasa dalam maghfirahNYA insyaAllah..
senyum selalu.. dariku~iema_rar^^
wallahualam..

Khamis, 14 Februari 2013

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG SEDANG MENANGIS


KENAPA KITA DILARANG MEMUKUL ANAK KECIL SEDANG MENANGIS ===========================================... Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
'' Janganlah kamu pukul anak-anak kamu di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.'' ( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. )

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
'' Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruknya.'' ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)

P/S : Anak adalah anugerah Allah. Didiklah mereka sebaik-baiknya. Asuhlah mereka dengan kasih sayang bukannya kekerasan dan tengkingan. Janganlah tangisan mereka itu merupakan tangisan terakhir yang mampu kita dengar kesan dari perbuatan kejam kita terhadap mereka.
sumber:FB