dari rakan fb:
saya
ingin kongsikan sedikit tentang kalam Sheikh Usamah.. Biasanya sebelum
beliau mula mensyarahkan hadis-hadis di dalam Sunan At-Tirmizi, beliau
sering memberi nasihat dan menceritakan tentang kisah-kisah ulama
terdahulu..
Kata beliau: "Kita sebagai penuntut ilmu, lagi-lagi
sebagai seorang mahasiswa Al-Azhar pelu menitik beratkan 3 perkara ini
iaitu:
Ilmu. Dakwah. Ibadah.
Seorang penuntut ilmu itu harus mementingkan dan mengambil berat terhadap 3 perkara ini jika benar-benar ingin menjadi seorang ulama. Ini kerana ulama-ulama dari salafussoleh hingga sekarang tidak seorang pun yang meninggalkan dan mengabaikan 3 perkara ini.."
MasyaAllah! Benar! Hakikatnya, seorang penuntut ilmu itu bukan hanya terkunci dengan belajar semata-mata, ianya perlu selari dengan dakwah dan ibadah.. Ilmu kita tuntut, dakwah kita giatkan, ibadah pun kita perbanyakkan..
Kemudian Sheikh Usamah sebut lagi tentang hebatnya guru beliau Sheikh Ali Jum'ah(Mantan Mufti Mesir) sewaktu sheikh berguru dengan beliau satu ketika dahulu..
"Sheikh Ali Jum'ah bukan seorang yang faqih dan mengusai bidang fatwa sahaja, bahkan beliau apabila berbicara tentang hadis, seolah-olah beliau paling pakar dalam ilmu hadis, apabila berbicara tentang tafsir, lughah, aqidah, mantik, beliau bagai seorang yang pakar dalam bidang-bidang tersebut. Bahkan apabila beliau ditanya berkenaan tentang ilmu ekonomi, politik, kimia, fizik, sejarah, muzik, beliau seperti seorang yang ahli dalam bidang-bidang tersebut"

Menurut sheikh, sebab itu pentingnya untuk kita berusaha dan belajar
bersungguh-sungguh menguasai segala cabang ilmu dan sebenarnya kita
tiada masa untuk bermain-main, enjoy dan bermalas-malas..banyak lagi
ilmu yang perlu kita kuasai..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan