Selasa, 7 Mei 2013

PAS UMNO Bersatu?


Kalau bersatu bermakna akan wujud satu parti. So, kalau macam tu cuba kita tanya kepada pemimpin2 UMNO....

1. Adakah mereka sanggup meletakkan jawatan masing2 dan juga menerima risiko dan harus bersedia bahawa mereka tidak akan dilantik lagi dalam parti baru, seterusnya mungkin kehilangan jawatan sebagai menteri atau presiden parti kerana sudah tentulah dalam parti baru yang ditubuhkan, pemimpin yang akan dipilih ialah orang baik ilmu agamanya, baik akhlaknya, baik pengetahuan akademiknya bukan seperti percaturan politik sekarang yang hanya berdasarkan wang ringgit.

2. Adakah mereka sanggup hidup sederhana sebagaimana rakyat marhain, sebab bila kita kata kita adalah pemimpin parti islam, sudah tentu tidak bagus jika mempunyai kereta mercedez 5 biji, banglo ibarat istana dan hartanya berbondong2. Pemimpin islam hidupnya sederhana bukan kaya raya sebagaimana sekarang.

3. Adakah mereka sanggup menggadaikan kepentingan melayu semata2 untuk kepentingan islam?

Sekiranya ketiga-tiga persoalan ini dapat dilaksana, insyaAllah agenda pernyatuan UMNO dan PAS akan menjadi kenyataan.

Teringat ceramah TG NIK AZIZ berkenaan dengan pemimpin yang ikhlas. So, aku ringkaskan apa yang beliau sampaikan.... (dipetik dari rakan FB) ~moga bermanfaat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan