Isnin, 7 Januari 2013

isu syria...



Berita Syria.

Jaringan Hak Asasi Manusia Syria telah mencatatkan bahawa pada hari Sabtu seramai 69 orang rakyat Syria menjadi korban serangan tentera rejim Asad. Sebahagian besar mangsa di pinggir Damshik yang berlaku semula pertempuran. Turut menjadi sasaran meriam Asad, daerah Duma, Dariya, dan An-Nashabiyah.

*Foto: arkib

Jaringan tersebut menjelaskan di kalangan mangsa kezaliman rejim Asad yang terkorban di pinggir Damshik dan Dar'aa, 4 orang darinya adalah wanita. Pengeboman di bandar Ar-Rastan di Homs juga mengakibatkan sebilangan rakyat Syria terkorban.

Berhubung kejadian di Idlib, tentera rejim Asad membunuh 6 orang dari satu keluarga setelahmana menculik mereka dari kampung قميناس di sekatan jalan Al-Qarmid yang berada di bawah kawalan rejim Asad. Demikian penjelasan aktivis revolusi Syria, selepas tiga hari mereka diculik barulah tentera Asad membunuh mereka.

Jelas lagi, pertempuran antara briged tentera bebas Syria dengan tentera rejim Asad meletus lagi di daerah Hajirah Al-Balad, pinggir ibukota Syria.

Selain itu, tentera Asad mengebom perumahan-perumahan di bandar lama di Halab. Pada waktu yang sama, aktivis revolusi menyebut, tentera bebas Syria telah menyerang pengkalan tentera udara Syria 'كويرس' di pinggir Halab.

Dari sudut lain, sumber turki memaklumkan kepada penyampai berita AL-JAZEERAH, seorang juruterbang rejim Asad telah berpaling tadah, lalu mendaratkan pesawat tempur jenis MiG 23 di pengkalan tentera udara Turki 'Adana'.

Seperti yang dijelaskan, pesawat tempur F-16 Turki mengiringi pesawat MiG terbabit sebaik sahaja memasuki ruang udara Turki.

Sumber:
(berita ringkas)
06/01/2013, web berita Al-Jazeerah

Ahad, 6 Januari 2013

isu semasa..laluan Sonamu


dari fb...
"Di dalam peta dapat kita melihat laluan Sonamu betul betul tepat ke arah Marang dan Dungun, kemudiannya di jangka melencong ke selatan."

Gambarajah dari pusat penyelidikan cuaca menunjukkan kedudukan Sonamu yang sudah semakin dekat dengan Terengganu. Pada waktu ia mula-mula kelihatan, Sonamu dijangkakan akan bergerak terus menuju ke pantai timur Malaysia, tetapi keesokkanya kedudukan tersebut dijangka berubah ke Thailand.

Mulai semalam pusat ramalan cuaca meramalkan Sonamu akan turun ke selatan laut China Selatan apabila ia sudah hampir dengan Malaysia. Walaupun Sonamu dijangka tidak akan menjejaki tanah air kita, Sonamu tetap akan membawa hujan lebat kerana sekarang ini ia bergerak dalam kelajuan 60-100km/h .

Jabatan Metereologi Malaysia menjangkakan hujan lebat peringkat kuning akan bermula esok bermula dari pukul 7.10 ptg sehingga ke hari rabu. Tropical Storm Sonamu telah menyebabkan satu kematian dan 500 kehilangan tempat duduk di Filipina.

Marilah kita membuat sembahyang hajat memohon di elakkan bala bencana daripada berlaku .

GT


http://dungun.net/2013/01/tropical-storm-sonamu-sudah-makin-dekat-dengan-terengganu/

Sabtu, 5 Januari 2013

sebab rukhsah safar


sebab2 rukhsah(diberi keringanan) ada 7-->
1,safar (musafir).
2,maridh(sakit).
3,ikrah.
4,lupa.
5,jahil.
6,susah.
7,kekurangan..

bahagian safar ada dua...
1,safar tawil.
2,safar qasir..

safar tawil pulak ada dua pendapat...
1) selama dua hari atau sehari semalam
2) 3 hari....
dan safar tawil ni 1,boleh dipendekkan solat yang empat rakaat,
2,boleh bebuka di bulan ramadhan dan 3,boleh sapu air atas khafain ni selama 3 hari

ok safar yang ke dua pulak... iaitu safar pendek... safar pendek ini semata2 keluar dari bilad (tempat tinggal)..
diberi keringanan, antaranya:-->
1, boleh tinggalkan solat jumaat, jemaah, dua hari raya dan harus solat sunat diatas binatang tunggangan.
2, boleh tayamum
3, boleh nak pilih antara isteri2nya nak bawak yang mana satu sekiranya dia kawen lebih dari seorang.. :)

QAWAID FIQH tahun 4 syariah mansurah...
by: iema_rar (",)v

fikir sejenak-->rakan fb


status: Nurain Yaacob
  • Cuit sikit,dah tergedik-gedik...Ngurat sikit, dah sangkut....Ajak couple sikit, terus setuju...kalaw putus cinta,meleleh2...Ada masalah sikit, doa nak mati..Kena marah dengan mak@ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia...Exam failed, kata tak nak hidup lagi... Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu...

    Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW??

    # fikir sejenak dan muhasabah bersama #

ayat pilihan-->surah AnNur:35



Allah SWT berfirman:

ٱللهُ نُورُ السَّماواتِ وَ الْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكاةٍ فيها مِصْباحٌ الْمِصْباحُ في زُجاجَةٍ الزُّجاجَةُ كَأَنَّها كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ
وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكادُ زَي
ْتُها يُضيءُ وَلَوْلَمْ تَمْسَسْهُ نارٌ نُورٌ عَلى نُورٍ يَهْدِي اللهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشاءُ وَ يَضْرِبُ اللهُ الْأَمْثالَ لِلنَّاسِ وَ اللهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَليمٌ

Maksudnya:
“ Allah adalah cahaya seluruh langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah tempat pelita yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu berada dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau). Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (surah An Nur: ayat 35)

Jumaat, 4 Januari 2013

Nasihat Sayidina Ali Tentang Dunia


  • Sayidina Ali karramallahu-wajhah pernah berpidato suatu masa, katanya:

    Ketahuilah, bahawa kamu semua akan mati, dan dibangkitkan sesudah mati. Kamu akan ditanya dari hal amalan-amalan kamu dan akan dibalas terhadap kesemuanya, maka jangan sampai kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia kerana yang demikian itu diserikan dengan berbagai-bagai bala bencana yang tetap akan menarik kamu kepada kebinasaan.

    Semua yang ada pada dunia itu adalah tipudaya semata dan dia akhirnya akan hilang lenyap, bila dia berada denganmu dia adalah penuh tipu muslihat, kesenangannya tidak kekal, dan tiada seorang pun akan selamat dari kejahatannya. Sementara penghuninya dalam keadaan gembira dan sukacita tiba-tiba ditimpa bahaya dan bencana, hal-ehwalnya berubah-ubah tidak tetap, kehidupannya tercela dan kemewahan di dalamnya mempunyai cita-cita yang tak menentu maka dunia akan melemparnya dengan anak panah lalu membinasakannya. Semua orang akan mati mengikut takdir dan ketentuan, tidak lebih dan tidak kurang.

    Ketahuilah, wahai hamba-hamba Allah, bahawasanya kamu dan apa yang kamu rasakan dari dunia ini adalah sama sahaja dengan apa yang dirasakan oleh orang-orang yang terdahulu dari kamu, malah umur mereka lebih panjang dari kamu, kekuatan mereka lebih teguh dibandingkan dengan kamu, rumah mereka lebih kukuh, bekas yang ditinggalkan mereka masih kelihatan sampai sekarang, namun suara-suara mereka tidak kedengaran lagi sesudah laungannya bergema begitu lama, tubuh-tubuh mereka hancur luluh, rumah-rumah mereka yang berupa pondok-pondok sudak tidak kelihatan lagi sedang bekas-bekasnya masih tinggal dan terlihat.

    Mereka kini telah berubah dari tempat tinggal yang berupa istana-istana yang terindah dengan katil-katil yang terseri dengan bantal-bantalnya yang empuk, bangunan-bangunannya yang tersusun dengan batu-bata yang kilau-kemilau, sekarang berganti kubur-kubur yang berselerak dengan tulang-belulang yang hancur-luluh sebagai tempat tinggalnya orang-orang terbuang yang sangat ditakuti untuk didekatinya, mereka tidak merasa senang lagi dengan perubahan pembangunan yang ada di sisinya, dan tidak berhubung mesra dengan jiran tetangga yang sibuk memakmurkan sekitarannya dengan bangunan dan perubahan di antara teman dengan teman padahal mereka hanya sejengkal sahaja dari tempatnya.

    Bagaimana dapat mereka berhubung mesra lagi? Padahal tubuh badan mereka telah dimakan masa, tulang belulang mereka berselerak merata-rata, mereka dahulu hidup gagah sekarang bangkai tidak bernyawa, hidup mereka dahulu mewah sekarang hampa belaka, orang yang rapat menjauhkan diri setelah mereka tinggal di bawah tanah sendiri, mereka tidak akan kembali lagi, jauh panggang dari api.

    "Bahkan itulah satu perintah yang telah ditetapkan Tuhan Perkasa, dan di belakang mereka Barzakh, mereka kekal di situ hingga hari mereka dibangkitkan." (Al-Mu'minun: 100)

    Mudah-mudahan Allah menggolongkan kami dan kamu dalam kumpulan orang-orang yang beramal dengan isi kitabNya serta menurut jejak langkah para Auliya'Nya sehingga Dia menempatkan kami dan kamu sekalian di dalam syurga yang kekal abadi dengan kurniaNya, sesungguhnya Dia Maha Terpuji Maha Mulia.

    Berkata Sayidina Ali karramallahu-wajhah dalam pidatonya:

    Aku berpesan kepada kamu supaya banyak bertaqwa kepada Allah dengan membelakangi dunia yang akan meninggalkan kamu meskipun kamu tidak mudah untuk meninggalkannya. Dunia akan menghancur-luluhkan tubuh kamu sedang kamu terus ingin memperbaharuinya. Hanyasanya perumpamaan kamu dengan dunia itu adalah ibarat sekumpulan manusia yang dalam pelayaran, mereka telah melalui satu jalan dan mereka menyangka telah melewatinya, mereka bergantung kepada satu pengetahuan yang mereka ingat telah sampai kepadanya. Betapa ramai orang yang berlari yang sampai ke kemuncaknya, dan betapa ramai orang yang mengharap panjang pada dunia tiba-tiba terpaksa berpisah dengannya. Oleh itu jangan sekali-kali kamu merungut kerana keburukan dunia dan kesusahannya, dan jangan sekali-kali kamu merasa sukaria kerana harta-benda dunia dan kenikmatannya, semua itu akan hilang lenyap daripadamu. Aku rasa hairan melihat orang yang mengejar dunia sedang maut mengikutinya dari belakang. Dia sentiasa lalai yang dirinya akan mati, tidak pernah ingat yang mati itu akan menimpanya.

    Isi surat dari Sayidina Ali kpd Salman Al-Farisi:
    "Dunia itu adalah seumpama ular, lembut sentuhannya, tetapi bisanya mematikan, maka berpalinglah anda dengan menjauhkan diri dari semua sesuatu yang menimbulkan kekaguman anda padanya (dunia) kerana (akan menjadi) sedikit sesuatu yang menyertai anda dari (bahaya) dunia itu."

    Kalimat Saiyidina Ali ini merupakan peringatan kpd Salman Farisi pada khususnya dan ummat Islam pada umumnya ttg hakikat pangkat keduniaan. Bukan tidak boleh kita menduduki pangkat keduniaan itu, tetapi beliau memperingatkan supaya pada kita ada ketahanan mental atau ketahanan bathin, sehingga kita dapat mengendalikan pangkat keduniaan itu demi utk keselamatan kita di dunia dan akhirat. Apabila ketahanan mental atau bathin kita tidak ada dalam diri kita, maka kita akan terpengaruh dari kekaguman kita terhadap dunia yang sedang kita pegang.

    Oleh sbb itu maka keimanan kpd Allah subhanahu wa ta`ala yang kuat dan mantap adalah sangat diperlukan, sehingga kesusahan dunia dengan segala kepahitannya dapat diatasi, kerana pangkat dunia yang sedang kita hadapi ini adalah berjalan atas niat yang baik, yakni mencari keredhannya dalam erti yang luas.

    Read more:
    http://cahayamukmin.blogspot.com/2011/08/nasihat-sayidina-ali-tentang-dunia.html#ixzz2H1K31ALM

Selasa, 1 Januari 2013

just numbers.

kopipes dari FB..

If you celebrate the new year, why don't you celebrate the new month? If you celebrate the new month, why don't you celebrate the new day? If you celebrate the new day, why don't you celebrate the new hour? The minutes? The seconds?

Well, you see... There is nothing special with the new year if there's nothing special with every new seconds that will be passing.
Let's just put it that you celebrate it because others celebrate.
So if others were to go to Hellfire, will you wanna walk together with them?

Don't humiliate yourself by letting others pull you by the nose.
Worse is that he/she is someone of different faith.
You are a human being of equal mental faculty.
The difference that we have is because of our faith.

How can we say we are the followers of Muhammad (sallallahu 'alayhi wassalam) when we do things that he didn't initiate? Or we don't do things that he had initiated? Especially in matters of Religion? Do we know how to get closer to Allah by other means other than his (sallallahu 'alayhi wassalam)?

And everything starts from small.
And Allah prefers deeds which are small and consistent.
:)

2012 - you are nothing more than just numbers.