Isnin, 7 Januari 2013

isu syria...



Berita Syria.

Jaringan Hak Asasi Manusia Syria telah mencatatkan bahawa pada hari Sabtu seramai 69 orang rakyat Syria menjadi korban serangan tentera rejim Asad. Sebahagian besar mangsa di pinggir Damshik yang berlaku semula pertempuran. Turut menjadi sasaran meriam Asad, daerah Duma, Dariya, dan An-Nashabiyah.

*Foto: arkib

Jaringan tersebut menjelaskan di kalangan mangsa kezaliman rejim Asad yang terkorban di pinggir Damshik dan Dar'aa, 4 orang darinya adalah wanita. Pengeboman di bandar Ar-Rastan di Homs juga mengakibatkan sebilangan rakyat Syria terkorban.

Berhubung kejadian di Idlib, tentera rejim Asad membunuh 6 orang dari satu keluarga setelahmana menculik mereka dari kampung قميناس di sekatan jalan Al-Qarmid yang berada di bawah kawalan rejim Asad. Demikian penjelasan aktivis revolusi Syria, selepas tiga hari mereka diculik barulah tentera Asad membunuh mereka.

Jelas lagi, pertempuran antara briged tentera bebas Syria dengan tentera rejim Asad meletus lagi di daerah Hajirah Al-Balad, pinggir ibukota Syria.

Selain itu, tentera Asad mengebom perumahan-perumahan di bandar lama di Halab. Pada waktu yang sama, aktivis revolusi menyebut, tentera bebas Syria telah menyerang pengkalan tentera udara Syria 'كويرس' di pinggir Halab.

Dari sudut lain, sumber turki memaklumkan kepada penyampai berita AL-JAZEERAH, seorang juruterbang rejim Asad telah berpaling tadah, lalu mendaratkan pesawat tempur jenis MiG 23 di pengkalan tentera udara Turki 'Adana'.

Seperti yang dijelaskan, pesawat tempur F-16 Turki mengiringi pesawat MiG terbabit sebaik sahaja memasuki ruang udara Turki.

Sumber:
(berita ringkas)
06/01/2013, web berita Al-Jazeerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan