Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)
~ Malam Gerhana, Siang Membara ~
Teruskan doa kepada saudara kita di tanah Palestin khususnya di Semenanjung Gaza agar ditambahkan lagi kekuatan, ketabahan, dan kesabaran menghadapi sebuah masyarakat yang ganas, di samping, negaranya juga bersistemkan polisi yang ganas. Namun, ia bukannya bermakna mereka terus kuat dan takkan kalah. Kita telah dengar tentang .. 'tentera lari masuk tandas', 'maut

terjun balkoni
kerana takut roket', 'tentera mereka meraung kerana takut roket',
'bagaikan tikus mereka bersesak di tempat perlindungan', dan lain-lagi
cerita. Ianya belum ditambah dengan serangan darat yang pasti akan
terperangkap dalam jerangkap maut dan sebenarnya ini adalah harapan
besar untuk membebaskan tahanan-tahanan Palestin yang meringkuk dalam
penjara-penjara penjajah.
Dengan izin Allah .. peperangan yang ditempuh dengan masyarakat yang ganas ini pasti akan beroleh dua kemenangan, sama ada menang di medan tempur atau beroleh syahid.
Wahai pemuda-pemudi,
Hanya insan yang dianugerahkan ketabahan sahaja mampu menghadapi dugaan sebesar ini. Tidak lain dan tidak bukan, ianya bersandarkan kepada keimanan yang wujud dalam diri rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Jika pejuang Palestin, lebih-lebih lagilah perkara ini diutamakan. Satu fenomena yang hebat di Semenanjung Gaza, kita akan mendapati masjid-masjidnya dipenuhi jemaah solat hatta waktu Subuh, kanak-kanak kecil di usia awal tahun pertama lagi telah diajar 'memenuhi' masjid dan kelas pembelajaran Al-Quran juga tidak pernah lekang dari masjid-masjid.
Semoga apa yang Allah anugerahkan kepada kita dengan merasai tersentuh terhadap apa yang berlaku kepada saudara kita di Semenanjung Gaza dapat memupuk kesedaran yang kuat betapa kita umat Islam meskipun terpisah antara laut dan jalan, namun kita semua tetap bersama. Permasalahan mereka juga permasalahan kita.
الله اكبر ولله الحمد
حسبنا الله و نعم الوكيل
فاءن تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو عليه توكلت
وهو رب العرش العظيم
اللهم انصر اخواننا المجاهدين و المستضعفين
اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك
::Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love' (MAP)::

Tiada ulasan:
Catat Ulasan