Ahad, 25 November 2012

peringatan


Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w bersabda, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut/mengingat mati dan membaca al-Quran.

CERITA SERAM SEMASA SERANGAN ROKET


Pekerja-pekerja Palestin di Tebing Barat telah menceritakan bagaimana mereka melihat suasana ketakutan dan gementar serta kerosakan yang besar berlaku ke atas bandar-bandar Israel(tanah jajahan). Pada waktu itu, mereka berada di tanah jajahan dan menyaksikan tentangan sengit dari roket-roket pejuang Palestin.

*Foto: Seorang perajurit wanita Israel meraung-raung selepas roket Palestin jatuh ke penempatan di tanah jajahan. Sumber lain menyebut, perajurit ini adalah dari kalangan tentera simpanan yang dikerahkan ke kawasan-kawasan bergolak.

Rejim zionis sengaja menyembunyikan kerugian dan kerosakan yang sebenar dialami mereka semasa serangan sengit meskipun roket-roket Palestin dapat tiba ke jarak 80 kilometer.

Dalam hal ini, realiti sebenar telah disembunyikan oleh Badan Pemantau Tentera zionis serta media-media massa Israel turut dikenakan cengkaman yang ketat, namun sebahagian fakta sebenar tetap tersebar melalui jaringan sosial, youtube, dan sebahagian siaran televisyen satelit.

Seorang peniaga Palestin, Abu Rabie' yang biasa memborong barangan dari seorang pemborong dari tanah jajahan di bandar Tel-Aviv (تل الربيع) menceritakan semasa tentangan sengit, beliau menghubungi pemborong berkenaan untuk menempah barang-barang perniagaan. Bagaimana pun, dibalas, "aku sekarang dalam tempat perlindunganlah."

Tanya Abu Rabie' dengan nada terkejut, "awat hang buat apa kat situ(apa yang kamu buat di tempat perlindungan), teruk sangat ka wei(sampai begitu terukkan keadaan kamu semua)?"

Lalu dijawab, "perkara ini bukan main-mainlah, roket-roket telah merobek tingkat-tingkat bangunan," kata pembekal barangan dari kalangan warga zionis.


Sumber:
24/11/2012, web berita Safa

Jumaat, 23 November 2012

Memperingati hari 'asyura (10 muharam).


1.Hari kematian saidina husain radhiallahuan.
2.Hari Kelepasan Nabi Musa dan kaumnya dari bala tentera firaun.
Juga dalam hadis maudu' ada menyebut bahawa hari asyura
1.Hari nabi Adam bertaubat kepada Allah selepas dikeluar dari syurga.

2.Hari keluarnya nabi Yusof dari penjara.
3.Hari Allah mengangkat keduidukan nabi Idris lebih tinggi.
4.Hari Allah mengeluarkan nabi Nuh dari perut ikan paus.


wallahualam..

Khamis, 22 November 2012

Sunnah Puasa! ~9 dan 10 Muharam


Esok 9 Muharam, Lusa 10 Muharam. Sunnah Puasa! Jom amal SUNNAH.

Rasulullah s.a.w bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ

“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah – Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”[Sahih Muslim]

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَقَالَ « يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa ’Asyura (10 Muharam) ? Baginda menjawab, ”Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu.” [Sahih Muslim]

Sunat Puasa 9 dan 10 Muharam untuk membezakan diri dengan orang bukan Islam

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى.

“Wahai Rasulullah, hari ini adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Kristian.” Lantas Baginda mengatakan,

فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ – إِنْ شَاءَ اللَّهُ – صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ

“Apabila tiba tahun depan –insya Allah (jika Allah menghendaki)- kita akan berpuasa pula pada hari kesembilan.” Ibnu Abbas mengatakan,

فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّىَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-.

“Belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam sudah meninggal dunia.”
[Sahih Muslim]

suke suki... dari fb


  • :::..BINCANG..:::

    Beranikah dr Morsi menghentikan hubungan diplomatik dan dagangan dengan Israel? Sedangkan Morsi sendiri tahu, sekatan ekonomi adalah senjata yg paling ampuh melawan Israel...k.b.t

    # Tak dinafikan keberanian Pemimpin arab itu menyatakan secara terbuka menentang Israel tapi cara terbaik untuk melumpuhkan israel ialah melalui memutuskan oil pipeline dr Eygpt ke Israel.

    aku:
    aku AHLI PMRAM... untuk jwpn ni, selagi perkara itu x bercanggah dgn syarak xde masalah untuk kite kongsi bersama..wallahua'lam.
     
  • Siti Sabariah Hashim Jawapan :
    Sebelum menjawab lanjut, saya ingin memaklumkan tentang beberapa tindakan Presiden Mesir terhadap isu ini:

    (1) Beliau telah membuat panggilan talifon kepada pemimpin-pemimpin dunia. Dia menyatakan pendirian mesir yang "Tidak dapat menerima pencerobohan Israil terhadap bumi GAZA". Antara yang dihubunginya adalah :
    - Presiden Amarika Barack Obama
    - Presiden Perancis Francois Hollande
    - Presiden Rusia
    - Presiden Argentina
    - Presiden Turki
    - Presiden Sudan Omar Basyir
    - Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma
    - Perdana Menteri Britain
    - Perdana Menteri Itali
    - Perdana Menteri Turki Racep Tayyib Erdogan
    - Raja Arab Saudi Raja Abdullah bin Abdul Aziz
    - Pemimpin Kuwait Syeikh Sabah Al-Ahmad
    - dan lain-lain

    (2) Beliau telah menghantar Perdana Menteri Mesir Dr. Hisyam Qindil bagi mewakili Mesir untuk menyatakan sokongan, dokongan, serta menyalurkan bantuan kecemasan.

    (3) Beliau telah mengarahkan pintu Rafah dibuka seluas-luasnya bagi menerima pesakit atau orang yang tercedera dari Gaza masuk ke Mesir.

    - Kembali kepada jawapan: Dr. Muhammad Mursi bukanlah seorang pemimpin yang bodoh. Beliau merupakan Presiden PERTAMA yang dilantik secara rasmi oleh rakyat, manakala presiden2 sebelum ini dilantik melalui penggulingan kuasa dan kekejaman.

    Pandangan saya, beliau tidak menghantar secara drastik tentera ke israil tanpa sebarang persediaan. Jika beliau hantar, kemungkinan beliau akan dimusuhi oleh seluruh dunia. Justeru itulah beliau mewujudkan hubungan dunia dahulu melalui panggilan-panggilannya. Supaya dunia faham akan tindakannya sekarang, nanti, dan akan datang.

    Hakikatnya, Dr. Muhammad Mursi bukanlah seorang yang gemar duduk di kerusi-kerusi empuk, melihat wayang-wayag taalivison, kemudian tertidur pula dalam persidangan. Beliau adalah pemimpin yang 'Take Action' atas isu dan masalah.

    Persoalannya: Beliau telah melakukan apa yang beliau rasakan ia sesuai ketika ini, namun apa yang kita telah lakukan??
    Yang akan ditanya pada kita di akhirat nanti bukanlah tindakan Dr. Muhammad Mursi, tetapi kita akan ditanya tentang apakah tindakan kita?

    Allah Taala berkata :

    (Maksudnya)
    "Bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan."
    [Al-Baqarah: 134]

    page : https://www.facebook.com/DrMuhammadMursy
    via : Syihabudin Ahmad
    IKRAM Mesir 2012 (copy and paste)
    Dr. Mursi tidak hanya berkhidmat sebagai ahli akademik, malahan turut terjun ke ...See More
    Page: 6,064 like this
  • Teruskan doa kepada saudara kita di tanah Palestin

    Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)
    ~ Malam Gerhana, Siang Membara ~

    Teruskan doa kepada saudara kita di tanah Palestin khususnya di Semenanjung Gaza agar ditambahkan lagi kekuatan, ketabahan, dan kesabaran menghadapi sebuah masyarakat yang ganas, di samping, negaranya juga bersistemkan polisi yang ganas. Namun, ia bukannya bermakna mereka terus kuat dan takkan kalah. Kita telah dengar tentang .. 'tentera lari masuk tandas', 'maut

    terjun balkoni kerana takut roket', 'tentera mereka meraung kerana takut roket', 'bagaikan tikus mereka bersesak di tempat perlindungan', dan lain-lagi cerita. Ianya belum ditambah dengan serangan darat yang pasti akan terperangkap dalam jerangkap maut dan sebenarnya ini adalah harapan besar untuk membebaskan tahanan-tahanan Palestin yang meringkuk dalam penjara-penjara penjajah.

    Dengan izin Allah .. peperangan yang ditempuh dengan masyarakat yang ganas ini pasti akan beroleh dua kemenangan, sama ada menang di medan tempur atau beroleh syahid.

    Wahai pemuda-pemudi,

    Hanya insan yang dianugerahkan ketabahan sahaja mampu menghadapi dugaan sebesar ini. Tidak lain dan tidak bukan, ianya bersandarkan kepada keimanan yang wujud dalam diri rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Jika pejuang Palestin, lebih-lebih lagilah perkara ini diutamakan. Satu fenomena yang hebat di Semenanjung Gaza, kita akan mendapati masjid-masjidnya dipenuhi jemaah solat hatta waktu Subuh, kanak-kanak kecil di usia awal tahun pertama lagi telah diajar 'memenuhi' masjid dan kelas pembelajaran Al-Quran juga tidak pernah lekang dari masjid-masjid.

    Semoga apa yang Allah anugerahkan kepada kita dengan merasai tersentuh terhadap apa yang berlaku kepada saudara kita di Semenanjung Gaza dapat memupuk kesedaran yang kuat betapa kita umat Islam meskipun terpisah antara laut dan jalan, namun kita semua tetap bersama. Permasalahan mereka juga permasalahan kita.

    الله اكبر ولله الحمد
    حسبنا الله و نعم الوكيل
    فاءن تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو عليه توكلت
    وهو رب العرش العظيم
    اللهم انصر اخواننا المجاهدين و المستضعفين
    اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك

    ::Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love' (MAP)::

    Rabu, 21 November 2012

    AGENDA GENCATAN YANG DIPERSETUJUI ANTARA PEJUANG PALESTIN - REJIM ZIONIS


    Mesir telah mengedarkan kepada para wartawan berhubung nas agenda gencatan yang telah dicapai antara Gerakan Perjuangan Islam (HAMAS) dengan rejim zionis pada malam ini dan pihak tengahnya adalah Mesir:

    - Rejim zionis menghentikan kesemua bentuk serangan di Semenanjung Gaza sama ada darat atau udara.

    - Pejuang-Pejuang Pale
    stin menghentikan tentangan dari Semenanjung Gaza terhadap rejim zionis, termasuk serangan roket dan operasi serangan melalui garisan sempadan.
    - Membuka perlintasan(terminal/sempadan) serta memudahkan laluan keluar masuk individu dan barang-barang dagangan serta tidak mengikat pergerakan penduduk. Demikian itu, perkara ini terlaksana selepas 24 jam.

    *Perkara-perkara lain akan dilihat semula apabila diminta.

    Perlaksanaan:

    - Mesir telah mendapat jaminan dari kesemua pihak untuk memberi komitmen kepada persetujuan ini.

    - Kesemua pihak tidak akan melakukan apa-apa tindakan yang boleh terkeluar dari persefahaman ini. Sekiranya ada sebarang pemerhatian sila rujuk kepada Mesir yang dianggap sebagai pihak tengah kepada persefahaman ini.

    Sumber:
    21/11/2012, web berita Irarab

    فاءن تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو عليه توكلت
    وهو رب العرش العظيم
    اللهم انصر اخواننا المجاهدين و المستضعفين
    اللهم ثبت قلوبهم على دينك وطاعتك

    ::Mini-Pavilion, 'From Palestine With Love' (MAP)::

    asbabul nuzul 49:6

    benda baru belajar... tafsir ayat ahkam...
    asbabul nuzul 49:6

    http://rudialislah.blogspot.com/2012/05/tabayyun-sebelum-memutuskan-surat-al.html

    Selasa, 20 November 2012

    Briged Izzuddin al-Qassam


    Jika Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al- Qassam; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

    Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopor
    i penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.

    Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam.

    Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar.

    Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

    "Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

    Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

    SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH

    [1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
    [2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
    [3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
    [4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
    [5] Berdisiplin dan mentaati amir.
    [6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.


    Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.

    Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

    Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.

    Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

    Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!

    Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka....Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!
     

    Selasa, 13 November 2012

    janji Allah itu pasti

    bismillahi masyaAllah...

    assalamualakum sahabat2 yang disayangi...semoga kalian semua sihat dan sentiasa berada dibawah lembayung rahmat ILAHI insyaAllah..

    ~bukan aku ingin selalu mengaduh kesakitan, bukan juga untuk meluah perasaan..tapi, sakit yangku rasa ini bagaikan sembilu bisa yang menusuk..tidak tertahan rasanya untuk aku menaggungnya seorang diri...
    sejak dua bulan lalu, aku mengalami sakit pinggang yang berpanjangan...pada awalnya aku merasakan ianya adalah sakit yang biasa aku alamai setiap kali "cuti" dan aku sengaja tidak 'melayanninya'.tapi, lama kelamaan aku baru perasan yang ianya berlarutan...

    sekarang... aku merasa perit di bahagian bawah pinggangku sebelah kiri.. terlalu perit dan pedih... tiada siapa yang tahu kecuali mereka yang rapat denganku dan yang membaca entriku ini... apakah ajalku semakin dekat? atau.....?? ya!mungkin ini adalah kifarah dosa buatku yang terlalu banyak melakukan dosa..astaghfirullahala'zim..
    aku takut untuk membuat pemeriksaan di hospital memandangkan aku berada jauh dari keluarga.. faktor duit jugak adalah salah satu penghalang mengapa aku tidak ke hospital.

    hanya doa dan menahan kesakitan sahaja yang dapat aku lakukan tika ini... dan aku jugak ingin mohon doa dari sahabat2 seperjuangan supaya aku tabah dalam menghadapi ujian ini dan tiada apa2 yang sirius berlaku.. jika ajalku telah tiba, itu sudah tentu PASTI.kerana "KEMATIAN ITU PASTI".

    sahabat,
    semoga kalian thabat dalam perjuangan,
    jalankan dakwah islamian untuk Allah dan rasulNYA,
    janganlah sesekali kalian terabai dan mengabaikan orang lain,
    kita adalah khalifah Allah, "setiap dari kamu adalah ketua", jalankan AMANAH Allah sebaiknya..insyaAllah selamat dunia akhirat.
    "berbahagialah kepada mereka yang menjadi 'ASING' di akhir zaman".

    wallahualam.

    Isnin, 12 November 2012

    Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.



    • Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter. Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orabg pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak.

      Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara. "hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa me
      nahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.

      Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara. Mana kamu tahu. Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.

      Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab. Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.

      Jadi setiap kita buatlah kerja masing masing. Jangan dengki pada orang lain. Sebab kita hanya tengol dari luaran sahaja. Sedangkan realitinya tidak seindah yang kita lihat. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain.

    Khamis, 8 November 2012

    lelaki & perempuan

    Ibnu Abbas pernah berkata :

    “Kedudukan syaitan dalam diri orang lelaki itu ada tiga tempat iaitu, pada pandangannya, pada hatinya dan pada ingatannya. Manakala kedudukan syaitan dalam diri wanita juga ada tiga iaitu pada lirikan matanya, pada hatinya dan pada kelemahannya.”


    wallahualam..

    Pramugari Angkuh vs Ulama


    Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.

    Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk.

    Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.
    Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

    Pramugari: (dengan suara tinggi dan dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu! Sebab ia akan mengotorkan tangki.

    Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

    Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

    Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

    Sekadar renungan bersama di hari Jumaat yang penuh berkat ini. Walaupun agak kasar tetapi ambil sedikit pengajaran darinya.