Selasa, 28 Jun 2011

cara solat sunat istisqa' (minta hujan)

salah satu tajuk berkaitan matapelajaran yang akan aku duduki;solat istisqak..

Solat ini biasa dilakukan bertujuan untuk memohon kepada Allah Taala supaya menurunkan hujan. Ini disebabkan kerana waktu kemarau yang panjang.

Antara perkara yang perlu dilakukan oleh para jemaah untuk solat ini ialah :

Puasa tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.

1. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Di samping itu binatang-binatang ternakan juga perlu dibawa bersama. Maka pada hari tersebut semua penduduk disuruh supaya memperbanyakkan membaca istighfar.
2. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara keras. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.
3. Sesudah itu, khatib harus membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.

4. Sunnah memperbanyak membaca do’a minta hujan di dalam khutbah yang kedua, yang diucapkan oleh khatib (pengkhutbah) terkadang dengan jahir (suara keras) dan terkadang dengan sir (suara perlahan) menzahirkan harapan dari alunan suara. Adapun jika do’a itu diucapkan dengan jahir maka ma’mum mengucapkan “amin” dengan jahir pula, dan jika diucapkan dengan sir maka ma’mum berdo’a sendiri dengan sir.

i)Sunnah pada akhir khutbah yang kedua ;

1) khatib menghadap qiblat (membelakangi makmum)
2) Bagi khatib dan sekalian makmum membalikkan selendangnya (sorbannya) dengan menjadikan yang sebelah atas menjadi kebawah dan yang sebelah kanan menjadi kekiri.
3) kemudian berpaling lagi oleh khotib membelakangi kiblat pada akhir khutbah yang kedua itu.

NIATNYA

أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA SOLAT ISTISTIQA’

الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِين . الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيْدُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ . أَنْتَ الْغَنِّيُ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ ، أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ عَلَيْنَا قُوَّةً وَبَلاًغًا إِلَى حِيْنَ .

Maksudnya : “Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.

DOA2 LAIN

اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا

Maksudnya : “Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami”

‏اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا‏ مُغِيثًا ‏ ‏مَرِيئًا ‏ ‏مَرِيعًا ‏ ‏نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ

Maksudnya : “Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat”

‏اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ

Maksudnya : “Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati"

sumber..

http://ekhutbah.wordpress.com/2010/03/10/cara-solat-sunat-istisqa-minta-hujan/

Selasa, 21 Jun 2011

hari lahirku...

bismillah...
kalam bicara penuh makna..
entahlah akupun tak tahu ape perasaanku...sedih??gembira??sayu???atau.....apakah...???
hanya ALLAH je yang tahu perasaanku tika dan waktu ini...
ya...tipu jika aku katakan yang aku tak gembira bila betapa ramainya rakan dan taulan mengucapkan selamat hari lahir buatku....tapi,tipu juga ku katakan jika aku juga gembira bila seseorang yang kita harapkan akan mengingati tarikh keramat setahun sekali ini tidak muncul..dan bertambah sedih lagi bila bayangnya pun tiada..apakah ini satu perasaan yang tak adil....???
ya ILAHI..ampunilah dosa2ku....dosa kedua ibu bapaku,dan ampunilah dosa guru2ku serta sahabat2ku yang aku sayangi..Amin....
ya ALLAH.........ku bersyukur dengan nikmat yang ENGKAU telah berikan KEpadaku selama ini..permudahkanlah segala urusanku...
ya ALLAH.....tenangkanlah hatiku,tetapkanlah hatiku dalam mengingatiMU...dan kuatkanlah ingatanku dalam menghafaz madahku ini..
tolongLAH aku dan sahabat2ku dalam dewan peperiksaan nanti ya ILAHI...
golongkanlah kami diantara golongan orang2 yang berjaya..Amin..

timekasih kepada ahli baitku yang sudi menyediakan juadah istimewa sempena hari lahirku ini....hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik kalian...ude masitah samsudin,angah puteri aziz,andak nadia che yusof dan acu nik fadhilah..kakcik sayang kalian....kakcik amat hargai usaha kalian.doakan kakcik tabah dan berjaya dalam imtihan ini serta depertemukan dengan seorang mujahid pencinta syahid insyaAllah....^__^
kullu am waantum bilkhair..
wallahualam...
21/6/2011

Selasa, 14 Jun 2011

duhai hati....

wahai hati.....
tenanglah selalu,
tiada siapa yang boleh menenangkanmu melainkan dikau sendiri...
wahai hati....
kuatlah!!tabahlah dikau!!
tiada siapa yang boleh menguatkanmu,
dalam mengharungi liku2 kehidupan ini,
tiada siapa yang menabahkanmu dalam apapun situasi..
wahai hati.....
selalulah mengingati yang MAHA ESA,
selalulah berzikir padaNYA,
selalulah berselawat kepada RASULNYA...
wahai hati...
sesungguhnya Allah lebih dekat denganmu,
Allah lebih tahu akan kegusaranmu,
dan..
Allah lah segalanya....
percayalah wahai hati.....
dengan mengingatinya..kau akan lebih tenang,
lebih kuat dan lebih bersemangat..
wallahualam....
iema_rar..^__^
post;14/6/2011

Ahad, 12 Jun 2011

tazkirah hari ini...

dipetik dari group gabungan mahasiswa luar negara:Buat ikhwah dan akhwat yg dirahmati ibadah yg amat mudah ini, yang punyai kekuatan dakwah yang besar di sisi nya, yang sering dilupakan dan tidak menjadi kebiasaan kita:

Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda,
"Barangsiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya sesama muslim kerana Allah, maka malaikat akan berseru kepadanya, 'Kamu dalam keadaan baik dan baik pula tempat tujuanmu, kamu pun akan ditempatkan di syurga.'" (HR. Muslim)

Antara method berziarah dan membuat mad'u kita bertambah dekat pada kita, sedikit pengorbanan wang, demi jalan dakwah ini, tiada lah besar nikmatnya melainkan,kelak mad'u ini thiqoh pada kita..

Rasulullah saw. bersabda,
"Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kerana hadiah itu akan menjadikan kalian saling mencintai." (HR. Malik dalam "Al-Muwatha"')
Hadith Riwayat Thabrani...
Dari Anas bin Malik r.a., dia berkata,kami bertanya," Ya Rasulullah, kami tidak akan mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencegah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran." Maka Nabi saw. bersabda,"tidak, bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya,dan cegahlah dari kemungkaran,meskipun kalian belum meninggalkan semuanya."

Sabtu, 4 Jun 2011

untukmu sahabat...


Sahabat..
masihku ingat,
kenangan sewaktu kita bersama…
bergurau senda
bergelak ketawa….

Sahabat…
tika aku kesepian,
kau datang menghiburkanku..
tika aku gembira,
kau tersenyum bangga…
tika aku disakiti dan menangis,
kau turut merasa sedih…

Sahabat..
masihku ingat,
kau ssentiasa disampingku..
kadang-kadang,
kau sanggup berjaga malam..
semata-mata ingin menemaniku…

Sahabat..
masihkah kau ingat??
kita pernah bersengketa..
tapi….
hanya didalam hati..
tiada siapapun tahu…hanya kau aku dan DIA..

Sahabat…
maafkan daku….segala kesilapanku….
aku amat menyintaimu sepenuh hatiku…

Sahabat..
kini kita bejauhan…
beribu batu…..
hanya doa penghubung antara kita.

Walahualam…

Ahad, 29 Mei 2011

bukan pandangan manusia..tp pandangan Allah yang kita mahu

Bila Jadi Jahat, Orang Benci.. Bila Jadi Baik, Orang Meluat..
Bila kita ikut suruhan agama.. ada orang kata kita belagak alim..
Bila kita langgar suruhan agama.. ada orang kata "Astaghfirullah.. apa laaa nak jadi.. nak kiamat dah kot?..."..

Bila kita ikut peraturan.. ada orang kata kita skema..
Bila kita langgar peraturan.. ada orang kata kita ni macam takde masa depan..

Bila kita tegur dengan baik.. ada orang kata kita ni bajet bagos..
Bila kita tegur dengan kasar.. ada orang kata kita ni kurang ajar..

Bila kita pakai sopan-sopan.. ada orang kata kita ni 'kampongg gilerr'..
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free..

Bila kita bagi nasihat.. ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?!..."..
Bila kita sindir-menyindir.. ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok?.."..

Bila kita tolong buat kerja.. ada orang kata "yang sebok sangat nak tolong buat keja orang lain ni watpe!?"..
Bila kita tak tolong apa-apa.. ada orang kata "apsal pemalas sangat ni? tolong pun susah ke?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :-
Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..
copy by:bidadari muslimah..<3
wallahualam

Rabu, 25 Mei 2011

apakah ini??baca dan..renungkanlah...

♥~Jangan Bangga DIRI Dengan Pakaian Cantik Harga Ribua2an..
Kerana Pakaian Terakhir Kita Cuma KAIN KAFAN...
♥~Jangan Bangga DIRI Dengan Kereta Mewah BMW MATA BELALANG KITA, Kerana Kenderaan Kita Yg Terakhir hanya KERANDA papan lapis cuma...
♥~Jangan Bangga DIRI Dengan Tempat Tidur Baldu Yang Empuk....Kerana Tempat Tidur Terakhir kita Adalah TANAH...
♥~Jangan Bangga DIRI Dgn Kulit Mulus Gebu Kita..
Kerana Semua Tu Akan Menjadi Makanan Cacing...
♥~Jangan Bangga DIRI Dengan Banglow2 Yang Mewah..
Kerana Rumah Terakhir KITA Adalah KUBUR...
♥~Jangan Terlalu Bangga DIRI Dengan Tittle ‘’DATO’’TAN SRI’’ APA SAJA..
Kerana Tittle Kita Yg Terakhir Adalah ALMARHUM/ALMARHUMAH.
♥~Biar Kita Di Pandang Hina Di Mata Manusia...Tapi Betapa Mulianya ALLAH Memandang Kita Di Sisinya... ~♥.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya), “Doa seseorang muslim kpd saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya tersebut adalah doa yg mustajab (dikabulkan). Di sisinya ada malaikat. Ketika dia berdoa kebaikan kpd saudaranya, malaikat tersebut mengatakan, “Amin, engkau akan mendapatkan yg sama dengannya.” (Hadis Riwayat Muslim, 13/271, no. 4914)
wallahualam...