Khamis, 23 Ogos 2012

peringatan

Ketika waktu senang, jangan lupa diri dan berkata sesuatu yang melukakan hati mereka yang bersama kita ketika waktu susah.

Jangan kerana ingin mengejar kawan baru dan menyedapkan hati rakan baru ketika waktu senang sehingga terlupa dan menyisihkan perasaan kawan dan rakan seperjuangan yang bersama kita ketika waktu susah kerana percaya selama ini kita di landasan yang betul.

Bagi mereka yang mengejar kawan dan rakan baharu sehingga terlajak menyinggung perasaan kawan dan rakan seperjuangan ketika waktu susah... usah salahkan mereka sekiranya mereka meninggalkan kita kerana terasa kita sudah terlupa mengapa mereka sanggup bersama kita ketika waktu susah.

Akhirnya burung di semak tidak dapat, burung di dalam tangan keterbangan.

Sesungguhnya hanya kawan dan rakan seperjuangan sebenar sahaja akan tinggal di sisi kita ketika waktu susah untuk mengharungi bersama, yang lain hanya datang ketika waktu kita senang.

Sebagai peringatan untuk diri sendiri. Senyum.

Rabu, 22 Ogos 2012

salam aidilfitri


bismillah...
selamat hari raya maaf zahir batin buat semua sahabat2 yangku sayangi... semoga kita semua tak lupa kepada yang tidak bernasib baik dibulan mulia ini... insyaAllah.. doakan saudara yg seagama dengan kita.. semoga mereka jugak dapat merasa apa yang kita rasa.




aku taknak cakap banyak..cume aku nak berkongsi rasa dengan sahabat2 sekalian.. aku tak tahu nak cakap camana.. aku tahu aku lemah.. aku tahu aku tak kuat hadapi hari2 mendatang.. tapi aku kena jugak hadapinya walau apapun yang terjadi... terus terang aku cakap, ujian persaan sangat kuat dibumi barakah ini.. aku dah cube elak untuk tidak memikirkan benda2 yang tidak membawa faedah pada diriku.. tapi kadang2 dia datang tanpa diundang.. apa aku nak buat?? sungguh hebat ujian itu... aku takut... ya, kita mengaku kita beriman, tapi kita tak tahu sejauh mana tahap keimanan kita... tanpa ujian, kita boleh lalai dan leka dengan segala kesenangan yg kita ada.. itu jugak aku taknak... aku nak hidup sebagai seorang hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat dan ujian yang diberikan..

akhir kalam, takaballahu minna waminkum....
semoga kita dapat ketemu lagi dengan ramadhan akan datang insyaAllah...
~doakan aku tabah...
by: iema_rar^_^'


519 hari kebangkitan rakyat di Syria


Berikut adalah angka terkini dalam tempoh 519 hari kebangkitan rakyat di Syria (15/3/2011 - 17/8/2012) yang mengorbankan 25 904 syuhada'.

Perinciannya adalah seperti berikut :

25 904 : Gugur syahid (2063-kanak-kanak, 2083-wanita, 924 terbunuh kerana diseksa).
65 000 : Hilang.
216 000 : Dalam tahanan.
1 Juta : Pelarian dalam negara.
200 000 : Pelarian luar negara (Turki, lubnan, Jordan, Mesir, Negara Teluk, Eropah).
3 juta : Risiko kebuluran.

Angka ini adalah bilangan yang dilaporkan dan dapat dikesan, kemungkinan bilangannya lebih besar berbanding yang dilaporkan.

Ya Allah, jadikanlah Aidilfitri pada tahun ini merupakan hari kemenangan buat umat Islam di Syria dan umat Islam keseluruhannya.

Khamis, 16 Ogos 2012

keputusanku..

bismillah...

alhamdulillah...aku dah pegi tengok keputusan tadi... Allah nak aku berada di bumi anbiak ni lagi... lebih mentarbiah diri insyaAllah
~doakan aku tabah...
mintak maaf, tak dapat nak behagiakan hati semua orang terutama ibu tersayang.. semoga Allah mengampuni dosa2ku.. Amin..
~ALHAMDULILLAH.... mak aku dapat terima keputusan aku.... syukur sangat!
aku cakap kat mak nak balik terus.. taknak datang lagi...

mak kata: "timun dan pisau dah ada kat tangan akak... ikutlah akak nak potong ke tak timun tu... kalau dah potong, biar betul2 dan bagi selesai... pikir betul2... ada hikmah disebaliknya insyaAllah.. mak ikut je keputusan akak"

~insyaAllah akanku teruskan perjuangan ini hingga ke penghujungnya... moga diberi kekuatan insyaAllah Amin..
~doakan aku... ♥
iema_rar^_^'

Selasa, 14 Ogos 2012

merapu kejap

bismillahi walhamdulillah....

apa khabar sahabat2ku sayang... semoga semuanya berada dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera...
hurmm pejam celik, pejam celik, alhamdulillah dah seminggu rupanya aku bebas dari menjawat jawatan sebagai seorang pemimpin... ya Allah, rasa begitu cepat masa berlalu sedangkan kerja2 yang aku tinggalkan masih banyak yang tak selesai.. semoga Allah ampuni dosaku.. Amin... bukan sengaja aku ingin tinggalkan kerja2ku itu.. tapi, istilah yang sebenar adalah "kita bukan pemula dan bukan pengakhir" jadi, memanglah keja yang aku tak sempat nak selesaikan sebelum ini akan diselesaikan pulak oleh mereka yang menggantikan tempatku.. betul tak..hehe

ape lagi yang aku nak kecek kat sini ye... takde idea le...:(

sebenarnya aku tak tahu nape... keje yang orang bagi kat aku lepas mat haritu pun aku tak terbuat... entahlah! aku jadi tak bersemangat pulak nak teruskan perjuangan ni... ape aku nak buat ni... tolong laa......mungkin aku serabut sebab keputusan peperiksaan aku tak keluar lagi kot... aku bukannya pikir sangat pun tentang keputusan tu sebenaqnya.. tapi aku pikir aku nak balik.. nak jumpa mak. rasa macam tak nak tahu langsung ape keputusan yang bakal keluar nanti.. boleh tak gitu... aku takuttt... antara lulus dengan tak jer.... ya Allah tenangkanlah hatiku yang sedang berserabut ini ya Allah....kejayaanku adalah milikMU... golongkanlah aku dan sahabat2ku di dalam golongan mereka yang berjaya... insyaAllah Amin.
haaa lagi satu, aku takde calon lagi la... camana? umur dah banyak.... tapi calon takde lagi.. kadang2 aku heran jugak dengan diri aku ni... kadang2 nak kawen, tapi bila pikir balik.. tak nak pulak.. bingung la pikir tentang jodoh ni.. rumit sangat! tapi takpe, soal jodoh kita dengan sape tu.. serah pada yang MAHA MENGETAHUI.. insyaAllah ada lah yang terbaik DIA nak hadiahkan pada hambaNYA.. insyaAllah.. tul tak? s.m.i.l.e ^_^.

dah la, setakat ni dulu kot celoteh aku kali ni... jumpa lain kali insyaAllah.semoga kita diberi ketenangan, kebahagiaan, kerahmatan, kemanisan iman dan kesabaran dalam mengharungi hidup sebagai seorang hamba insyaAllah..

doakan aku dan sahabatku yang lain ya.. syukran.. wallahualam.

by: iema_rar ^_^'

Khamis, 2 Ogos 2012

rahsia..


aku tak mampu lakukan semua, tapi aku cuba untuk tidak tinggalkan semua.. semoga bermanfaat walaupun sedikit yang aku terima..

MAT

Assalamualaikum sahabat2...
Mesyuarat Agong Tahunan DPMM dah dekat.. tinggal sehari je lagi... takutnyer... rasanya macam aku tak buat apa2 je untuk DPMM ni.. yaAllah.. ampuni dosa2ku.

semoga dipermudahkan segalanya insyaAllah...



[ TEASER 2 ] Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Kali ke-20

Dua Hari Sahaja Lagi.
Jumpa Di Sana!!

" Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan "
https://www.facebook.com/mydpmm