Selasa, 12 Jun 2012

aku disini..:)

bismillahi walhamdulillah...
dah lama tak update blog...semoga sahabat2 semuanya sihat insyaAllah..
hari ni, saat ini, waktu ini... aku sendirian di rumah tanpa teman... sunyi seketika... adik sebilik denganku keluar mencari ilmu akhirat bersama jiran sebelah rumah.. aku? ah! ikutkan hati nak je aku ikut mereka..tapi apakan daya, esok aku akan menduduki peperiksaan tahun akhir paper yang ke dua akhir... terasa masa begitu lambat berlalu pergi... ingin saja aku melangkah terus ke hari akhir peperiksaan... teringat aku pada ibu di kampung, cu yang banyak berjasa padaku dan juga nenek yang dah hampir separuh abat umurnya... bilakah masanya aku akan menamatkan pengajianku dirantau orang ini.. yaAllah... permudahkanlah.. najahkanlah aku dan sahabat2ku yang lain yaAllah.. sesungguhnya kami amat2 merindui keluarga di kampung...

firman Allah yang bermaksud:
apabila kamu sudah bersiap siaga, maka bertawakallah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah menyukai orang2 yang bertawakal.
benarlah Allah yang maha a'zim..

terkedu aku seketika, teringat aku semasa mula2 aku ingin ke bumi barakah ini... ya! memang ini adalah cita2ku dari kecil lagi, tapi... setelah aku mendapat keputusan STAM dulu, terasa berat pula untukku pergi jauh meninggalkan ibuku keseorangan.. tok yang telah tua..kebetulan pula, tokwan baru saja pergi menghadap ilahi tika itu.. yaAllah, terlalu banyak perkara yang perlu aku fikirkan... tapi, dengan berbekalkan semangat dan dorongan dari ibu tersayang, cu tercinta, paklong dan guru2.. aku bulatkan tekad untuk cuba merealisasikan impian ini... alhamdulillah..aku berjya menjejakkan kakiku ke bumi anbiak..syukur dengan nikmat yang Allah berikan padaku.setelah itu, aku di uji dengan ujian yang teramat berat bagiku..perlukan kekuatan zahir dan batin dalam menentukan hala tuju hidupku setelah tiga kali aku gagal dalam exam tahun satu usuluddin, aku perlu membuat keputusan yang terbaik untuk masa depanku. aku hanya ada dua pilihan, samada balik terus ke malaysia, atau tukar kos lain...

setelah beristikharah dan berbincang, aku membulatkan tekad untuk terus berada disini, teringat kata2 ibuku dulu, "AKAK JANGAN MENYESAL JIKA KAWAN2 SEMUA BERJAYA NANTI"... lantas, aku terfikir.. kejayaan bukan milikku, tapi milik Allah S.W.T... bila tekad dan azam sudah menguasai diri..maka doa dan tawakallah jalan terakhir...alhamdulillah..kini aku ditahun 4 pengajian syariah islamiah mansurah.. alhamdulillah aku telah merasai sebuah kejayaan yang dijanjikan buatku..semoga kita semua tergolong didalam golongan orang2 yang berjaya insyaAllah... semoga Allah perkenankan doaku untuk pulang kemalaysia tahun ini (2012) dengan sebuah kejayaan cemerlang nuat ibu yang tersayang..

wallahualam..
bittaufiq wannajah semua.. doakan kejayaan bersama ya..
iema_rar ^_^'

Isnin, 21 Mei 2012

rejab


BULAN REJAB BAKAL KEMBALI.. SEMOGA KITA SEMUA MEMPERBANYAKKAN AMALAN DAN MENGINGATI PERISTIWA PENTING YG TERDAPAT DI BULAN REJAB

1. Hijrah Pertama Dalam Islam

Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

2. Israk dan Mikraj

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab.

3. Peperangan Tabuk

Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubI-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat .

by: fb...:D

Ahad, 15 April 2012

aku~kamu


Allahu Akbar..
~kamu pelajar,saya juga pelajar..kamu akan menghadapi exam,saya juga begitu..akan menghadapi exam...kamu ada kawan2..ada matlamat,ada cita2...saya juga...tiada beza antara kita bukan?? tapi...saya perlu memikirkan masalah kamu,saya juga dipertanggungjawabkan untuk selesaikan masalah yg kamu hadapi...saya tidak boleh memikirkan soal peribadi diri saya sahaja,malah soal peribadi kamu
juga sy kena fikirkan...sy nak yang terbaik untuk kamu..kamu?tak perlu lakukan apa yang saya lakukan....kamu beruntung,sungguh beruntung... boleh belajar dengan tenang,boleh study dengan kawan2 bila2 masa saja...boleh buat apa yang kamu suka....tak perlu memikirkan hal orang lain....saya tidak boleh menjadi apa yang kamu jadi walaupun kita punya satu hadaf dan tujuan yang sama..~berjaya dan mengembirakan hati keluarga tercinta..~apa2pun,saya amat2 bersyukur...sekurang2nya saya tahu apa masalah kamu,dan saya diberi peluang untuk selesaikan sedaya upaya saya masalah yg kamu hadapi..saya nak bantu kamu..saya selalu nk yg terbaik untuk kamu.semoga kamu memahami... wallahualam.~

Khamis, 12 April 2012

Gempa Bumi di Asia Tenggara!

[TERKINI]

JAKARTA - Kerajaan Indonesia telah men
geluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat melanda wilayah Aceh sebentar tadi.

Gegaran pada ukuran 8.9 turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Mari sama-sama kita Doakan keselamatan saudara seislam kita di sana dan Tanah Air tercinta.

**ramai yang takut dengan bala bencana,
tapi tak ramai yang takut dengan kekuasaan Allah

ramai yang takut dengan letusan gunung berapi,
tapi tak ramai yang takut dengan azab Allah

ramai yang takut dengan gempa bumi,
tapi tak ramai yang takut dengan amaran Allah

ramai yang takut dengan tsunami,
tapi tak ramai yang takut dengan neraka Allah

firman Allah di dalam al-Quran yang mulia :

1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat),

2. dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya,

3. dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (jadi begini)?”,

4. pada hari itu bumi menceritakan beritanya,

5. karena sesungguhnya Rabbmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya.

6. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.

7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.

8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

al-Zalzalah (1-8)

SUMBER:FB

Selasa, 10 April 2012

Bila Nak "join" BERDAKWAH..??

ZAMAN SEKOLAH

1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.
2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...
3. ‘Parents i’ tak bagi le...
4. Aku takut nanti ganggu akademik.
5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ

1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.
2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana.
3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR

1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.
2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.
3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.
4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA

1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...
2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...
3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal.
4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN

1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.
2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?
3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.
4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN DALAM KUBUR

1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!
2. Kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....
3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!
4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?
5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!
6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?
7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Sedikit persoalan yang ingin saya timbulkan, sampai bila kita harus bertangguh? Sedarlah bahawasanya Islam tidak perlukan kita, bahkan kitalah yang perlukan islam. Semakin lama kita bertangguh, maka semakin banyaklah gejala sosial yang melanda umat islam zaman sekarang dan tidak mustahil juga berlaku kepada individu yang sangat hampir dengan kita. Beringat-ingatlah, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang, bila lagi?

Semoga dengan tazkirah ringkas di atas menjadi pengajaran dan batu loncatan kepada kita untuk terus menyampaikan islam kepada seluruh masyarakat walaupun berlainan agama dan kepercaayaan.

Wallahu A’lam.

Khamis, 5 April 2012

beza BENDERA SYRIA..

[Gambar 1]

Bendera Syria yang digunakan oleh rejim Basyar sekarang dan merupakan bendera negara Syria sebelum daripada berlakunya Revolusi Syria. Antara yang bernaung dibawah bendera ini sekarang adalah:

1) Bashar al-Assad
2) Maher al-Assad
3) Ali Habib Mahmud
4) Tentera Darat Syria
5) Tentera Laut Syria
6) Angkatan polis
7) Pasukan taat setia Parti Ba'ath
8) Syabih (SB Basyar)

[Gambar 2]

Bendera Syria yang digunakan oleh Pembangkang Syria yang bersama-sama dengan rakyat yang bangkit menentang kezaliman rejim. Antara yang bernaung dibawah bendera ini sekarang adalah:

1) Majlis Kebangsaan Syria yang terdapat dua Jawatankuasa dibawahnya iaitu Suruhanjaya Umum Revolusi Syria dan Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan
4) Jawatankuasa Penyelarasan Kebangsaan untuk Perubahan Demokratik
5) Tentera Pembebasan Syria
6) Ikhwan Muslimin Syria
7) Rakyat yang mahukan Basyar digulingkan.

Rabu, 4 April 2012

kalu nk buat maksiat baca artikel ini dulu

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”


Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.