
Khamis, 5 April 2012
Rabu, 4 April 2012
kalu nk buat maksiat baca artikel ini dulu
Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”
“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”
“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”
“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!”
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”
“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”
“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”
“Baiklah, apa syarat yang kelima?”
Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.
Rabu, 7 Mac 2012
kisah bau KASTURI dan ZINA.
bismillahi walhamdulillah...dah lama tak update blog...kabare semua...:)
ni saya nk kongsi sedikit cenghita dari facebook yang saya jumpa...moga kita semua dapat manfaay darinya..insyaAllah..
Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.
Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..
Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.
Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”
Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.
Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”
Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.
Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.
Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..
Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_^
By: Keindahan Ciptaan Allah Taala
Rabu, 22 Februari 2012
12 barisan manusia...
MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
suber:FACEBOOK :)
Sabtu, 18 Februari 2012
selamat hari lahir sahabat...

FEBUARY
880201 : NUR LIYANA BT CHE ALI
880202 : KHANIAH BT ZULBAKRI
870206 : SITI ZUBAIDAH BT ZAMANI dan HUSNA BT ABDUL MANAF
870207 : NOR SAKINAH BT MOHD SHUKOR
87021 : ATIYQAH BT YUSOFF
880211 : NURUL NADIRAH BT AW MOHD NOR
860215 : HAZIRAH BT YUSOF
890216 : ZAINAB BT YUSOP
830217 : SUKERIAH BT HARON B. HJ DERAHMAN
870218 : NOR HYDA BT RUNAH
890219 : AFIFAH BT ZAHARI
890221 : NURHAYATI BT DIAK UDIN dan NUR AFIFAH BT MOHD MAT HUSSIN
860225 : NORSHUHADA BT TAJUDIN
890228 : HANISAH BT ARIFFIN
semoga sahabat2ku dirahmati dan diredhoi Allah selalu insyaAllah... ^_^
kelahiran januari 2012 MANSURAH

JANUARI
6 JAN 87 : FATANAH BT HAMZAH
7 JAN 88 : NOR HANNAN BT DHAHIR
9 JAN 88 : AZYAN SYAZWANI BT AHMAD ADRI
10 JAN 87 : NOOR SHABITAH BT GHAZALI
11 JAN 88 : NORMADIHAH BT MOHD PAKHRUDDIN
11 JAN 90 : NORATIQAH BT HUSSIN
18 JAN 87 : NOR HYDA BT RUNAH
20 JAN 88 : NURUN NAZIRAH BT MD YUSOP dan LINA EMELIA BT AHMAD ADNI BT SARUTI
22 JAN 87 : ZURAIDAH BT MOHAMAD DAN NURUL AKMAL BT IBRAHIM
24 JAN 88 : UMI UBAIDAH BT SUNOTO
26 JAN 80 : SHAMSUDIA BT ZAKARIA
29 JAN 81 : NOORAZWIN BT CHE SOH
31 JAN 84 ; MUFIDAH HAWA BT EMBONG
selamat hari lahir buat sahabat2 yang lahir pada bulan januari....semoga kalian semua dipanjangkan umur,dimerahkan rezeki dan semoga kalian BERJAYA DAN BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT.. insyaAllah.. ^_^
Rabu, 8 Februari 2012
buat renungan...~~

♥ Cinta SEBELUM NIKAH = adalah kemungkinan JANJI PALSU SERTA BERHELAH.♥ ♥ Cinta SELEPAS NIKAH = adalah sudah pasti JANJI BERSATU KERANA ALLAH.♥
Saidatina Khadijah r.a. pandai masak, Saidatina Aisyah r.a. pun pandai masak. Rasulullah SAW pun pandai masak, buktinya Rasulullah SAW selalu tolong isteri-isteri Baginda memasak sebagai tanda kasih mesra di antara suami isteri
p/s: Suami pandai masak pun dikira ikut sunnah Rasulullah SAW
Pesanan Ustaz Idrus Kepada Lelaki
♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia. ♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti. ♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya. ♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya
♥♥Wahai LELAKI ! Jika minat dan menaruh harapan kepada Si Gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu. Sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka? Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza. . Redha dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu BERDOSA. .
<♥♥ #Kembalikan segala masalah yg berkaitan dengan HATI kepada PEMILIK SEGALA HATI iaitu ALLAH :')
sehelai rambut wanita yang dilihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja balasannya 70 000 tahun dalam neraka.sehari akhirat sama dgan 1000 tahun di dunia. seorang wanita yang masuk neraka akan menarik 4 orang lelaki: 1 - ayah kandung 2 - adik beradik lelaki 3 - suami 4 - anak lelaki kandung sangat dahsyat hukuman Allah mengenai tuntutan menutup aurat. Ya Allah, Lindungilah Hambamu ini
Duhai pereka fesyen, wahai wanita, berhentilah melucahkan jubah.. dengan ikut bodynya, dengan kain nipisnya, dengan kain jarangnya..
❤• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْـــــمِ ❤•
~✿ Jom kita sambut beramai-ramai " hari memperingati kekasih" dah sediakan hadiah..?? banyak x hadiah yang nak diberi...?? Jom la Ramai-ramai kita sambut oke... hari memperingati kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W... sabda nabi : " sesungguhnya orang yang paling dekat denganKU pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKU.." selawat adalah hadiah paling mudah untuk diberikan.. \(n_n)/
sumber:ym.. ^_~
Langgan:
Catatan (Atom)