Ahad, 31 Julai 2011

ramadhan kareemmm

bismillah...

disini inginku mengucapkan selamat berpuasa dibulan ramadhan kepada semua rakan dan taulan...semoga puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya insyaAllah.....

amat banyak kelebihan2 dibulan yang mulia ini..antaranya;

**Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan
yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka
pintu syurga,menutup pintu neraka..

**mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.

**Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah...

rebutlah peluang2 keemasan ini selagi kita masih hidup insyaAllah...

wallahualam"

Sabtu, 30 Julai 2011

isu hak mahasiswa..

sumber dipetik dari pelajar perubatan..:"presiden perubatan perjelas isu hak mahasiswa.."

28 Julai, Sayeda Zeinab - Lima hari semenjak kelas tafaqquh bermula semula dan pelancaran Markaz PERUBATAN, penantian penjelasan isu oleh presiden PERUBATAN saudara Syafiq bin Hamdani tentang isu hak mahasiswa yang terancam dan segala persoalan yang tertimbul akhirnya terjawab. Berikut merupakan isi-isi utama ucapan beliau:

Kronologi

Pada 14 Julai yang lalu, beliau mendapat panggilan telefon yang mengkhabarkan pembuangan tanpa notis Ustaz Firdaus bin Mazlan dari Darul Ifta' Mesir kerana menganjurkan himpunan BERSIH. Beliau kemudian dihubungi DESAK dan dijemput untuk berbincang bersama barisan kepimpinan persatuan-persatuan pelajar Malaysia lain di Mesir seperti PMRAM, BKAN, SUARA dan ABIM bagi menyatakan bagaimana untuk bersuara dalam menuntut hak mahasiswa yang terancam dalam isu ini.

Tambahan, terdapat segelintir mangsa lain yang menyertai himpunan BERSIH juga yang berkemungkinan dikenakan tindakan seperti pelajar tajaan negeri Terengganu dan Perak.

Sebab Penyertaan PERUBATAN dalam Isu Hak Mahasiswa

1. Memastikan terdapat prosedur dalam mengenakan tindakan seperti memberikan amaran dan surat tunjuk sebab sebelum mengenakan tindakan yang lebih keras dan terburu-buru.

2. Menyatakan kebersamaan dalam isu mahasiswa ini.

Tindakan Sebagai Ahli

1. Ahli diminta bertindak neutral dengan tidak menyinggung mana-mana pihak dalam bentuk lisan mahupun tulisan.

2. Sekiranya disoal, nyatakan bahawa “PERUBATAN tidak bersetuju dengan tindakan terburu-buru dan melulu pihak berkenaan dan tindakan yang diambil perlu dikaji semula”.

3. Perlu ubah mindset kepada ‘mahasiswa berhak untuk bersuara dan menyatakan pandangan ’ dan PERUBATAN berharap agar perkara sedemikian tidak berulang lagi pada masa akan datang.

4. Melaporkan sebarang masalah terus kepada saudara Presiden PERUBATAN sendiri.

5. Mengingati dan mematuhi perjanjian dengan pihak penaja.

Ingin ditegaskan bahawa PERUBATAN tidak menyertai perhimpunan Bersih 2.0 tetapi PERUBATAN menyertai isu hak mahasiswa demi memelihara hak yang tercabul dan terancam.

desak1

Sila renung hadis sahih berikut yang telah dibincangkan dalam kelas tafaqquh:

Rasulullah SAW bersabda: Tolonglah saudaramu yang menzalimi dan yang sedang dizalimi. Lalu seorang sahabat bertanya: Aku akan menolong orang yang dizalimi, bagaimana pula aku menolong orang yang menzalimi? Jawab Nabi s.a.w.: Engkau halang dia atau engkau cegah dia daripada terus menzalimi, itulah cara untuk menolongnya.
(HR Bukhari dan Ahmad dan Tarmidzi daripada Anas Bin Malik.)

mediaPERUBATAN: Mahasiswa yang berjaya bukan sekadar berjaya dalam akademiknya, malah seharusnya mampu meneliti, menganalisa dan membuat pertimbangan yang baik daripada isu-isu semasa yang sedang berlaku terutamanya yang berkaitan dengan kita, sesuai dengan fungsi kita sebagai bakal pemimpin negara. Kita hidup di dalam masyarakat dan janganlah wujud gejala tidak cakna dan mengabaikan ahli komuniti yang lain.

Jumaat, 29 Julai 2011

DESAK Menyelar Tindakan Kedutaan Melibatkan al-Azhar

berkaitan isu semasa dimesir..

KAHERAH, 29 Julai - Berikutan isu pihak kedutaan mengheret al Azhar dalam permasalahan mereka telah menampakkan kebuntuan mereka dalam menghadapi gelombang mahasiswa.

Saudara Nuruddin Zanki, Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK) menyatakan bahawa pihaknya menyelar tindakan pihak kedutaan tersebut.

"DESAK menyelar tindakan pihak kedutaan mengaitkan isu mahasiswa dengan pihak Al-Azhar.Dato' Duta dilihat seolah-olah menemui jalan buntu bagi membersihkan imejnya setelah ribuan mahasiswa mengutuk tindakan zalimnya ke atas mahasiswa" Katanya.

Saudara Fakhrul Arif bin Mazlan, Timbalan Pengerusi DESAK berkata "DESAK memberi amaran kepada pihak kedutaan supaya jangan terus menerus melibatkan al Azhar dalam isu ini".

"Dengan melibatkan pihak al Azhar, ia memperlihatkan lagi ketidakmatangan pihak kedutaan dalam menangani isu ini" katanya lagi.

mediamesir.blogspot.com

Ahad, 24 Julai 2011

di Belgium:pengharaman wanita Islam daripada memakai tudung penuh di khalayak ramai

**gambar contoh
Belgium telah bersepakat dengan Perancis sebagai Negara Kesatuan Eropah yang kedua untuk mengharamkan wanita Islam daripada memakai tudung penuh di khalayak ramai.

Pengharaman memakai burqa dan niqab telah mula berkuatkuasa di Belgium pada hari Sabtu yang lepas. Pesalah akan dikenakan denda sebanyak 137,50 Euro (RM 58,752.94) dan disekat untuk memakai burqa selama tujuh hari berturut-turut.

Undang-undang Belgium yang melarang apa jua jenis pakaian yang menutup seluruh muka mereka di tempat awam telah diluluskan sebulat suara oleh Parlimen pada bulan April.

Perancis yang mempunyai penduduk Islam terbesar di Eropah telah menjadi Negara Kesatuan(Europe Union) pertama ynag mengharamkan burqa pada 11 April 2011.

Di Perancis, seorang wanita berulang kali menegaskan untuk pemakaian tudung di tempat awam boleh dikenakan denda 150 Euro (RM 640.94) dan perlu mengahdiri kelas pendidikan semula.

Langkah yang diskriminatif

Undang-undang negara telah berhadapan dengan cabaran yang sangat besar apabila dua orang wanita Islam yang memakai tudung sepenuhnya telah mencabar larangan tersebut di mahkamah Perlembagaan Negara pada Jumaat yang lepas. Laporan dari media Belgium.

“Kami mengambil kira, undang-undang pencerobohan terhadap hak-hak asasi seperti kebebasan agama dan kebebasan bersuara adalah tidak seimbang,” berkata Ines Wouters, seorang peguam wanita. Laporan dipetik didalam akhbar La Libre.

Langkah ini cukup bebeza dengan tatacara hidup dalam undang-undang Negara,” kata Wouters.

Pesuruhjaya hak asasi manusia Majlis Eropah, Thomas Hammberg telah mengkritik pengharaman berniqab dan burqa minggu ni. Beliau berkata langkah itu lebih kepada mengancam wanita dan bukan menyekat kebebasan mereka.

" Malah, pengharaman ini mungkin bertentangan dengan piawian Eropah dalam menjaga hak asasi kemanusiaan, terutama hak dalam menghormati dan menjaga hal peribadi individu. Cara pemakaian sebilangan kecil dari wanita ini telah digambarkan sebagai masalah utama yang memerlukan perbincangan dan undang-undang segera," katanya.


Sumber : Al-Jazeera , Media Indonesia
Posted by I love Islam at 7:43 AM
Labels: Dunia Islam

The Pegawai siri 1



ingin berkongsi sedikit maklumat...
masalah sesetengah mereka yang bertugas di mesir,
negara dah lebih 50 tahun merdeka..tetapi hak demokrasi macam undang2 riba..
tengok,faham dan analisa....

wallahualam...

sekadar ingin berkongsi..dari sumber tertentu.

doa yang mana ianya berkaitan dengan isu semasa yang tengah hangat diperkatakan pada hari ini..


**klik pada gambaar untuk nampak lebih jelas...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia makhlukMu Sayyidina Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttolib yang merupakan rahmat buat sekalian alam dan juga ke atas ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda seluruhnya.

Wahai Allah, kepadaMu kami adukan betapa lemahnya kekuatan kami, betapa sedikitnya helah kami dan betapa hinanya kami pada pandangan mata manusia. Wahai Dzat yang paling merahmati, Dikau adalah tuhan bagi orang-orang yang dipandang lemah dan Dikau adalah tuhan kami. Kepada siapa Dikau serahkan kami? Adakah kepada orang yang jauh yang memandang kami dengan wajah yang penuh kebencian atau kepada musuh yang Dikau jadikan mereka dapat menguasai urusan kami? Namun sekiranya Dikau tidak membenci kami, maka kami tidak peduli dengan ujian ini kerana keampunanMu adalah lebih luas bagi kami. Kami memohon perlindungan dengan bantuan cahaya wajahMu yang telah menerangi kegelapan dan yang telah membawa kepada kebaikan dunia dan akhirat daripada Dikau menurunkan kepada kami kemurkaanMu atau daripada kebencianMu yang kena kepada kami. Dikau berhak untuk mencaci sehinggalah Dikau meredhai dan tiada daya mahupun upaya melainkan hanya dengan pertolonganMu.

Wahai Allah, sesungguhnya teman-teman kami daripada para penuntut ilmuMu yang telah meninggalkan kampung halaman dan ahli keluarga mereka hanya semata-mata untuk mendalami SyariatMu, menyebarkan agamaMu dan mengkhabarkan manusia akan bicara RasulMu telah dizalimi dan tiada daya serta upaya melainkan hanya dengan pertolonganMu duhai tuhan sekalian alam.

Wahai Allah, kami bertawassul kepadaMu wahai tuhan yang Maha Gagah dengan NabiMu Sayyidina Muhammad insan terpilih untuk Dikau tidak membiarkan orang yang menzalimi kami dan teman-teman kami. Wahai Allah, kami serahkan kepadaMu orang yang telah menzalimi kami. Wahai Allah, kami serahkan kepadaMu orang yang telah merancang dan membantu usaha pemberhentian sahabat kami Muhammad Firdaus bin Madzlan daripada pengajiannya duhai tuhan yang Maha Kuat dan Maha Gagah. Wahai Allah, kami serahkan kepadamu orang yang merancang untuk membatalkan pengajian saudara kami Muhammad Zaidi bin Ahmad Nawi ya Allah. Wahai Allah, kami serahkan kepadaMu orang yang merancang dan berusaha untuk mengusir Muhammad Zaidi bin Ahmad Nawi, Abu Salman bin Husain dan Zul Izzi bin Ismail daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah ya Allah. Wahai Allah, kami serahkanlah kepadaMu orang yang telah merancang dan mengugut 40 orang sahabat-sahabat kami daripada Perak ya Allah. Wahai Allah, kami serahkan kepadaMu orang yang telah mengancam untuk memotong zakat sahabat-sahabat kami dari Terengganu ya Allah. Wahai Allah, kami serahkan kepadaMu orang yang menzalimi para penuntut ilmu wahai tuhan yang Maha Gagah dan Maha Perkasa.

Wahai Allah, kami menjadikanMu pada leher-leher orang yang telah menzalimi kami daripada orang-orang Kedutaan yang telah menzalimi kami dan kami memohon perlindungan dengan bantuanMu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Wahai Allah, pecah belahkanlah kekuatan mereka. Wahai Allah, pecah belahkanlah kesatuan mereka. Wahai Allah, teraburkanlah kalimah mereka. Wahai Allah, gegarkanlah tapak-tapak kaki mereka. Wahai Allah, tumpulkanlah ketajaman mereka. Wahai Allah, sedikitkanlah bilangan mereka. Wahai Allah, turunkanlah azab kepada mereka. Wahai Allah, jadikanlah mereka dikuasai oleh anjing daripada anjing-anjingMu. Wahai tuhan yang Maha Mengalahkan, wahai tuhan yang Maha Perkasa, wahai tuhan yang Maha Pendendam, wahai Allah, wahai Allah, wahai Allah. Wahai Allah yang telah menurunkan kitab, wahai Yang telah menjalankan awan, wahai Yang telah menghancurkan tentera-tentera bersekutu, hancurkanlah mereka dan bantulahlah kami dalam mengalahkan mereka wahai tuhan yang lebih merahmati daripada orang-orang yang merahmati dan wahai tuhan orang-orang yang dianggap lemah.

Wahai Allah, dengan hak firmanMu yang suci: “Sesungguhnya Daku akan betul-betul membantu doa orang dizalimi walaupun setelah berlalunya zaman” dan dengan hak sabda NabiMu: “Gerunlah kamu dengan doa orang yang dizalimi kerana sesungguhnya tiada sebarang penghalang antara doa orang yang dizalimi dengan Allah”, menangkanlah kami terhadap orang yang menzalimi kami. Wahai tuhan yang melumat-lumatkan orang-orang yang menindas dan wahai tuhan yang tidak gentar terhadap tipu daya orang-orang yang zalim serta para pemerintah Parsi, hancur lumatkanlah orang yang telah menzalimi kami daripada kalangan orang-orang Kedutaan kami, wahai tuhan yang lebih merahmati daripada orang-orang yang merahmati dan wahai tuhan yang mendengar rintihan hamba-hambaNya yang dizalimi.

Allah berselawat, memberkati dan memberikan salam ke atas Sayyidina Muhammad, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda. Segala puji hanya untuk Allah tuhan sekalian alam.

Khamis, 21 Julai 2011

senyum...


Di antara sabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Senyum anda di hadapan saudara anda adalah sedekah. Jangan menganggap remeh suatu kebaikan, meskipun hanya menampakkan wajah yang berseri saat anda bertemu dengan saudara anda“. - (Riwayat Muslim) ...

Salah satu wasiat Luqman a.s. kepada anaknya. Katanya:
“Janganlah engkau tertipu dengan kebaikanmu walaupun banyak, kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau tidak.”
Dari itu, berbuat baiklah di mana sahaja kita berada dan berdaya. Jangan memperlekeh kebaikan yang dibuat oleh manusia lain, walaupun ianya sedikit.