Sabtu, 16 April 2011

muhammad al Fateh...

utusan Tuhan telah bersabda,

Benarkan satu ketika,

Derapan…kuda pun tiba,

Bebaskan kota di roma…


Tentera Fateh pun datang,

Hadis Nabi kuatkan iman,

Layar kapal rentas daratan,

Tanduk emas dibantu Tuhan.

70 kapal pun tiba,

Byzantium gegak gempita,

200 ribu tentera,

Mimpi buruk sudahpun tiba,


800 tahun penantian,

Konstantian akhir ditawan,

Panji islam dikibar Hassan,

Tubuh syahid jiwa dikorban.

Itulah si anak muda,

Beraksi menggegar dunia,

Itulah sebaik raja
,

Itulah sebaik tentera,

Sabtu, 2 April 2011

sahabat....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Setelah aku meneliti dan membaca luahan hati seorang sahabat diblognya,aku tertarik dan rasa seperti aku yang melakonkan watak tersebut..aku sedia akui bahawa dia adalah seorang penulis terkenal dan tidak asing lagi dibumi para anbiak ini..alhamdulillah setinggi kesyukuran kepadaNya yg telah memberi segala kenikmatan dan kelebihan kepada siapa yg Dia kehendaki.

Disini,ingin sekali aku menyuarakan pendapatku tentang sesebuah persahabatan.tidakku nafikan bahawa memang terlalu sukar untuk menjadi dan mencari seorang sahabat yang setia dan sanggup bekorban apa sahaja demi seorang sahabat.apabila sebut sahaja kalimah sahabat,pastiku terbayangkan para sahabat Rasulullah yang terlalu setia dan begitu agung sekali kerana sanggup melakukan apa sahaja demi seorang Rasul utusan Allah,malah sanggup menggadai harta dan nyawa mereka sendiri.subhanallah..adakah kita semua sanggup lakukan seperti mana mereka untuk seorang sahabat yang amat kita sayangi dan cintai?andai di zaman ini masih ada insan semulia para sahabat,setinggi2 kesyukuran ku panjatkan.Aku sendiri rasanya tidak mampu untuk menjadi seorang sahabat yang betul2 sahabat.

kerana aku punyai banyak kekurangan yang perlu aku perbaiki.aku tidak mampu menjaga hati seorang sahabat dengan baik,aku juga tidak mampu mengembirakan mereka dimasa mereka bersedih dan menangis.aku seorang insan yang lemah dan teramat lemah.diriku sendiripun kadang2 tidak terurus dengan baik,apatah lagi untuk menjadi seorang sahabat yang baik.terlalu banyak kelemahan yang ada pada diriku.

Teringat aku kepada sahabat2ku dulu yang begitu setia disampingku dalam susah dan senang.Dah tamat darjah enam,aku dengan sukarela masuk kesekolah agama pilihan ibuku dan hanya seorang sahaja dari sahabatku yang turut sama bersamaku ketika itu.dengan semangat setiakawan.kami tetap bersahabat sehingga tamat SPM.masing2 dah besar dan berfikiran matang,akhirnya kami berpisah dan sedih rasanya kerana sahabat yang begitu setia denganku telah pergi meninggalkan aku untuk mencari haluan hidup sendiri.kesedihanku bertambah apabila aku dengar sahabatku yang dulu begitu setia denganku sampai tamat spm telah dibawa arus kehidupan moden para remaja zaman sekarang.maksudku dia tidak seperti dulu.bertudung labuh,berbaju kurung dan sebagainya.aku sayangkan sahabtku itu…tapi aku akui..aku insane yang lemah..bagaimana harusku menegur kesilapannya yang ku anggap keterlaluan??aku perlukan sokongan..aku akui..aku jugak tidak sehebat mana…aku jugak jahil dan……aku tak terdaya untuk pergi lebih jauh dalam menasihatinya…hanya doa kudus yang dapat kukirimkan buatnya yang aku sayangi…Ya Allah,aku memohon kepadaMu agar menjaga semua sahabat2ku dalam susah dan senang.semoga sahabat2ku berada dibawah rahmat dan kasih sayang Allah insyaAllah.

Khamis, 31 Mac 2011

semangatku.....


bismillah....
hari ini...tepat seminggu aku berada di bumi mesir yang penuh dengan debu2 cinta dan duga......dan hari ini jugak aku seolah hilang semangat untuk terus melangkah lebih jauh..apakah dugaan buatku kali ini???aku takut..aku curiga..aku.....................ah!hanya DIA maha mengetahui segala isi hatiku......kepada siapa lagi harusku luahkan isi hati ini melainkan pada DIA YANG MAHA ESA...aku hampir futur dan tidak mahu kesini lagi tika aku di bumi tercinta...tapi hatiku aku meyakinkan aku bahawa nusrah Allah itu hampir..ku turutkan juga kata hati...aku tak mahu melihat sahabatku berjaya tanpa aku sertai...aku bingung,....aku keliru....semoga DIA permudahkan segala urusanku dan sahabat2ku yang lain...dan aku jugak mengharapkan doa dari sahabat2 yang aku cintai dan sayangi......
dulu.....aku akui..ada seseorang yang sering membuatkan aku bersemangat untuk belajar walaupun dia tidak ketahui...tapi sekarang...dia.....................................hilang dari pandangan dan hidupku.terima kasih sahabat. terima kasih ALLAH.....aku mesti teruskan juga perjuangan ini walau sejuta rintangan yang perlu aku lalui insyaAllah..Amin.......

Ahad, 6 Februari 2011

AKU CINTA ALLAH....


Andaikan diriku bisa seperti yang lain…

Yang kau sayang,Yg kau rindukan,Yg kau cintai..

Aku lemah..Tanpamu aku lelah….

Aku sungguh tak berdaya….

Tolongku2x..ya Allah..

Setiap air mataku mengalir..

Allah aku lemah dan tak berarti..

Setiap derai tangis membasahi..

Allah jangan tinggalkan aku lagi..

Aku sayang Allah..aku rindu Allah..aku cinta Allah..

Khamis, 3 Februari 2011

suasana...di serata egypt..

pelajar malaysia di mesir akan dibawa pulang....



aku...26-3hb 2 2011...

Bismillahirrahmanirrahim….

Semoga sahabat2 dan sanak saudaraku sihat2 sentiasa dan berada dibawah keberkatn dan redho ilahi insyaAllah…

Tiada apa yang mampuku perkatakan disini malainkan sedikit pengalaman sepanjang tempoh rusuhan yang berlaku di seluruh Negara Mesir.. tanggal 26hb 1 2011…negara Mesir tempat aku dan sahabat2 lain menuntut ilmu telah mengadakan hari polis seluruh mesir….dan hari ini,saat ini jugalah bermulanya detik yang mencemaskan dalam hidupku khususan dan berani aku katakan sahabat2ku yang lain juga merasa seperti yangku rasa….tipulah jika mereka mengatakan bahawa mereka tidak merasa takut dan gundah dengan apa yang terjadi hari ini…baiklah disini inginku berkongsi bersama sahabat2 semua apa yang terjadi sepanjang reformasi itu berlaku…..

26hb 1 2011…aku dan sahabat2 seperjuangan diberitahu supaya berhati2 ketika berada diluar rumah…bawa segala butir2 peribadi seperti passport,kernih kuliah dan kad pmram…..kebetulan hari itu aku dan ahli baitku berhajat untuk membeli sesuatu di satu tempat membeli belah…alhamdulillah kami selamat sampai ke situ walaupun ada beberapa sekatan…tidak terlintas difikiran kami akan ada sebarang kecelakaan sehinggalah kami terserempak sekumpulan pemuda yang seolah2 tunjuk perasaan dan dengan beraninya mereka duduk dan berbaring ditengah2 laluan utma jalan raya.walaupun begitu kami pulang dengan selamat..alhamdulillah…keesokan harinya…

27hb 1 2011;

Aku dengan seorang sahabat keluar pada awal pagi ke rumah2 berkenaan untuk penyebaran stiker biah solehah..alhamdulillah masih dalam keadaan selamat dan aman…pulang kerumah dengan selamat dan malam;…..suasana jadi sedikit kecoh kerana internet seluruh mesir disekat….dan perhubungan melalui telefon pun hanya boleh dapat dalam kawasan masing2….tidak boleh menghubungi sahabat2 yang berada diluar kawasan seperti mansurah-kaherah/mansurah-iskandariah….disini bermulanya rusuhan kecil-kecilan….dan keesokan harinya…

28hb 1 2011;…

Sebetulnya hari jumaat kami akan mengadakan perjumpaan untuk berbincang satu2 tajuk yang sudahpun ditaklifkan oleh mereka2 yang berkenaan…..dan selepas selesainya perjumpaan tersebut,sahabatku hashimah fatah mengajak aku untuk menemaninya ke rumah2 ahli untuk beberapa tugas..setibanya kami di rumah pertama…aku diberitahu oleh ahli rumah itu supaya berhati2 kerana adanya berlaku reformasi selepas solat jumaat tadi dan mereka membawa senjata berbentuk botol2 kaca….setelah selesai beberapa tugas,aku dan sahabat yang turut serta dengan kunjungan itu terus melangkah kaki pulang ke rumah masing2..alhamdulillah tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan…hari seterusnya…

29hb 1 2011;

Hari ini,aku berjanji dengan seorang rakan ingin menemaninya ke kaherah atas beberapa urusan dengan orang kaherah jam tujuh pagi…jam enam pagi aku bersiap seterika baju dan sediakan apa yang patut…jam enam setengah pagi,rakan yang berjanji denganku itu call aku menyatakan bahawa tidak jadi untuk ke kaherah dan kami tidak dibenarkan keluar kecuali ada hal2 penting sahaja..kebetulan pulak hari ini ahli baitku ingin mengadakan lawatan ke Dumyat sambil mengutip kerang..berat rasanya hati ini untuk melepaskan mereka pergi..tapi,apakan daya….aku hanya mampu mengirim doa sepermergian mereka…jam empat petang…hewi angkat dan ahli bait kami datang dengan tergesa2 untuk memberi risalah terbaru yg menyatakan tidak boleh keluar ke mana2 dan segala program dibekukan buat sementara waktu….saat ini baruku terasa rupanya perkara yang berlaku semalam berlanjutan sehingga hari ini..dan ada sedikit ketakutan dalam diri untuk kesekian kalinya kerana aku keseorangan di rumah ketika itu…yaAllah..aku tidak begitu khuatir akan keselamatan diri..bahkan aku lebih khuatir akan keselamatan ahli baitku yang belum pulang dari Dumyat…tepat jam 4;45 petang terdengar mereka memberi salam..alhamdulillah lega rasanya hati ini…..malam;…aku mendapat panggilan dari exco dpm menyatakan supaya kami lebih berhati2 dan bergilir2 berjaga pada malam ni hingga pagi esok…..tika dan saat ini…hanya wajah mak dan ayah sahaja yang berlegar2 di ruang fikiran kami..masing2 berpelukan dan saling memberi kekuatan..aku lebih2 lagi kena kuatkan semangat kerana aku yang paling tua dan paling lama di antara mereka…yaAllah..selamatkanlah kami….segala bekalan makanan dalam peti ais dan makanan ringan tiada langsung ketika ini….timbul persoalan dibenakku..apa yang aku perlu buat jika perkara ini berlanjutan???apa aku nak bagi makan kat adik2ku???

30hb 1 2011;..

Kami mendapat taklimat dari pihak markaz agar sesiapa yang ingin keluar untuk membeli apa2 barang dan makanan boleh keluar sekarang (jam 11pagi) dan pulang ke rumah masing2 jam 12 pagi..tanpa berfikir panjang aku mengajak semua ahli baitku untuk keluar beramai2 pergi membeli bekalan makanan stok untuk seminggu dua lebih kurang..alhamdulillah..kami selamat pulang dengan hati yang penuh kesyukuran..sekurang2nya bekalan makanan untuk kami sudahpun ada selama dua minggu akan datang…..seterusnya…

31hb 1 2011;..

Tiada apa yang dapatku perkatakan melainkan kami hanya berkurung dalam rumah tanpa sebarang berita……telefon sentiasa on dan kami hanya boleh berhubung melalui telefon untuk tahu dunia luar….salah org bagi taklimat..salah jugaklah yang aku sampaikan kepada ahli baitku yang tersayang…aku dapat panggilan dri kaherah mengatakan harga makanan naik mendadak dan terjadinya sekatan makanan ke sana…..ya Allah…apa lagi!!kesian kat kawan2ku yg berada disana..kesian je..tak leh nak buat apa2 sebab aku jugak seorang pelajar yang lemah….T_T

1hb 2 2011;..

Dapat panggilan lagi….kali ni,Hp tak boleh topup pulak dah…….adusss…..apa lagi yang mereka inginkan???tensen setensen2nyaaa……apa2 jadi camana nak hubungi kawan2 kalau hp pon tak boley topup???masa ni baru nak menghargai apa yang ada dan terpaksa jadi haji bakhil sekejap….bakhil keredit…huhu

Petang;….kawanku yang berada kat kaherah call mengatakan dah boleh topup seperti biasa..alahamdulillah..lega rasanya…..terbayang2 muka mak dikampung…huh!

2hb 2 2011;…

Exco call…..harini dah boley keluar untuk ambil duit kat bank..dan aku diberitahu hanya sesetengah bank sahaja dibuka untuk pengambilan wang….kawan aku kat kaherah call…mintak aku ambik beg dan dokumen penting dia kat rumahnya…nasib rumah dia dekat..klo tak,tak tahu la aku nak pegi camana..takut tuu….ahli bait yang di kaherah pulak call mintak aku hantarkan beg dan dokumen penting dia kemana2 kawan yang senegeri….aish..bertukar2 beg la pulak keje aku harini..alhamdulillah..setelah segalanya selesai..aku dan ahli baitku terus ke bank berdekatan untuk keluarkan duit..beratur sikit punya panjang…tup.tup….kami diarahkan pulang kerumah masing2 kerana ada rusuhan di bank HSBC menuju ke tempat bank yang kami tengah dok beratur….yaAllah,,,,dugaan betui kali ni..dah nak sampai turn kami..tiba2 kena balik macam tu je…adusss…xpe la..xde rezeki la tu namanya….kereta kebal berada dimana2..dan aku dapat lihat keadaan bank HSBC yang hampir hancur akibat terkena batu2 yang dilontarkan oleh pemuda2 mesir….dahsyat!!!!

Balik je dari bank..ada kawan kepada ahli baitku call..internet dah boleh bukak..alhamdulillah…seribu syukurku panjatkan…terus aku on dan call mesia…lega rasanya dapat cakap dengan mak sepuas2nya…dan baru aku tahu bahawa kami akan dihantar ke Jeddah dalam masa terdekat ni….bersedia tunggu arahan…seedy dan sayu rasanya untuk meninggalkan bumi mesir yang penuh dengan kenangan…….aku belajar susah dan senang bersendirian di sini….jatuh bangunku juga disni….jerit perit..semuanya ada disini……seedy sangat!!T_T

Malam;..terpaksa jumpa mama(ashabul bait) untuk menyatakan berita yang baruku dapat…membawa pulang pelajar Malaysia dimesir….alhamdulillah..dengan hati yang terbuka mama membenarkan barang2 kami ditinggalkan di rumah ini dan tidak perlu membayar apa2 bayaran untuk bulan ni dan bulan2 akan datang sehingga Negara mesir menjadi aman kembali…malah esoknya mama ingn mengadakan sedikit jamuan untuk kami…ya Allah terharu rasanya….terimakasih Allah…L

3hb 2 2011;..

Dapat maklumat yang mengatakan semalam segelintir pejar Malaysia yang berada di mesir telahpun mula di bawa ke Jeddah…dan pagi tadi….segelintir lagi tepun berkumpul untuk kelapangan terbang dan sebagainya….mereka akan dibawa ke Jeddah atau terus pulang ke Malaysia…semoga mereka selamat sampai..insyaAllah…

Isu Penangguhan Pengajian Di Al-Azhar Selama Setahun Masih Belum Ada Keputusan...



KAHERAH, 2 Feb – Hari ini pelbagai desas-desus berhubung isu penangguhan pengajian selama 1 tahun di Universiti Al-Azhar yang dilaporkan oleh sesetengah media massa Malaysia berikutan ketidakstabilan politik di negara Mesir.

Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada hari ini telah mendapatkan kepastian daripada pihak pentadbir Universiti Al-Azhar berhubung perkara tersebut.

Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM, Saudara Abdul Aziz bin Ali sebentar tadi menghubungi pihak Universiti bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung perkara ini.

Makluman yang diterima, penangguhan pengajian selama 1 tahun setakat ini masih belum lagi diputuskan. Untuk makluman, semester kedua pengajian di Al-Azhar akan bermula pada 12 Februari depan sebagaimana yang dijadualkan.

Namun, pihak universiti bersedia untuk menangguhkan pengajian sekiranya keadaan darurat masih lagi berlanjutan.

Segala maklumat berkaitan pengajian akan dimaklumakan dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi PMRAM.

p/s;sumber PMRAM