
Jumaat, 30 September 2011
RASULLULLAH SAW LAKNAT PEREMPUAN NIPISKAN BULU KENING

Ahad, 25 September 2011
Kelebihan "WANITA SOLEHAH"

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang
jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Aksi bom bunuh diri gegar gereja di Solo
Sumber di polis Daerah Jawa Tengah, di Solo, Ahad (25 / 9) menyatakan, berdasarkancarian di lokasi kejadian, peristiwa letupan itu berlaku kira-kira pukul 10.55 WIB.
"Kami masih melakukan carian di sana, belum dapat diketahui motif dari peristiwa itu,termasuk juga identiti pelakunya," kata sumber tersebut.
Ledakan tersebut mencederakan beberapa orang yang berada di lokasi.
Maklumat yang dikumpulkan sementara menyatakan, di sekitar kawasan gereja ituterdapat pula satu gereja Katolik. Kini kawasan tersebut dalam keadaan terlarang untukdilalui masyarakat umum, garis polis telah dipasang dan satu pasukan Gegana polis Daerah Jawa Tengah telah digerakkan untuk melakukan olah TKP.
"Kami masih mengambil keterangan para saksi yang melihat. Tim DVI Polda JawaTengah diturunkan untuk mengenalpasti lokasi letupan, "ujar Humas Polda JawaTengah Komisaris Besar Polisi Djihartono dalam wawancara dengan salah satu stesentelevisyen.
Jumaat, 16 September 2011
hatiku.....T_T

Isnin, 12 September 2011
keadaan rakyat somalia yang menyayat hati...

Aden Salaad, 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011.

Mohammed Osman berumur 70 tahun di selatan Somalia.

Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan.

Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan mengikut amalan tradisi.

Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011.

Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg.

Hassan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru sahaj meninggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian.

Itulah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu pada 21 Julai 2011.

Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya.

Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000 kem tersebut adalah antara yang terbesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah yang seramai 90,000 orang sahaja.

Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation.

Pelarian di selatan Somalia sedang menerima bantuan makanan di Mogadishu.

Kaum ibu diperiksa sama ada mempunyai nutrisi yang cukup di Lowdar Turkana, Kenya.

Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad.

Para wanita meredah rebut pasir untuk mencari air.

Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian.

Keadaan haiwan ternakan di Somalia.

Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir.

Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk dijadikan tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley.

Nado Mahad Abdili sedang menyiapkan pondok untuk berteduh.

Tin makanan yang telah digunakan dari USA.

bantuan diperlukan..
didahulukan dengan ucapan terimakasih atas bantuan kalian...wallahualam
Jumaat, 9 September 2011
kembalinya ia..
Allahyarham Haizrul Azizy Idros mangsa kemalangan jalan raya di Solah Salem telah selamat kembali ke Rahmatullah sekitar jam 4p etang hari ini 10 Syawal 1432H di Hospital Ta'min SIhhi Rabaah. AJKt AJKH DPM Mansurah mewakili seluruh ahli mengucapkan takziah kepada keluarga dan teman-teman Allahyarham.semoga Allah merahmati roh beliau.
Khamis, 8 September 2011
