Jumaat, 12 Julai 2013

coretan di pagi jumaat

bismillah..

subhanallah, alhamdulillah, Allahu Akbar!!
~baca awal surah soff.. moga bermanfat.. :)

alhamdulillah, sedang menghitung hari untuk aku pulang ke pangkuan keluarga tersayang... wahai diri, jangan dibiarkan masa itu berlalu begitu sahaja..

kepada rakan2ku yang selalu bertemu di medan ilmu ini, moga kalian terus thabat dalam perjuangan... jangan disia2kan masa mudamu... ambillah apa yang terbentang diruang pandanganmu... jangan kamu memilih dalam menuntut ilmu kerana ilmu itu sangat2 berharga... wang tidak dapat menjaga kita, tapi ilmu yang bermanfaat akan sentiasa membuatkan kita terjaga dan terbela walau dimana jua kita berada..

ingatlah!!
kita ibarat "pelakon" dipentas dunia.. malaikat adalah "peminat" yang selalu mengikuti watak lakonan kita dan Allah adalah sebaik2 penilai... oleh itu, lakonkanlah watak yang terbaik sebagai "persembahan" kita di hadapan yang MAHA ESA... jadikan RASULULLAH sebagai idola, lquran dan sunnah sebagai skrip.. moga natijah lakonan itu adalah yang terbaik insyaAllah.. :)

wallahualam. 

coretan hati

bismillah...

alhamdulillah.. hari ini adalah hari ke tiga ummat islam menyambut ramadhan al mubarak... bermakna dah tiga hari kita berpuasa.. insyaAllah..

teringat aku pada ahli bait halawatul iman.. aku merasakan ukhuwah kami terlalu intim walaupun dalam serba kekurangan... jika membeli sesuatu, pasti akan dikongsi bersama.. contoh bila salah seorang dari ahli bait aku nak makan koki (sejenis jenama seperti ramly~kalau di malaysia), dia akan membelinya, menggoreng dan memanggil ahli bait yg lain walau terpaksa mencubit sorang sikit.. betapa indahnya waktu itu..
begitu juga solat.. kami sering solat berjemaah walaupun dalam keadaan ramai.. kami akan usahakan supaya semua ahli bet akan dapat berjemaah sekali.. itulah dinamakan berkongsi pahala.. tidak mahu pahala itu diBOLOT sendirian atau bersama orang terdekat sahaja, malah ingin dikongsikannya dengan insan lain... aku menulis entri ini kerana aku seolah2 tidak merasakannya setelah kami berpisah... aku rindu saat itu!! terlalu rindu... ya Allah, kembalikanlah ia...
semasa aku bersama mereka, aku tidak mengenal apa itu tarbiyah... aku tidak mengenal apa itu ukhuwah. aku mengikut sambrono~membuta tuli~. tapi, aku dapat rasakan segalanya bermula dari hati... ingin berkongsi dan dikongsi, ingin memahami dan difahami, ingin mengerti dan dimengerti.. segalanya bermula dari hati yang berada nun jauh disatu sudut yang terpencil... aku tak suka mengajak kerana aku tahu tak semua orang suka diajak atau dengan kata lain dipaksa melakukan sesuatu, tapi aku lebih suka mengingatkan kerana aku tahu semua orang suka diingati dan mengingati...

aku manusia biasa yang tak punya apa2... aku seringkali mengharapkan sinar dipagi hari tanpa ada sedikitpun tercalit suram.. tapi aku silap!! disebalik sinar pagi yang aku inginkan itu akan datang juga senja dan seterusnya malam yang akan membuatkan dunia ini kelam dalam nyaman...
muhasabah diri itu perlu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.. moga keperitan dihatiku ini dapat diubati bila tiba masanya nanti... wallahualam.
~maafin aku kerana aku tidak bisa membahagiakan semua orang kerana aku seorang I.N.S.A.N yang lemah.. :'(

Jumaat, 5 Julai 2013

- SIAPA DR.MORSY ?? -


B.A.C.A-->

1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu b sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu b gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu b dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.
8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesulurhannya.dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara islam yang lain juga,insyaAllah

Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??

Ibnurijal.blogspot.com
Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.
Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.
Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.
Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.
Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).
Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!
Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??
Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??
Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.
Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.
Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”
Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”
Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??!

Khamis, 4 Julai 2013

perkongsian dari status fb



Bismillah......

(Perasaan ini tidak menentu, selepas pulang dari mengaji khusus dengan guru kami, dan seorang ulama (yang merupakan murid daripada Syeikh Muhammad Hafiz Tijani/Syeikh Said Hawa/Syeikh Abul Fattah Abu Guddah/Syeikh Yasin Fadani dll)

Hanya ucapan, hasbunaLLAHu wa ni'ma l-Wakiil

Hari ini, Malam 3 Juli 2013; Presiden Mursi digulingkan, dikudeta oleh Kekuatan Militer/Tentara.
Bukankah Kaum Sufi sejati, adalah yang paling depan menjunjung panji Islam menyatakan kebenaran untuk menolak kebatilan, demi tegaknya Kalimah Allah!!!???. Bukan orang yang paling banyak toleransi, dengan dalih, yang penting aman?!!
Lihat dan bacalah sejarah perjuangan kemerdekaan negara-negara kita. Bukankah para pemimpin perjuangan barisan depan itu adalah yang sorban di kepalanya paling besar. Namun dimana sekarang para ulama/ustadz bersurban panjang-panjang itu????

Saat terjadi revolusi/demontrasi 25 Januari 2011, banyak sekali kita mendengar para "Petinggi" al-Azhar dan Dar Ifta yang berfatwa, haram hukumnya keluar melawan pemerintah. Padahal presiden saat itu adalah sudah sangat dibenci karena kezalimannya.

Namun lucunya, dimanakah fatwa-fatwa "setia terhadap pemerintah" itu, ketika Mursi memerintah???! Padahal ia "disaksikan oleh kita, rajin shalat. Bukankah, Nabi pernah bersabda, jika engkau melihat seseorang sudah biasa pergi ke masjid (untuk shalat), maka bersaksilah bahwa orang tersebut memiliki keimanan.

Ketahuilah, bahwa mayoriti tarbiyah di militer/tentara itu adalah adanya larangan untuk sholat???!!

- Perjuangan Islam ternyata masih sangat Panjang. Rapatkan barisan, bina kembali generasi yang lebih hebat!!! Yang tidak silau oleh dunia/pujian. Yang mampu memindahkan lembaran kitab-kitab talaqi ke medan kehidupan nyata, bukan penghalang penegak kebenaran akibat penyakit 'ta'asub mazhab".

- Jika "mursyid" tiada, maka cukuplah bagi seseorang itu untuk bershalawat sebanyak 1000 kali.

Kegagalan tegaknya Islam hari ini, bermakna kita memiliki saham dosa/kesalahan. Mari sama-sama beristighfar dan islah/memperbaiki diri.

Insya Allah, dengan optimis, esok akan lebih cerah.

Ya Rabb, kami mengadu segala kelemahan kami, jangan putuskan inayah/perlindungan mu kepada kami walau sekelip mata.

Isnin, 1 Julai 2013

sedikit info mesir ~30 jun


Mereka ini bersatu mempertahankan "syar'iyyah" Presiden Mursi:

-Ikhwan Muslimin dan partinya, FJP
-Jamaah Islamiyyah dan partinya, Bina wa Tanmiyyah
-Parti Wasat (pecahan Ikhwan Muslimin)
-Parti 'Amal Jadid
-Hal Ehwal Ulamak Syariah bagi Hak dan Perubahan
-Parti parti aliran Salafi (Asolah, Fadhilah, Ar-Rayah dan El-Waton)
-Gerakan kempen Syeikh Hazim Abu Ismail (dikenali sebagai Hazimun)

Mereka ini akan keluar menuntut Presiden Mursi digulingkan pada 30 Jun:

-Barisan Penyelamat Mesir
-Pemuda 6 April
-parti sekular dan liberal
-Parti Ghad Thaurah

Paling saya kecewa pendirian dua parti berikut:

- Parti Nur (mengambil pendirian tidak menyokong kedua-dua pihak di atas, berada di jalan tengah)
- Parti Masr Qawiyyah (diketuai oleh Dr.Abdul Mun'iem Abul Futuh). Bagaimana beliau seorang bekas Anggota Majlis Syura dan Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin boleh menentang "syar'iyyah" Dr.Mursi, orang yang pernah ditarbiyah bersama beliau dalam Ikhwan satu masa dahulu.
 

~sekadar coretan~


terjumpa komen ni dari sahabat facebook...aku tak tahu dia dari azhar mana.. samada kaherah, atau furuk2 lain...

lebih kurang begini bunyinya:

-->"Ambik cakna le para musyrif, jgn susah nak jadi. Nanti org perempuan kuar xde musyrif kena mrh pulak. Padahal ikhwah yg berat nk jadi. Pakat la lawan tuduh aku hg, pastu pakat tuduh akhawat xmau terima teguran. hak sik2 (puak/golongan) dia tu suci jugak. 
Org ppuan ni bukan xmau beringat. Diorg ni lg beringt sbb dia tau dia ppuan. 
Cuba jadi mcm ustaz abdan kedah tu, jumpa tepi jalan je terus offer jadi musyrif. Bekas ydp kedah pun pernah ikut naik motor akhawat yg balik naik teksi. Ada yg siap turun motor naik bas skali dgn akhawat tu. Balik kemudian kawan yg naik motor tu ikut skali sbb nak ambik balik.
Kadang2 yg selalu report ni menjerit dari jauh je, usaha nak ikut tak de. Cuba la intervie sik2 lelaki, ada tak yg pengalaman jerit marah akhawat di seberang jalan je, tak pun jerit ats motor je marah akhawat xde musyrif. ikutnya idak juga. Dalam fb bukan main riuh rendah marah akhawat."


**situasi ini pernah terjadi pada sahabat aku... dari mansurah, turun kaherah atas sesuatu urusan, tak jumpa cari jalan untuk ke satu tempat di kaherah, lantas terjumpa seorang ikhwah yang menaiki motosikal dan melaung, "hati2, akhawat tak boleh jalan sorang ditempat2 begini"... dan terus berlalu meninggalkan sahabat aku terpinga2 keseorangan... takdan sahabat aku itu membuka mulut untuk bertanya sesuatu..

adakah adil dia bertindak sedemikian?? kenapa dia tak berhentikan motor dan bertanya mahu kemana lantas menunjukkan jalan..?? terpaksa sahabatku itu menghubungi kawannya dan bertanya arah jalan ke tempat yang hendak dituju.. bayangkan tika itu lebih kurang lagi 5-10 minit akan menjelang maghrib..

**akhawat kaherah pun sama... jika anda berjalan atau menaiki kenderaan dengan akhawat furu', jangan pula kalian meninggalkan dia keseorangan jika dia kata dia tak tahu arah jalan ke satu2 tempat di kaherah... bagi aku, tak cukup dengan hanya memberi bayangan di awang2an sahaja... kalau boleh, luangkan waktu kalian bersama2 mereka menuju ke tempat yang hendak dituju... aku cakap ni bukan sekadar cakap kosong, tapi pernah terjadi pada sahabat2ku semasa kami sama2 jadi exco dulu.. terpaksa pergi ketempat yang tak pernah pergi... ditingglkan keseorangan tanpa arah tuju, ingin bertanya, tidak dilayan... ingin menyapa tiada senyuman... begitulah hakikat kehidupan.. jangan sombong sangat tau.. kita bersaudara.. :)

kita selalu cakap mantapnya ukhuwah sesama kita.. tapi, hakikatnya hanya Allah sahaja yang tahu... maaf atas coretan ini... salam ukhuwah fillah.. wallahualam.