Ahad, 28 Ogos 2011

ramadhan kian meninggalkan kita..

Hadirkan air mata ketika tahajjud kita di hadapan-Nya,

Hadirkan rasa syukur ketika Dhuha bersama-Nya,

Hadirkan rasa tenteram ketika kita berzikir mengingati-Nya,

Hadirkan rasa hina ketika beristighfar kepada-Nya,

Hadirkan rasa cinta ketika membaca kalam-kalam-Nya..

Hadirkan juga hati kita. Hadirkan ia dengan penuh kemurnian dan kesucian. Penuh kehinaan dan ketundukan.

Untuk bertemu dengan kekasih yang selalu kita rindui.. Iaitu.. Allah..

Aku lihat RAMADHAN dari jauh; lalu ku sapa ia,"Hendak kemana?"
Dgn lembut ia berkata, "Aku harus pergi, mungkin jauh & sangat lama. Tolong sampaikan pesanku utk org bernama MUKMIN". Syawal akan tiba sebentar lagi, ajaklah SABAR utk menemani hari2 dukanya, peluklah ISTIQAMAH saat dia kelelahan dlm perjalanan TAQWA, bersandarlah pd TAWADUK saat kesombongan menyerang, dampingilah ALQURAN & As-SUNAH di setiap mslh yg dihadapi~ Selamat tinggal Ramadhan~ ='(

SUMBER;FB

Khamis, 25 Ogos 2011

anak kecil yang takutkan api neraka..


Dalam sebuah riwayat
menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia
terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis,dia pun berkata,
"Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai
kepada ayat yg berbunyi,
"Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang
bermaksud,
" Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.
" Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut,sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dlm api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal,
tidakkah pakcik lihat klu orang menyalakan api maka yg pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yg kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis,
"Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka
bagaimanakah keadaan kami nanti?" Sebagai Renungan Bersama...

SUMBER;...FACEBOOK
wallahualam~~

Jumaat, 19 Ogos 2011

kutipan SUMBANGAN untuk rakyat SOMALIA


Assalamualaikum w.b.t

Pengumuman kepada semua ahli DPMM yang ingin menyumbang wang tunai untuk rakyat Somalia, boleh merujuk kepada Timbalan Setiausaha Agung (UKK) DPMM sesi 2011/2012 (ustaz syaqiq ibrahim) dan Timbalan Setiausaha (UKK) HEWI DPMM sesi 2011/2012 (shima ramli) sebelum 26 Ogos 2011.

**sama2lah kita berganding bahu dalam membantu saudara kita sesama islam....jika bukan kita..siapa lagi????ayuh sama2 hulurkan sedikit (banyak lagi bagus...^_^) sumbangan buat mereka yang amat2 memerlukan...."hari ini hari mereka....entah esok lusa hari kita pulak" siapa tahu kan...

wallahualam....

TAZKIRAH HARI INI...19/8/'11

Allahummasolli ala MUHAMMAD....
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Khamis, 18 Ogos 2011

peringatan hari ini....

Biar satu dunia membencimu, namun janganlah berputus asa, ketahuilah Allah Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

"Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)

Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang.
==> Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.

10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam
* 1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
* 2) Menghapuskan Al-Qur'an.
* 3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
* 4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
* 5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
* 6) Lemahkan bangsa Arab.
* 7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
*Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
* 9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
* 10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.

SUMBER;...YM

Jumaat, 12 Ogos 2011

doa hari ke dua belas....puasa

bismillah....

Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah Aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang Aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.


selamat berpuasa dan selamat bertarawih.....^_^

**hari ini..satu amanah terpikul di bebananku..semoga Allah merestuiku dan mempermudahkan segala urusanku dan sahabat2ku insyaAllah..Amin..

wallahualam~~

Sabtu, 6 Ogos 2011

aku pada hari ini...

Bismillahi walhamdulillah...
nama diberi:rashima binti ramli.........bla.bla.bla...........aku teruskan taaruf dengan menjelaskan serba sedikit butir2 peribadiku......menggeletar seluruh urat sendiku tika itu.....aku mohon semoga Allah kuatkan semangat untuk menghabiskan kalamku yang terakhir..rasanya akulah calon ajkh yang paling sikit bercakap pada sesi taaruf ini...sudah aku katakan bahawa aku tidaklah hebat dalam melontarkan kata2 seperti mereka....aku lebih suka berkerja dari bercakap......kalau bercakap pun,aku lebih suka bercakap straight to the point..hhehe kelakar gak bila pikir2 balik..malunyer...ah biarlah orang nak kata apa pun..asalkan aku adalah aku...bukan engkau,bukan dia dan bukan juga mereka..aku dengan caraku...pendirianku,peribadiku,sifatku..masalahku..
insyaAllah aku cuba yang terbaik lepas ni...itu azam aku...aku suka bila ada yang sudi menolongku dalam merialisasikan impianku untuk jadi yang terbaik walaupun aku bukanlah yang terbaik..semoga Allah meredhoi apa yang aku lakukan....


layakkah aku???persoalan yang tiada jawapan....jika semua orang bertanyakan demikian bila diberi pentaklifan...tidak bangkitlah sesuatu organisasi itu..tidak adalah orang untuk menjadi nakhoda..dan....paling ditakuti.......yang akan memerintah sesuatu organisasi itu adalah mereka yg tidak bertanggungjawab....nauzubillah...cube bayangkan jika ini terjadi.......habis tungging langgang segalanya...amacam??ada berani??

nasihat untuk diri sendiri;
"..bila berada di pihak atasan jangan lupa pandang juga dipihak bawah kerana asalnya kita dulu juga dibawah..dengarlah rintihan mereka..luahan hati mereka...dan kehendak mereka....pertimbangkanlah!semoga ianya boleh menjadi batu lonjatan pada kita yang selalu lupa dan alpa....."

huhu banyak cakap pulak aku ni..tadi orang suruh cakap,tak nak cakap...hurmmm ape2 je lah...
semoga ALLAH sentiasa membimbing aku dan sahabat2 lain dalam merentas arus perjuangan..semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan dan semoga ALLAH merahmati serta memberkati aku dan sahabat2ku..insyaAllah...

pintaku;
doakan aku ya sahabat2....doakan aku terus thabat,berjaya dalam imtihan duniawi wal ukhrawi dan doakan aku cepat bertemu jodoh insyaAllah....^_^
semoga kita sama2 tergolong diantara golongan mereka2 yang berjaya dan "sedikit itu" insyaAllah...

post by aku;iema_rar...6/8/2011(sabtu)
wallahualam...

Rabu, 3 Ogos 2011

kata2 untuk hari ini..


Orang yang bahagia itu akan selalu:
=>>menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
=>>menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
=>>menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
=>>menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
=>>menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan
=>>menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Biarlah cinta dalam diam.. Rindu dalam sepi..
Doakanlah agar cinta bersemi, dan rindu meniti didalam hati..
Tak perlu diucapkan cinta dari hati, tak perlu meluahkan rindu dari diri,
biarlah hakikat itu hanya diketahui oleh Ilahi..
Agar cinta dan rindu itu sesuci embun di waktu pagi.
Biarlah tidak kelihatan pd mata insani,
asalkan bukti cinta dan rindu itu pada Ilahi.